PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Monday, February 9, 2009

Malaysiakini ~ Siapa yang perlu berubah - Khir Toyo atau UMNO

Khir Toyo selalu bercakap mengenai pembaharuan dalam UMNO, sudahkah beliau melihat di cermin dan telahkah beliau nampak apakah pembaharuan yang beliau mahukan dalam UMNO. Yang pastinya beliau telah di paksa meninggalkan Selangor untuk di perbaharui oleh PKR. Beliau yang masih berada di takuk lama yang hanya pandai berkata-kata gagal untuk membuat dan reformasikan UMNO kepada satu pembaharuan apabila beliau masih menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Sememangnya UMNO memerlukan pembahruan, UMNO perlu menyingkir pemimpin yang gagal apabila di berikan tanggungjawab bagi menerajui kepimpinan UMNO. Jelas dan terbukti sudah Khir gagal dalam menerajui sebuah negeri. Khir juga mengukir sejarah kerana melepaskan Selangor ke tangan pembangkang. Belum pernah lagi rakyat Selangor membuat keputusan yang begitu berani dan jelas mereka telah begitu bosan dengan Khir sehingga sanggup menghumban Khir dan seluruh EXCO Khir dari takhta kerajaaan negeri Selangor.

Tentu besar sangat dosa Khir sehingga rakyat Selangor menjadi dahaga mahukan pembaharuan. Besar sangat dosa Khir sehingga rakyat Selangor begitu nekad tidak mahukan Khir Toyo. Tanpa merasa bersalah Khir Toyo minta dibangunkan dari kejatuhannya. Hari ini Khir cuba melatakan kekalahan beliau di tangan UMNO. Kekalahan UMNO sebenarnya adalah kerana Khir Toyo. Tidakkah Khir mempunyai perasaan malu untuk menyalahkan UMNO.

Pembaharuan apa yang Khir mahukan dalam UMNO sekira orang-orang macam Khir masih berada dalam UMNO yang masih tidak membuat pembaharuan dalam UMNO. UMNO tidak boleh membuat pembaharuan, umpamanya hentikan politik wang kerana orang yang meminta pembaharuan ini masih kuat dan tebal menajdi Santa Claus menabur wang merata-rata untuk bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

UMNO boleh di perbaharui dengan mengantikan orang-orang seperti Khir yang telah tidak diterima oleh masyarakat dari terus menerajui UMNO. Lebaih ramai orang seperti Khir dalam UMNO, maka lebih cepat UMNO goyang dan tumbang. Sememangnya pembangkang mengalu-alukan agar pemuda UMNO memilih Khir sebagai ketua mereka agar mudah mereka menjahanamkan sayap muda UMNO ini.

2 comments:

TokBatin X said...

Khir toyol mmg gila talak...kita tunggu sidang bulan mac ni nak tengok khalid nak dedahkan apa pulak pasal kera..jaan terdahulu...SPRM tak 'berminat' nak siasat ke???

QQQQQQQQQQQ>>>>>

Sebagai negeri termaju di Malaysia kekalahan besar BN di Selangor pada mulanya tidak dapat diterima. Tumbangnya kerajaan negeri yang sejak dari merdeka lagi adalah di tangan Perikatan dan kemudiannya menjadi BN mulai awal tahun tujoh puluhan adalah pahit sekali kepada penyokong UMNO dan BN.

Isu-isu seperti isu Penyapu yang pada orang Melayu adalah sial yang telah diberikan pada tahun lalu oleh Dato Seri Dr Khir Toyo bekas MB Selangor kepada ketua Majlis Daerah yang kurang atau gagal megutip hasil atau cukai pintu telah menimbulkan kemarahan dikalangan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berada di Lembah Kelang. Kemarahan dicurahkan kemarahan melalui undi kepada pembangkang.

