Kiriman dari ahli UMNO Kuala Langat,
Dengan hati yang luhur dan ikhlas saya berharap Datuk Seri Khir dapat meluangkan masa membaca surat terbuka ini yang saya tujukan khas kepada Datuk Seri atas dasar perubahan yang Datuk Seri laungkan selama ini. Datuk Seri pernah mendesak agar ada perubahan dalam UMNO dan menjadi kumpulan pendesak yang mendesak agar Perdana Menteri berundur demi menyelamatkan UMNO dan Datuk Seri jugalah yang menjadi salah satu suara yang lantang mendesak akan perubahan dalam UMNO.
Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun melaksanakan proses peralihan dan memberikan laluan kepada Timbalan beliau untuk menang tanpa bertanding dan Insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar menjelang April 2009. Dalam desakan Datuk Seri kepada Presiden parti seolah-olah Datuk Seri langsung tidak merasa bersalah dengan kekalahan besar UMNO di Selangor dan tergadainya maruah UMNO di Selangor.
Datuk Seri seolah-olah meletakan semua tanggungjawab berkenaan kepada Presiden parti dan sebagai ketua sebuah negeri Datuk Seri tidak pernah merasakan bersalah dan jauh sekali mengakui akan banyak kesilapan dan penyalah gunaan kuasa dan rakyat miskin teranianya dan terabai di bawah kepimpinan Datuk Seri. Sebenarnya apa yang berlaku kepada Datuk Seri adalah pintu keluar yang telah ditunjukan oleh rakyat Selangor yang tidak dapat menerima cara kepimpinan Datuk Seri yang angkuh dan langsung tidak mahu mendengar suara rakyat. Memang benar Datuk Seri telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kepada Tan Seri Mohd Mohamad Taib dan kami hargai apa yang telah Datuk Seri lakukan dan sememangnya wajar tindakan yang telah Datuk Seri lakukan.
Adalah lebih baik jika Datuk Seri memikirkan pula untuk melepaskan "title" Ketua Pembangkang UMNO kerana ianya langsung tidak relevan kepada Datuk Seri kerana rakyat sudah tidak mempercayai apa saja yang keluar dari mulut Datuk Seri. Walaupun perkara yang Datuk Seri nyatakan adalah perkara yang benar tetapi ianya akan menjadi satu back fire kepada UMNO kerana yang bercakap adalah Datuk Seri. Ada yang berkata, mana orang percaya si penyamun yang mendedahkan keburukan penyamun yang lain walaupun ada peribahasa Inggeris yang bermaksud, hanya pencuri saja yang boleh menangkap pencuri.
Contohnya, apabila Datuk Seri mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang, beliau akan mendedahkan balik kepincangan Datuk Seri yang lalu. Lagi banyak Datuk Seri dedah lagi banyak beliau akan mendedahkan kembali, ini merugikan UMNO kerana usaha untuk mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang boleh kita ibaratkan bagai mencurah air ke daun keladi.
Adalah baik jika kepincangan ini kita serahkan kepada pemimpin lain yang mendedahkan seperti Ketua Pemuda UMNO Shukur dan adalah baik beliau sendiri dilantik untuk menjadi Ketua Pembangkang. Datuk tidak perlu bimbang, jika sekiranya Selangor kembali ke tangan BN. Datuk Seri tidak akan dilantik untuk menjadi Menteri Besar lagi. Adalah baik jika sekiranya Datuk Seri berehat dari politik sepenggal dan memperbaiki akan imej Datuk dan kembali semula dalam politik selepas itu.
Datuk Seri masih muda dan banyak masa lagi. Datuk Isa yang di gantung keahlian beliau, kini kembali untuk bersaing dalam pemilihan ini dan berjaya melepasi kuota Naib Presiden UMNO. Demi UMNO dan bangsa Melayu, adalah lebih baik Datuk Seri lepaskan title Ketua Pembangkang kerana bukan hanya Datuk Seri yang mahu perubahan, ahli UMNO Selangor juga mahukan perubahan di Selangor. Adalah tidak adil Datuk Seri masih tidak berubah setelah tewas sebesarnya di Selangor tetapi Datuk Seri pula yang menjadi pendesak agar Presiden parti berundur. Datuk Seri juga perlu berundur demi parti dan jika sekiranya sayangkan parti dan UMNO.
Mungkin Datuk Seri langsung tidak nampak akan kelemahan Datuk Seri kerana kita tidak akan nampak akan kelemahan kita tetapi rakyat yang menilainya. Buktinya rakyat Selangor telah meterjemahkan maksud yang tersirat, itulah bukti penilain rakyat terhadap Datuk Seri. Masakan kuda yang telah tempang boleh masuk ke gelanggang lagi dan bertarung di medan perang, Datuk Seri ........
Berehat dan berundur buat seketika adalah penyelesaian yang paling baik dari tewas dalam gelanggang dan hilang kehormatan, berundur bukan bererti kita kalah. Berundur untuk mencari kekuatan dan mahasabah diri untuk mengesan kelemahan dan kembali dengan satu tenaga yang baru. Perbaiki lagi dan kenali team Datuk Seri, adakala pemimpin ini lemah kerana orang-orang disekeliling.
Dengan rela hati mengizinkan surat terbuka ini di edarkan dan di cetak kembali di laman-laman web lain agar ianya akan sampi kepada pembacaan Datuk Seri Khir Toyo.
Contoh apa yang tersirat di hati penulis ini - Baca disini

6 comments:
Salam Wak,
Kabare?
Saya sering mengikuti blog ini yang terang-terang anti kepada Wak Khir.
Lalu secara peribadi wak lah, siapa pula diantara 2 calon yang berbaki tu yang menjadi poooja an hati tuan hamba selain dari lobang idung ahmad nisfu???
yg pastinya bukan ngko lerr akusayangumno... hehehehe.....
mangkuk ayun punya khir toyo..balaci mahathir nih..dia yang serahkan putrajaya..abu hasan omar tak mau serah putrajaya, mahathir cantas..lantik pulak khir toyo puaka ni..
tak sampai sepenggal pun kuala selangor jadi bandar cun melecun, banyak pembangunan muncul..sayang, abu hasan jadi MB cuma setengah penggal..dapat kat khir toyo dah dua penggal baru la nampak sikit maju..sebab sebok majukan poket sendiri.
Memang benar.. wak tempe yang suntik botox untuk menggebukan wajah tak perlu lagi menjadi pemimpin melayu.
Lebih baik wak tempe duduk depan cermin dan belek muka lama-lama, kot-kot ada jerawat yang tumbuh.. belanja beribu-ribu duit rakyat hanya untuk mencantikkan wajah.. kalau wajah tak gebu selepas nie, macam mana..? so, untuk wak tempe @ botox.. tolong duduk diam-diam. Beleklah wajah gebu mu itu kot2, boleh dibawa mati...
sekian, wasallam.
Kepada wak tempe.. tak payah la nak korek kesalahan MB selangor.. cermin diri anda dulu.. ingat balik rasuah yang bermaharaja lela ketika pemerintahanmu dulu.
Muhasabah diri dulu sebelum nak tuduh orang lain. Wak tu masa jadi MB selangor dulu, baik sangat ke.. macam lah awak tu maksum.. pigidahhh.. khir toyo gila meroyan.
teruskan rawatan kecantikan dimuka mu.
apa jadi nasib si kitol..baca kat www.permatang.blogspot.com
Post a Comment