PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, March 15, 2009

Khir mungkin sudah tahu nama beliau tersenarai dalam Lembaga Disiplin UMNO - Malaysiakini


Wak Khir sudah mula menyerang dan mendakwa ada gerakan sulit menjejaskan reputasinya pula , itulah , jika mahu jolok lihat wajah di cermin dahulu, bila kena jolok kembali jangan salahkan orang lain, hero mana boleh tuduh - tuduh, nak jadi hero kenalah perfect. Mungkin wak Khir sudah tahu namanya mungkin telah tersenarai dalam nama 20 calon yang akan diambil tindakan oleh lembaga disiplin UMNO. Lembaga Disiplin UMNO tentu sudah ada bukti dan telah menyiasat. Janganlah tuduh Lembaga Disiplin UMNO salah dan jangan pula tuduh pengadu salah , sebab ramai orang UMNO yang tahu dan bukan seorang yang telah menerima budi baik Khir Toyo secara terang-terangan. Lembaga Disiplin UMNO tidak mungkin mahu menganiaya ahli mereka. Di sebut juga bahawa seorang calon Timbalan Presiden juga turut tersenarai. Beberapa hari yang lepas Khir Toyo kata ada cubaan sabotaj untuk menjatuhkan beliau. Ini tektik untuk cover line kot sebelum berita sebenar akan tersebar. sila baca dua kenyataan Khir sebelum ini .

Keyataan Pertama

SHAH ALAM 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendakwa wujud gerakan sulit untuk menjejaskan reputasi beliau yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Beliau mendakwa, terdapat orang UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri sekarang untuk menyerangnya menerusi pelbagai dakwaan tidak berasas.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak terbabit membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ada bukti mengenai dakwaan salah laku membabitkan dirinya.

"Saya sedar dan tahu, ada jaringan di antara orang dalam UMNO dengan pembangkang (kerajaan negeri sekarang) untuk menjatuhkan saya.

"Kalau betul semua dakwaan itu, kenapa terus serang dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kalau ada yang tak betul, lapor terus kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan salah laku beliau sepanjang mentadbir negeri Selangor sebelum ini.

Dalam pada itu Mohamad Khir turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah menarik janggut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib di luar sidang DUN semalam.

Sebuah laman web hari ini melaporkan bekas Menteri Besar Selangor itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan oleh wakil rakyat Pas itu semasa sidang DUN berlangsung.

Menurutnya, beliau hanya menyentuh janggut wakil rakyat itu di luar dewan sebagai tanda persahabatan seperti yang disaran dalam Islam dan tindakan itu pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak lakukan (menarik janggut) tapi saya sentuh sambil menegur kerana tindakan beliau menuduh orang tidak terlibat dengan dewan (isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik) perlu dielakkan.

"Jangan gunakan dewan untuk membuat tuduhan tidak berasas," katanya.

Semalam, Saari mencadangkan kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM1.5 juta untuk pembelian tiga kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan Range Rover oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pembelian kereta Range Rover bernilai RM500,000 oleh Cekal Tulin, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang digunakan oleh Zaharah.

Keyataan kedua

Dakwaan disabotaj: Ada bukti kukuh, Khir mahu Lembaga Disiplin bertindak

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tetap yakin berpeluang memenangi jawatan nombor satu pergerakan itu walaupun ada usaha mensabotaj beliau dalam pemilihan sayap Umni itu hujung bulan ini.

"Saya ada keyakinan, tapi keputusan akhir terletak di tangan perwakilan.

"Saya telah berusaha sebaik mungkin, akhirnya saya bertawakal kepada Allah. Jika ada peluang saya pasti menang," katanya.

Bagaimanapun, Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menyifatkan berita tersebut sebagai khabar angin semata-mata kerana beliau hanya memperoleh maklumat tersebut daripada perwakilan ketika berkempen.

Laporan media sebelum ini menggambarkan bekas Menteri Besar Selangor itu sedang mendahului dari segi sokongan daripada perwakilan untuk memenangi jawatan nombor satu sayap parti itu. Ketua Pembangkang DUN Selangor ini menegaskan, beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan setakat ini melainkan ada bukti kukuh yang menunjukkan ada pihak cuba mensabotajnya.

"Saya harap masalah sabotaj tidak patut wujud dalam parti kerana ia tidak adil kepada calon-calon lain. Lembaga Disiplin perlu ambil tindakan ke atas mereka yang bersalah jika ada laporan yang diterima," ujarnya.

Ketika ditanya apakah bentuk sabotaj yang dimaksudkan, Khir menjelaskan, ada pihak cuba mereka-reka bukti tentang dirinya dan melaporkan kepada Lembaga Disiplin.

Tambah Khir, beliau juga bimbang tidak dibenarkan berjumpa dengan perwakilan Umno di tempat-tempat tertentu.

Selain beliau, jawatan Ketua Pemuda menjadi saingan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

4 comments:

Prof. Era Pasca said...

hhaaha lantak la...! baginda memang benci khir toyo pun! hahaha khir sudah tamat die nye carieer.. pas ni jumpe die kat klinik je lah..

Unknown said...

aku bukan memmbenci tetapi sebagai khalifah dimuak bumi ini, seharusnya kita bersikap lebih keterbukaan dalam menjahanamkan puak2 yang dah makan duit rakyat ni..
dah la, ada anak bini jgn a rasuah dan buat keja2 beruk umno... aku pon x tahu, aku pon takut aku fitnah, tapi aku tetap menyokong kepimpinan pemimpin PR yang ikhlas dan berhati murni...
nahas a kalao pemimpin PR buat perangai beruk umno, sampai kematippon aku xkan maafkan dosa korang.... ingat,,,,aku ni rakyat....jgn leka , jgn tido wahai pemimpin PR...

Anonymous said...

khir mesti sedang usaha keras untuk menang ketua pemuda. sebab, kalau menang ada peluang cerah jadi menteri kabinet. power beb!!

khir! nak tanya sikit, itu range rover dah pulang balek ke belum ke PNSB?? dan kereta2 company yang ngko pakai dulu tu dah pulangkan balek dah?? duit balkis tu amacam? sejak bila pulak duit kerajaan negeri b oleh pindah ke federal punya bakti? jawab sikit khir.
satu lagi, sebab ngko boleh ambik duit hadiah dari pkns rm100,000.00 setahun, agaknya mb sekarang pun boleh dapat jugak kot. bolehkan khir? ngko tak jeles kan? kan?

Anonymous said...

Mintak selisih malaikat jgn la bagi si Jawa bodoh ni menang KP. Org kata KJ teruk, tapi nak compare dgn si Jawa ni dia lagi jahat, busuk hati dan mementingkan kaum kerabat sendiri.

Masa zaman Mat Taib jadi MB dulu, ramai jutawan2 Melayu lahir, tak kisah mana dia mesti tlg org, terutama org2 kampung. Time Khir Toyo, ada beberapa org yg paling rapat je yg jadi kaya, termasuk la suku sakat sendiri. Tak cukup dgn tu, jawatan2 dlm kerajaan negeri pun dia nak kacau, siap boleh tolak lagi lantikan2 yg SPA dah buat. Ada org ckp dia punya cita2 nak buat negeri Majapahit, KONONnya la.. Nak lantik org2 keturunan Jawa utk jawatan tinggi dlm kerajaan.

Harap2 PR serang dia habis-habisan sampai ke hari pemilihan. Harap2 ada org yg hebohkan pasal rumah Khir Toyo yg harga RM27 juta kat Jln Suasa Seksyen 7 Shah Alam, mintak2 seblm pemilihan akan tersiar gambar rumah ni yg tentunya dari hasil rasuah yg tak diambil tindakan.

Senarai rumah Khir Toyo yg diketahui:

1. Seksyen 7 Shah Alam = +-RM27j

2. 3 rumah di Glenmarie Court Shah Alam = +-RM15j

3. Weekend house di Hulu Langat = +-RM10j

4. Penthouse di Concept Blue, La Trobe St., Melbourne = RM21j

5. Rumah banglow di Kajang = +-RM10j

Kira la sendiri nilai anggaran tu. Cukup ke gaji jadi MB 8 thn utk miliki rumah2 tu semua? Itu baru rumah yg diketahui, bayangkan pulak aset keseluruhan. Kpd SPRM, pergi la check sendiri.. bukti2 semua dah terbongkang dpn mata. Jgn la jadi suruhanjaya yg buta dan pekak tuli.

Kpd semua, tak kisah la penyokong BN atau PR, jgn la bagi org ni naik balik dlm politik, boleh hancur negara dibuatnya akibat nafsu buas dia dan isteri terhadap harta benda. Wakil2 UMNO dlm pemilihan nnt tlg la jgn buat keputusan pilih dia, nnt korang menyesal! Jgn gadaikan Malaysia!!

Kpd Khir Toyo yg langsung tak dihormati, aku harap sgt kau baca komen aku ni, dan jgn la nak samakan diri kau dgn Rasulullah saw (yg kau ckp dlm Hujah), sbb Rasulullah kekasih Allah, kau pulak manusia gelojoh hina yg bongkak sebongkak-bongkaknya, ibarat nak menyamakan air zam2 dgn air dlm loji kumbahan! Aku doakan kau diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman nnt, baru terbela nasib org2 yg kau tindas dulu.