PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, January 28, 2009

Malaysiakini - Keangkuhan yang tidak diperlukan

Tatkala memilih seorang pemimpin, banyak ciri ciri personaliti perlu diambil kira apabila membuat pertimbangan. Terutama sebagai pemimpin politik, yang didukung melalui sistem demokrasi, ciri seperti sifat angkuh dan sombong selalu difikirkan berkali kali sebelum pertimbangan dibuat.

Apabila seseorang itu diberikan kuasa atau diangkat sebagai pemimpin, sering kali mereka akan ‘lupa diri’, atau kadang kadang lebih tepat lagi, ‘lupa daratan’. Bagaimana “sikudung dapat cincin”, mungkin ada personaliti dalam masa yang singkat sahaja mula bermegah megah dan akhirnya, mabuk kuasa. Dalam keadaan ‘mabuk kuasa’, mudah bagi seseorang menjadi angkuh dan ‘menongkat langit’. Ini lebih menyerlah bagi personaliti yang diangkat dari tiada apa apa untuk dijadikan penguasa kepada domain yang paling maju dan makmur seluruh negara.

Dalam sindrom ‘mabuk kuasa’ sehingga naik menjadi angkuh, mungkin ada diantara kita akan mengambil tindakan untuk mengaibkan orang lain. Keadaan semasa dan setempat, terutama dengan kuasa dan penghormatan yang diberikan masyarakat, mungkin amatlah mudah seseorang untuk leka dan hanyut dengan ‘kuasa’. Maka, tindakan yang diambil dalam psiki demikian seringkali akan mengaibkan, setidak tidaknya melukakan hati orang lain.

Sejarah Melayu pernah mengisahkan bagaimana seorang pemimpin wajar mengelakan keangkuhan yang membawa kepada tindakan untuk mengaibkan orang lain berlaku:



Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah tuanku.Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”

Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.

Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Sejarah Melayu



Malangnya, ianya berlaku. Walaupun cuba dijustifikasikan, politik merupakan permainan yang berdasarkan persepsi dan sedikit emosi. Ini jelas apabila ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008, apabila BN kalah diluar dugaan dalam negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Ini termasuk Wilayah Persekutuan. Yang nyatanya, pada budaya dan psiki orang Melayu, ada alatan memang dalam apa keadaan dan alasan sekalipun tidak wajar disimbolkan. Keangkuhan ini menjadi penghinaan dan untuk jangkamasa lama, rakyat akan sentiasa akan ingat peristiwa ini.

Dalam apa keadaan pun, politik merupakan permainan persepsi. Ujian asid (acid test) paling mudah ialah apabila pendapat masyarakat umum diselidik. Selepas PRU 12, banyak sudah dan perlu dipelajari mengenai aspirasi dan emosi rakyat keatas pemimpin dan prestasi kejayaan/kegagalan politik yang mereka bawa. Mungkin ada pemimpin yang dewasa ini amat mudah bermesra dengan akar umbi, terutama Perwakilan G6 dan G7 ke Pehimpunan Agung UMNO Mac 2009. Populariti kerana mulut manis, ramah mesra dan sikap bersahaja ala budaya kampung memang menjadi tarikan.

Namun demikian, hakikatnya ialah politik UMNO merupakan politik peringkat negara. UMNO perlu membuat keputusan bukan kerana sikap ‘hubungan awam’ (PR) seseorang semata mata tetapi kebolehan kepimpinan, visi dan kemampuan ‘menghidupkan semula’ (regenerate) UMNO agar keyakinan dan sokongan rakyat kembali. Sekiranya UMNO sebagai tunjang BN salah memilih pemimpin lagi, maka perjalanan akhir akan sudah pasti bermula dari saat ini dan kemungkinan besar ianya tidak akan diperbetulkan.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Dipetik dari bigdogdotcom.wordpress

10 comments:

Anonymous said...

dlm kehidupan kita tidak perlu angkuh krn dunia ini bulat , sekejap berada di atas than kat bawah balik , bila kat atas tgk lah kat bawah takut bila jatuh ......... hancus.... asa baiknya pemuda pilih wak khir ini jadi KPUM Malaysia biar hancus pula Pemuda.

Anonymous said...

Wak Khir ni baik jual tempe jerk.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Mana ada poliik pakai gigi dan lidah saja sekarang, khir ada duit, ini satu perlaburan , jika menang boleh jadi menteri, ;lantik jadi sanator, kuran2 pun menteri pelajaran, banyak tender kat sana , kaut balik

Anonymous said...

Khir anak si TOYO ini tak bersifat profesional tapi bersifat kebinatangan yang lebih dari binatang...

Anonymous said...

Cuba kita tanya semua rakyta Selangor , siapa yang suka kpd Khir Toyo ni ketika dia manjadi MB Selangor dahulu , aku rasa tidak seorang pun yang suka, kenapa dia masih terhegeh-hegeh nak jadi pemimpin, buat malu UMNO saja. Jual tempe dan gunakan wang yg ada untuk cantik kan diri lagi baik ,

Anonymous said...

Wak tempe.... nak jadi Ketua pemuda UMNO,

mrf said...

orak kabeh uwong jowo koyo khir..uwong jowo majoriti ne baik2..tak mcm khir..aku orang banjar beb..hahaha..

bayangkan senario ini..timbalan sendiri pun boleh masuk PKR..so betapa teruknya khir..kalau dah timbalan sendiri pun masuk PKR,menang pulak tu..so tak mustahil selangor pun jatuh gara2 khir mangkuk ni.

dulu dia dengki kat datuk z..mohon tanah tak dapat2..last2 cina dap pulak dah nak arahkan rumah banglo datuk z dikosongkan..kalau lah khir toyo awal2 dulu dah tolong datuk z, dah selamat dah..takde la si cina dap naik tocang sekarang.

Anonymous said...

Aku mmg letih dgn mamat Toyo ni, masa dia jadi MB dahulu banyak org dia aniaya termasuklah adun dia sendiri. Antara musuh ketat dia ialah Zainal Dahlan , Datuk Zakaria ,Ahmad Bahari Shariff jajang , Daud Harahap , dan ramai lah lagi , yg dia paling tak tahan adalah daud , ahmad bahari , kesian datuk Z dia teraniaya dgn Khir Toyo. Balasan tuhan terhadap dia berlaku di dunia ini lagi. kini dia hanyalah ketua pembangkang, menayalak macam anjing hari -hari harap belas ikhsan dari rakyat selangor, tapi rakyat selangor hanya menjawab , padan muka ko.... Ni nak jadi pual ketua pemuda uMNO agar dapat jadi menteri, tabur duit juta-juta untuk dapat pencalonan , dan skrg tabur banyak2 nak dapat undi pulak, sedarlah ko tuh dah tua.........

Anonymous said...

nak duit kena keluar duit..tu jer...so....politik ni cam business gak..sapa pandai dia kat atas..sapa lambat..kat bawah jer r...nak jd ADUN pun susah au..