PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Tuesday, March 17, 2009

Panas Ehek..Yang bagi tuh toyol ke...? Khir Toyol sebersih salju


Oleh: Wak Paiman Wahjidi


Khir Toyo tidak bersalah oleh lembaga disiplin UMNO Malaysia. Wak mahu ucapkan tahniah kepada Wak Khir dan merasa terharu kerana selama ini wak tak tahu bahawa Wak toyo ini sebersih salju. Wak Khir kali ini berjaya kali ini membersihkan nama beliau sekali lagi setelah dahulu berjaya membersihkan diri sama seperti 20 tuduhan ketika masih menjadi Menteri Besar Selangor. Wak patut muhasabah diri kerana Wak Khir itu orang yang bersih tidak pernah rasuah tidak pernah merasuah. Beliau adalah pemimpin yang baik yang mana tidak satu sen pun duit beliau ditabur kepada perwakilan ketika pencalonan dan juga sewaktu kempen pemuda
UMNO.

Jangan tuduh Wak Khir , dia manusia yang paling jujur dan paling baik dan tidak pernah melanggar undang-undang, jangan tuduh dia kerana dia memang tak pernah bagi duit barang satu sen pun kepada sesiapa saja yang menjadi perwakilan. Berdosa kalau kita tuduh dia, Lembaga disiplin juga mendapati Wak Khir putih bersih dan tidak beralah, beliau bijak dan licik , macam mana Lembaga Disiplin nak mendapati beliau salah , yang bagi duit bukan Wak Khir dan bukan orang Wak Khir, yang bagi tuh hanya toyol toyol yang mengagih rezeki hasil ....... nak hukum sapa , kata kawan-kawan Wak Paiman ? takkan nak hukum toyol.

Lembaga disiplin mendapati Wak Khir bersih sebersih salju, Wak Khir sendiri tahu ahli UMNO tahu, semua orang tahu, tahu sama tahu , geleng kepala sesama sendiri , apa nak jadi dengan lembaga disiplin UMNO ni , yang membajak gunung dan melambakkan gunung di depan mata tak nampak , yang ikan bilis pula yang mereka nampak. dari 30 orang yang Wak jumpa di PWTC dan bercerita mengenai Wak Khir sebersih salju ini , 30 yang tersenyum dan seolah-olah malas nak bercerita , lantak lah kata mereka...nak jadi apa jadi lah....... tak kan lah terang- terang dan besar besar , Lembaga Displin tak nampak yang gelap gelap yang kecil-kecil Lembaga disiplin nampak. Apa pun kita sebagai ahli UMNO kena hormati keputusan Lembaga Disiplin , jika kita tak hormat siapa lagi nak hormat. Hormat saja lah...... Hormat.... Hormat....... Hormat.....

Lembaga Disiplin Umno telah menerima 226 aduan sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula 17 Julai lalu dan dari jumlah tersebut 33 aduan dirujuk kepada Panel Penyiasatan untuk siasatan lanjut. Pengerusi lembaga, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata sebanyak 13 aduan pula telah dihantar ke Borang “A” bagi bukti tambahan manakala 49 lagi dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut.“Sehingga kini Lembaga Disiplin masih menerima aduan berhubung pelanggaran tataetika anggota Umno. Saya telah dimaklumkan berkenaan betapa berleluasanya aduan rasuah politik dan kesalahan lain di bawah etika tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kita tak faham bagaimanakah cara mereka mengadakan siasatan tetapi kita terpaksa akur dengan mereka , Hormat... Hormat ...Hormat..... Ini bermakna Wak Khir layak bertanding dan bersih dari sebarang perbuatan rasuah , betul ka........ Walaupun Wak Khir didapati bersih , ada pula desas- desus yang mahukan Wak Khir membuat sumpah sebelum pemilihan ini , kalau Wak Khir pun pernah desak orang lain bersumpah kenapa Wak Khir tak nak bersumpah. Mudah saja, tak payah pergi masjid, dalam ucapan beliau , beliau mulakan dengan Bismillah dan mulakan bahawa saya bersumpah tidak pernah dan tidak barang satu sen pun duit saya digunakan merasuahkan perwakilan , jika benar saya pernah melakukan maka saya akan dilaknati Allah SWT.

Buka susah itu saja. Wak juga kompius, jika Wak Khir berani bersumpah Wak akan menyokong beliau , sah lah dia tak pernah bagi barang satu sen pun. Tiba-tiba seorang Perwakilan Pemuda yang duduk sama Wak bangun dan berkata dengan nada suara yang tinggi, habis jam ini aku beli dengan duit siapa ? sendiri mahu ingat lah , tak elok menang dengan cara macam itu, katanya , dalam hati Wak ko pun sama , yang ko ambik asal...... Entahlah , Wak pun rasa macam nak meloya pun ada rasa macam nak muntah muntah pun ada ni, tak kan Wak mengandung kot...............tapi dalam keadaan begini Wak rasa Wak Khir pun malu juga , Wak Khir malu malu kucing bila berdepan dengan orang yang pernah merasa jasa baik Khir Toyo. Tanyalah Faizal Kelang , dia pun rasa malu gak...... Kalau rasa wak betul kasi tahu kawan kalau rasa wak tak betul kasi tahu wak.............. Siaplah Wak jika nak dibandingkan dengan Wak Khir ini, dia orang bersih , kepimpinan beliau berpegang pada kepimpinan rasul-rasul.... ia lah.....

4 comments:

ISA said...

Biasalah, Lembaga disiplin tu... siapa.. yang komplen pun siapa... umno dengan umno... kena lah hormat.. kononnya...

HORMAT BODOH namanya... akal letak kat tumit...

USD said...

Salam, tuan boleh aku tumpang gelak di blog ini...khir tidak bsalah! hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha!!!!!

memang dia x bsalah sbb ejen dia cekap! hahahahaha

Anonymous said...

Wak, tlg la dedahkan harta2 dari amalan rasuah si Khir Toyol ni. Cpt Wak.. jgn bagi dia naik balik. Dah terang2 main duit, tak kena tindakan, nampaknya dia la mng KP nnt. Lepas tu Najib lantik la dia jadi senator, dpt jadi menteri penuh, makin dia kaya, makin ramai tertindas, makin hancur negara.

Bodoh punya Lembaga Disiplin! Lembaga yg tak de disiplin!

Akhir kata, kalau mcm ni la gayanya, PRU 13, bye2 UMNO..

Anonymous said...

Wow... suci murni nya toyol sekor ni. Tak der rasuah la pulak.. wow.. kagum giler beb..

izinkan hamba gelak kat sini..

kah kah kah kah..... 10 juta kali.