PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, January 28, 2009

Malaysiakini ~ Khir Toyo 5 x 2 samalah 2 x 5

1. Apakah impak semua aduan dan pendedahan Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang UMNO terhadap kerajaan baru Selangor benar-benar memberi kesan atau ianya memberi tamparan kembali kepada UMNO kerana Khir Toyo juga ketika menjadi Menteri Besar dahulu diketahui umum lebih teruk dan pernah melakukan berbagai-bagai kesilapan yang umumnya diketahui ramai.

2. Banyak aduan dan pendedahan yang dilakukan oleh Khir Toyo termasuk mengesa agar MB Selangor mengosongkan kerusi MB Selangor hanya jadi momokan pembangkang dan langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepada Menteri Besar berkenaan. Ini merupakan satu kerugian kepada UMNO kerana yang membuat pendedahan pun 2x5 yang serupa macam 5x2.

3. Seperti pendedahan penternakan babi, akhirnya Dr Karim yang mendapat tamparan kembali apabila gambarnya melawat pusat penternakan babi di German di dedahkan oleh laman web pembangkang kerana menurut mereka kerajaan lama adalah perintis kepada projek ini dan mereka hanya manyambung.

4. Eloklah Khir Toyo memikirkan kembali kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang jika beliau merasakan kasih beliau terhadap UMNO Selangor begitu jitu sekali. Apa salah beliau membuat pengorbanan dengan memberikan orang lain tempat sebagai Ketua Pembangkang di Selangor.

5. Teresa Kok juga menyaman Khir Toyo atas isu Azan di mana Kok telah manafikan membuat keyataan berkenaan. Bukan mudah sebenarnya mahu mejadi Ketua Pembangkang ini jika tiada kebijaksanaan.

No comments: