PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Monday, February 9, 2009

Malaysiakini - KHIR UMPAMA BANGKAI SEDANG MINTA NYAWA

Oleh Sabrani Muin

Sehingga hari ini, pemuda masih ramai yang tidak dapat menilai siapa patut jadi ketua mereka dari kalangan tiga orang calon yang layak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Tolak tepi pasal tabur wang kerana terlalu ramai yang percaya semua keluar belanja. Kalau tak beratus ribu, berjuta sudah bertaburan semata-mata mahu memancing untuk menjadi calon dan juga untuk mendapatkan undi.

Kalau antara mereka didapati ada bukti, Jawatankuasa Disiplin UMNO dan SPRM akan dakwa mereka. Serahkan sahaja kepada mereka untuk mencari atau dengan sengaja memasang perangkap yang dengan sendirinya kalau mereka didapati bersalah, akan hilanglah kelayakan mereka bertanding.

Usah pening-pening. Bacalah pandangan ini dengan hati yang terbuka banyak kali agar mudah untuk kita membuat penentuan berdasarkan tiga perkara penting – fikiran, hati dan tangan. Ia terletak kepada kemampuan ke tiga-tiga perkara ini sahaja sebelum menggunakan tangan untuk membuang undi kelak.

Perkara ini didedahkan oleh salah seorang ketua pemuda bahagian bahawa ketika ini, ramai pemuda meletakkan ketiga-tiga calon bakal ketua mereka di semua bahagian penting pancaindera tubuh mereka. Cuma di hari pemilihan sahaja menentukan siapa akan berada di tangan untuk diberikan undi.

Walaupun gah orang semua tahu Datuk Dr Khir Toyo betul-betul berkorban sakan kali ini dengan wangnya, dia adalah seorang yang sudah lupa akan dirinya siapa. Kegagalan besar yang paling terserlah dalam perjuangan politik sebelum ini ialah Negeri Selangor tergadai ke tangan PKR adalah akibat dari sikap sombong, bongkak dan keangkuhannya semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Bayangkanlah bahawa Khir tidak diterima oleh rakyat Selangorlah yang menyebabkan terkorbannya Negeri Selangor ke tangan Pakatan Rakyat (PR) setelah Selangor membina kemajuan yang begitu hebat dan antara negeri yang terkaya di negara ini.

Tidak boleh siapa nafikan bahawa pemberian penyapu kepada pegawai kerajaan telah benar-benar membawa sial kepada Barisan Nasional yang telah banyak jasa kepada rakyat. Isu penyapu itu perkara paling nyata yang telah menggambarkan betapa biadapnya insan berketurunan Jawa yang sangat halus budi bahasa dan ada resamnya dalam rumpun Melayu sejagat.

Secara peribadi pula, Khir yang patutnya bersyukur dengan wajah aslinya yang tidak kurang kacaknya telah sanggup mengubah wajahnya dengan menggunakan kaedah botok yang ternyata bukan kaedah Islamik untuk berhias atau mengubah wajahnya yang telah dicipta begitu sempurna.

Apakah orang seperti ini yang hendak dipilih oleh pemuda di zaman ini dalam kita memperkatakan kesopanan dan kesusilaan menjadi teras utama dalam perjuangan pemuda menentang gejala-gejala menentang ketuanan Melayu yang heboh dibincangkan di mana-mana hari ini?

Usah kita lihat jauh bagaimana Khir menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor dulu mengaut segala kekayaan yang sempat beliau perolehi untuk kepentingan peribadi, fokus dua perkara itu sahaja sudah cukup untuk kita kenali siapa diri beliau sebenarnya.

Kalau ada orang kata beliau sudah bertaubat dan akan mengubah sikapnya kalau diberi peluang mengetuai Ketua Pergerakan Pemuda kali ini, itu adalah dusta sama sekali. Orang yang sudah bertabiat curang dan berkepentingan tidak akan dapat mengubah dirinya dalam sekelip mata. Dia akan mengulanginya dengan lebih hebat lagi menggunakan platform Pemuda yang sepatutnya meneruskan perjuangannya menyelamatkan generasi muda dan mendidik mereka ke satu arah yang lebih baik dari apa yang ada hari ini.

Malahan daripada kehadirannya di setiap kali persidangan Anggota Dewan Undangan Negeri di mana beliau menjadi ketua pembangkang hanya menerima ejekan sahaja. Setiap kali dia buka mulut mengkritik kerajaan Selangor hari ini, setiap kali itulah PKR dedahkan 'najisnya'.

Sekiranya pemuda mengangkat beliau jadi Ketua Pemuda, samalah dengan pemuda menjulang bangkai yang mengelitik mahu hidup semula menuntut takhta memerintah generasi muda yang akan pasti akan dirosakkan dengan tangan yang telah pernah menyerahkan penyapu kepada bangsanya sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

Khir Toyo menggunakan "Botox"? Memang benar? Malangnya tak gunanya, tak nampak hensem pun. Nampak macam wanita tua sahaja, macam Madonna atau Cher. Mereka juga pengguna Botox.

Anonymous said...

zaid hamidi adalah ketua segala perpecahan bangsa Melayu. dulu dia komplot dengan anwar dan lagakan anwar-mahathir. sekarang dia lah punca pak Lah undur awal bila dia calonkan dirinya utk timb presiden lepas itu tarik balik... maka pecahlah umno - taktik sama di guna adun bota semasa insiden lompat parti baru2 ini ...mungkin idea orang yang sama

Anonymous said...

wak khir ni buat malu org jawa je..org jawa kat selangor ni pun dah tolak dia..ciss..tak guna.jgn harap la BN nak rampas selangor selagi si mangkuk ayun ni ada