PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, September 21, 2008

Segera buat laporan polis terhadap isteri Khir Toyo

Oleh Roslan SMS


DARIPADA niat untuk memalukan Menteri Besar Selangor dan barisan excoserta kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), atas (kononnya) isu ladang babi baru-baru ini, hari ini yang sebaliknya menjadi mangsa dan menanggung padah adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo sendiri.

Isu menculik (hijack) BALKIS dan melarikan jutaan wangnya, kini menjadi bualan rakyat, hinggakan orang-orang Melayu yang menurut Shabery Chik marah kepada kerajaan PR Selangor atas isu babi tempoh hari, saya yakin sudah tidak marahkan babi lagi tetapi lebih marah pada Khir dan isterinya.

Isteri Khir, Zaharah Kechik, mengatakan yang wang RM9.9 juta yang dilarikan itu adalah wang BALKIS dan beliau berhak mengalihkannya. Kononnya ahli-ahli BALKIS termasuk beliau sendiri berhempas-pulas bagi mengumpulkan dana sebanyak itu melalui pelbagai aktiviti. Apakah yang dihempas dan apakah yang dipulas sedangkan menurut laporan sebahagian besar wangnya datang dari syarikat-syarikat miliki kerajaan negeri yang ketika itu diterajui oleh suaminya Khir Toyo?!

Zaharah dan Khir lupa bahawa BALKIS itu adalah suatu persatuan yang berdaftar, persatuan kebajikan isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor. Menurut perlembagaannya pengerusi BALKIS adalah isteri MB Selangor. Jadi bagaimana BALKIS boleh memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sehingga memutuskan membubarkan persatuan dan mengalihkan dananya pada 11 Mac, 2008 sedangkan ketika itu Menteri Besarnya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan bukannya Khir Toyo lagi!

Tak kiralah jika dana BALKIS RM1 atau RM100 juta, ianya bukan milik Zaharah atau Khir, ia milik persatuan! Memandangkan pada tanggal berkenaan Zaharah bukan lagi isteri MB dan Khir bukan lagi MB, maka meneruskan juga urusan BALKIS adalah suatu jenayah dan kesalahan besar! Perkara ini serius dan saya harapkan pihak Pakatan Rakyat ataupun PAS, PKR atau DAP negeri segera membuat laporan polis keranaternayata terdapat unsur rasuah dan pecah amanah yang telah dilakukan oleh Presiden dan Exco BALKIS.

Saya mengharapkan selepas ini mereka yang menahan terik berdemonstrasi dengan sepanduk anti babi, hari ini akan melakukan perkara yang samatetapi tukar sepanduknya dari anti babi ke anti pecah amanah, anti Zaharah dan anti Khir

3 comments:

Anonymous said...

UMNO’s Saviour or Plain Troublemaker?

Through no accident, much has been said about Datuk Mukhriz Mahathir as a potential reformist within UMNO Youth. One of the first off the blocks to announce his interest for the post of UMNO Youth Head soon after the 12th General Elections, Mukhriz knew that many within the party would listen if he pressed on with his platform for change. And persisted he did, holding press conferences and releasing public statements urging Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi to step down.

Initially, the strategy seemed to pay off. The realities of the time – of an embattled Prime Minister who then, had not, announced any intention to vacate his position, an unpopular hike in fuel price and a resurgent Opposition who, as they are now, did their best to destabilise the government of the day – served as fertile political ground for the rebel. However, as understandably raw emotions gave way to sober reflection, UMNO members began to realise that reform and improvement need not be at the expense of party unity. And with that shift came a steady decline of support for Mukhriz, who simple refused to tone down his demands when others appeared to have – incessantly claiming, as all troublemakers seem to do of late, to represent the grassroots.

Therein lies a major weakness in the man as a politician. Even with the wind on his back, he failed to fully capitalise on the mood for change. Part of the explanation for this failure must go to his weak machinery that has not been able to garner the as many nominations as his two major challengers for the position – former Selangor MB Dato’ Sero Khir Toyo and Deputy Head Khairy Jamaluddin. But more worryingly for his credentials, Mukhriz’s agenda does not appear to be his own. It is far too big of a coincidence that Mukhriz’s public dislike of Abdullah occurred only after his father kick-started the wave against the PM over the infamous half-bridge and other reversals of his (Mahathir’s) policies. It is even less flattering for Mukhriz that he chose to repeat his father’s tactic (read: antic) of sending a public letter requesting the sitting PM to resign. No matter how one tries to spin it – and God knows it is spin season – Mukhriz the politician simply does not show signs of independent thought or action.

Notwithstanding his parroting of Daddy’s sentiments, Mukhriz’s damaging influence comes from his rogue-like approach to criticising the party leadership, which we now know extends even to Deputy Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak. In a recent interview with Singapore Straits Times, he wondered aloud if Najib was the right man to take charge of the party, remarking that the latter was ‘indecisive’ – fair point, if only one defines decisiveness as an over-eager desire to take on your boss at all costs. Such comments beg the question: what then, does Mukhriz actually want? Does he wish to be the perpetual rebel – the Lim Kit Siang of UMNO? Is his beef not with one man and his policies, but in truth, with any man at the top who becomes an easy target in his peculiar route to be the self-proclaimed champion of the disgruntled, or so implied? It seems likely.

Johoreans like me may jokingly blame Northern brashness for the misfortune that is Mukhriz, but in all seriousness, his actions are at odds with a culture that affords respect to its elders and UMNO’s tradition of looking out for its leaders when attacked from the outside. Criticisms and opinions will always be welcomed in UMNO, and particularly in UMNO Youth, but they should always be done in an appropriate manner and for proper reasons. Sadly, as one studies Mukhriz’s moves, one realises that these elements are absent in his attacks on the ‘establishment’. The leader of a movement as important as UMNO Youth at a time as crucial as now simply cannot be someone who commands neither independence nor finesse. And for that, Mukhriz-The-Troublemaker would be The-Wrong-Vote.

Anonymous said...

Dr Khir dakwa MB Selangor bohong tak lantik orang politik Ketua Kampung

Janji lain, buat lain. Dulu kata hendak ada adakan pemilihan bagi jawatan ketua kampung di Selangor tetapi ramai kroni daripada PKR dan PAS yang dipilih.Ini satu lagi pembohongan serta janji yang gagal dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau mendakwa Khalid berbohong apabila mengatakan semua ketua kampung yang dilantik tidak memegang jawatan politik kononnya mengelak unsur pilih kasih tetapi bukan sahaja pemimpin dan ahli parti dipilih tetapi orang luar turut dilantik ke jawatan itu.

“Dulu Khalid janji nak buat pemilihan tetapi saya dapat tahu ketua-ketua cawangan PAS dan PKR dipanggil untuk ditemuduga oleh Exco. Sebahagian pula yang dipilih bukan orang kampong berkenaan,” katanya kepada Agendadadaily Ahad.

Dr Mohamad Khir berkata, ketua kampung di Parit 8 dan Pasir Panjang dalam kawasannya adalah orang luar.“Mereka ini tak ada jawatankuasa malah tak cukup korum untuk mesyuarat dan bergerak,” katanya.

Mantan Menteri Besar itu diminta mengulas langkah Kerajaan Selangor menetapkan semua ketua kampung tidak memegang jawatan dalam parti politik bagi memastikan perkhidmatan mereka tiada unsur pilih kasih atau mementingkan kelompok tertentu sahaja.

Khalid menegaskan perkara itu ketika menyampaikan surat pelantikan 366 ketua kampung, Sabtu.

Menurut Dr Mohamad Khir, Menteri Besar itu tidak menunaikan janji kepada orang ramai terutama penduduk kampung untuk membuat pemilihan bagi jawatan berkenaan.

“Dulu dia tuduh pemimpin Barisan Nasional erogan, kini beliau sendiri erogan. Pelantikan ini adalah hadiah kepada kroni PKR, PAS dan DAP yang bantu mereka pada pilihan raya umum lalu. Ini rasuah politik yang jelas,” katanya.

Tambahnya, lebih baik jika Khalid menuruti langkah kerajaan BN dengan membenarkan pelantikan ketua kampong dikalangan pemimpin parti tanpa perlu berdolak dalih seperti sekarang.

Beliau turut kecewa langkah menaikkan elaun ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor seperti diumumkan kerajaan negeri bulan lalu.

“Mereka baru saja dilantik, belum buat kerja lagi tetapi elaun sudah dinaikkan. Ini tak termasuk mereka yang dilantik ada rekod jenayah serta orang luar turut dilantik ahli majlis,” katanya.

Sebagai contoh menurut Dr Mohamad Khir, di Kuala Selangor sahaja, tujuh ahli majlis adalah orang luar.

Bagi daerah Sabak Bernam seramai 79 ketua kampung dilantik diikuti Kuala Selangor (55), Gombak (35), Kuala Langat (34), Klang (33), Hulu Selangor (33), Petaling (19) dan Sepang (19).

Bagaimanapun, dua kampung di Hulu Langat iaitu Kampung Seri Jambu dan Kampung Sungai Batu masih tidak mempunyai ketua kampung kerana pencalonan masih belum diberikan kepada kerajaan negeri untuk proses temuduga

Anonymous said...

‘Politik wang akan bawa masalah besar’

Oleh suffian abu bakar

MUAR 24 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli UMNO bahawa amalan politik wang atau pelbagai bentuk rasuah politik yang menular sekarang boleh mendatangkan masalah besar kepada parti yang bakal mengadakan persidangan di peringkat bahagian mulai 9 Oktober ini.

Justeru, beliau menegaskan, jika masalah itu tidak diperangi secara habis-habisan dari sekarang, ia memberi kesan yang cukup teruk kepada ahli dan parti.

”Kecenderungan untuk terlibat dalam amalan politik wang semakin serius sejak kebelakangan ini, berbanding tahun-tahun pemilihan sebelum ini.

”Kali ini, petanda berlakunya politik wang dalam parti semakin meluas pada mesyuarat peringkat cawangan dan kita bimbang trend ini akan berlarutan sehingga ke persidangan bahagian.

”Kebimbangan ini telah saya suarakan dalam pertemuan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini dan meminta Lembaga Disiplin UMNO supaya memperkukuhkan urus setianya melalui penambahan pegawai atau mereka yang ingin menjadi mata dan telinga kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan Hari Raya, tadarus, khatam al-Quran serta berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, dekat sini malam tadi.

Muhyiddin diminta memberi pandangannya berhubung persediaan ahli UMNO yang akan mengadakan persidangan dan pemilihan peringkat bahagian mulai 9 Oktober.

Sehubungan itu, Muhyiddin mencadangkan agar Lembaga Disiplin parti menambah kakitangannya atau pemimpin perlu menjadi mata dan telinga kepada parti bagi membanteras amalan itu di peringkat bahagian atau negeri.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepanjang persidangan itu, ahli-ahli UMNO perlu menunjukkan kepada masyarakat luar bahawa mereka adalah pendokong sebuah parti yang berwibawa dan mematuhi peraturan serta disiplin yang diguna pakai selama ini.

Katanya, ahli juga perlu memastikan setiap persidangan dapat berlangsung dalam suasana teratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.

”Kalau kita mahu UMNO menjadi parti yang terus dihormati, kita kena jauhkan amalan politik wang sebegitu. Semua pihak perlu bertanggungjawab walau dalam apa keadaan sekalipun menghadapi pemilihan, setiap tindakan yang melanggar prinsip parti tidak seharusnya dibenarkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, katanya, ahli dan pemimpin UMNO diharap dapat membantu parti dengan memberikan laporan sulit kepada Lembaga Disiplin mengenai sebarang kegiatan rasuah dalam politik termasuk pemberian ganjaran berupa wang, jawatan, gelaran atau pangkat.

”Jika kita sayang kepada parti, patuhilah etika dan elakkan amalan-amalan negatif sedemikian.

”Sekiranya ahli membuat laporan secara sulit, pastikan ia bukan fitnah kerana dalam etika pemilihan kali ini, mereka yang membuat laporan fitnah juga boleh dikenakan tindakan dalam parti,” jelas beliau.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 164 penerima fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal di kawasan Parlimen beliau.-Utusan