Sebagai perbandingan kita ambil Parlimen Putrajaya dan Shah Alam. Di kawasan Parlimen Putrajaya kebanyakan pengundinya adalah kakitangan kerajaan dan BN telah menang dengan majoriti selesa. Sementara di Shah Alam juga ramai kakitangan kerajaan termasuk kakitangan Universiti Teknologi MARA, BN telah kalah teruk bukan saja di peringkat Parlimen tapi juga di tiga kawasan DUNnya . Apa yang membezakan Putrajaya dan Shah Alam pada saya ialah isu Penyapu. Mungkin juga ada faktor lain seperti calon Parlimen yang datang dari luar.

Demikianlah bahananya jika pemimpin politik tersilap langkah.

TUKANG REPAIR GIGI nih..juga mempunyai semangat ‘KEJAWAAN’yang terlalu kuat dan kadang kala sehingga menjadi tidak rasional. Ini juga satu isu 'under current' di kalangan orang Melayu dan ahli UMNO. Nampak semacam ada 'zero sum game' dalam hal ini. Bila orang ‘JAWA’ jadi MB, semua jawatan negeri, daerah dan kerajaan tempatan dibolot oleh suatu suku kaum sepenuhnya.

Jadi boleh dikatakan semua Pegawai Daerah di Selangor diisi oleh pegawai dari orang ‘JAWA’ bermula pelahan-pelahan sejak beliau menjadi MB pada 18hb Ogos 2000.

Begitu juga dikalangan Dato Bandar dan kebanyakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran dan Daerah. Calun-calun UMNO dalam PRU 12 yang baru lalu juga menampakkan bertambahnya muka baru dari suku kaum’JAWA’. Ini adalah perlakuan yang kurang sihat dan kurang berhemah.

Orang Melayu di Selangor merupakan 52.9% dari jumlah penduduk Selangor sebanyak 4.85 juta. Suku kaum Melayu terdiri dari orang Bugis. Malah Baginda Sultan Selangor sendiri adalah berasal dari keturunan Raja Bugis yang berasal dari Sulewasi. Juga terdapat orang Minangkabau, Banjar, Kerinci, Jawa, Mandailing dan lain-lain suku kaum Melayu di negeri tersebut.

Kita pun tidak tahu siapa yang menasihatkan Khir membuat demikian kerana sebelum ini keadaan tertutup atau 'exclusivity' kepada suatu suku kaum ‘JAWA’ seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Selangor.

Kita boleh lihat semasa Dato Hormat Rafae dari suku kaum’JAWA’ jadi Menteri Besar, orang kuatnya ialah Mustapha Kamal (sekarang Tan Sri) yang berasal dari Batu Gajah, Perak. Mustapha Kamal adalah pegawai khas Menteri Besar yang berkebolehan dan banyak membantu MB dalam perancangan dan pembangunan Selangor pada masa itu.

Terdahulu dari itu Mustapha Kamal adalah Pengarah Urusan Shah Alam Properties, sebuah syarikat pemaju kepunyaan kerajaan negeri Selangor.

Biarlah pemilihan pegawai negeri, daerah dan kerajaan tempatan di Selangor didasarkan atas merit dan kebolehan supaya negeri mendapat khidmat orang pegawai-pegawai yang terbaik dan boleh bekerja dengan cekap untuk kemajuan dan kemakmuran negeri.

Kita mahu perkara ini tidak berlaku lagi dalam kerajaan BN di masa-masa datang. Orang Melayu hanyalah 'simple majority' sahaja di negeri itu iaitu 52.9%, walhal Cina 27.8%, India 13.3 dan lain-lain kaum 6%.

Kalau kita berpuak-puak pula tentulah yang rugi ialah orang Melayu sendiri.

Seorang pemimpin UMNO yang bersikap 'anti-perkauman'.. yang mesti disingkirkan dari UMNO

HIDUP UMNO...


Diedit dari
http://matnasionalis.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

Anonymous said...

umno dengan kir toyol sama je
dua dua kena berubah
berubah jadi zombi