PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, January 21, 2009

Peti undi Khir dan Mukhriz tewas di KT hanya peti undi KJ yang menang

Benarkah pada kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu Khir sibuk berjumpa dengan Pemuda UMNO. Berkempen bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan menurut risikan Khir Toyo yang di amanahkan menjaga peti undi Kenanga hanya berjaya meraih 907 undi dan PAS telah berjaya menewaskan BN di peti undi ini dengan memperolihi 1035 undi.

Apa yang di rayu oleh Wak Khir di sana. Ada orang berkata Khir hanya merayu ketika ada media yang membuat liputan sahajs dan menulis diblognya bahawa dia merayu undi dari rumah ke rumah. Jika benar dia merayu dari rumah ke rumah mengapa keputusan undi tidak memihak kepada BN.

Selain itu dua lagi calon Ketua Pemuda UMNO yang menjaga peti undi masing-masing, di mana Mukhriz telah menjaga peti undi Kg Nibong dengan keputusan memihak kepada PAS juga, BN 751 dan PAS 1010. Hanya peti undi yang dijaga oleh Khairy Jamaluddin di Chendering yang berjaya dimenangi oleh BN dengan kiraan undi BN 867 dan PAS 625.

No comments: