Musuh Khir Toyo terutama ahli-ahli Umno telah menggelarkan Khir Toyo sebagai "The 20 million dollar MB". Mana-mana projek besar yang dilaksanakan di Selangor, Khir Toyo akan minta wang 'ufti'. Sudah menjadi rahsia umum bahawa Khir Toyo telah meminta masing-masing sebanyak RM20 juta seperti jalan Sekincan (kos projek RM92.5 juta dari Meram Holding), jalan di Sg. Panjang (kos projek RM32.5 juta ,dari Mata Seng dan Aziz Desa), jalan di Sabak Bernam (RM40 juta dari Dato' Aini Taib), dan paip air (RM87 juta dari LBH Engineering).
Mana-mana pojek kecil pula Khir Toyo akan meminta sekurang-kurangnya 20 peratus daripada kontraktor untuknya dan kroni.