PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Tuesday, February 24, 2009

Malaysiakini ~ 3 Generasi sumpah Khir Toyo ?

Semalam Wak, nama sebenar Wak adalah Wak Paiman bin Wahjidi sempat berbual dengan salah seorang ahli UMNO Kg Berembang yang telah menjadi mangsa di bom oleh Zionist satu ketika dahulu sehingga ada yang merintih merayu meminta belas kasihan dari Mantan Menteri Besar Selangor yang begitu berkuasa ketika itu dan tidak pernah menyangka beliau akan tunduk dan jatuh akibat kesombongan beliau.

Bagi penduduk kampung berkenaan apa yang dilakukan terhadap mereka adalah satu kezaliman dan hampir keseluruhan penduduk menadah tangan memohon agar Allah SWT menghukum Menteri Besar yang begitu angkuh dan langsung tidak mahu mendengar rayuan penduduk kampung berkenaan yang merupakan umat Islam dan orang-orang Melayu. Harta mereka hilang dan rumah yang menjadi tempat mereka berteduh lebih dari 30 tahun dirobohkan oleh pemimpin mereka sendiri. Tiada belas kasihan. Siapa yang melawan akan diseret ke balai polis.

Penduduk yang lemah terpaksa menelan segala kepritan dan segala kenanagan di kampung berkenaan terkubur bersama rumah-rumah yang di dirikan oleh usaha siang dan malam mencari rezeki kerana mereka bukanlah terdiri dari orang yang kaya. Bertahun-tahun berkerja keras untuk mendirikan rumah berkenaan akhirnya dirobohkan dalam masa beberapa minit sahaja.

Setelah kerajaan Khir Toyo punah, mereka maghrapkan agar ada sinar keinsafan yang akan menyedarkan Khir Toyo, harapan mereka adalah untuk mendengar Khir Toyo memohon maaf kepada mereka dan mengakui akan kesilapan beliau. Yang mereka sedih adalah Khir juga pernah membesar dirumah setinggan di Klang lama ketika beliau masih menutut. Beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang tetapi setelah beliau menjadi orang yang paling senang, mengapa beliau memandang rendah kepada penghuni rumah setinggan.

Kami tidak akan melupakan Khir Toyo sehingga beberap generasi. Jika sumpah si merah padi selama 7 keturunan, mungkin sumpah kami hanya 3 keturunan sahaja yang telah menjadi saksi akan kezaliman beliau. Biarlah dia mahu mengaku cara kepimpinan beliau sama dengan cara kempimpinan Rasul, kami tetap mengatakan bahawa pemerantahan Rasul tidak sama dengan pemerentahan Khir Toyo. Sombong dan angkuh.

Doa kami agar beliau tidak akan berkuasa lagi dan doa kami agar beliau gagal dalam melayari kerjaya politik beliau. Setiap kali kami melihat gambar ini setiap kali kami terkenang kesombongan dan kezaliman beliau. Bagi kami yang lahir di kampung Berembang ini akan mengenangkan kezaliman Khir Toyo setiap kali kami menyambut ulang tahun kelahiran kami. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Semoga Allah SWT memberikan balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi sesama insan.


Antara keluhan yang masih bermain di telinga mereka :-

Mana orang Melayu nak tolong orang Melayu? Yang robohkan rumah kami orang Melayu juga.... Nak kata Yahudi, tak Yahudi.

Pn. Noraini, penduduk Kampung Berembang

Tengoklah, anak-anakku, jangan kau lupa peristiwa ini bila engkau dewasa kelak. Jika engkau membesar menjadi orang yang berjaya, ingatlah peristiwa ini. Inilah nasib orang-orang miskin macam kita… Buka matamu, ingat apa yang mereka lakukan kepada kita orang miskin, ingatlah sampai bila-bila.

Seorang ibu di Kg. Berembang kepada anak-anaknya disebalik tangisan.

Wak Paiman : Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Wak ucapkan Terima Kasih kepada pelayar yang telah melayari blog Wak yang tidak seberapa ini, jika baik kasi tahu kawan, jika tidak baik kasi tahu Wak.

Gambar-gambar inilah bukti kezaliman Khir Toyo terhadap orang Melayu.