PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, March 5, 2009

Penyokong UMNO harap Khir Toyo jangan rosakan peluang UMNO dalam pilihan raya kecil serentak


Khir Toyo diseru agar jangan turun untuk berkempen pada mana-mana pilihan raya kecil yang akan berlangsung serentak walaupun beliau memenangi pemilihan UMNO sebagai Ketua pemuda UMNO. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh ahli akar umbi terutamanya ahli UMNO Selangor yang takut , kehadiran Khir Toyo akan membawa impak buruk kerana rekod Khir Toyo telah tercemar dengan banyak isu-isu yang panas ketika ini di mana yang pasti kita akan gagal memujuk pengundi atas pagar, pengundi pembangkang yang kini bosan dengan parti pembangkang dan sudah bersedia untuk menghukum parti berkenaan.


Dengan adanya Khir Toyo yang sememangnya dibenci oleh pembangkang dan juga pengundi atas pagar akan mengakibatkan jentera kita menjadi lemah. Lihat saja apa yang berlaku di Permayang Pauh dan Terengganu , peti undi yang dijaga oleh Khir Toyo mengalami kekalahan. Faktor keperibadian Khir Toyo amat penting kerana ramai yang tidak mempercayai lagi dengan kehadiran Khir Toyo yang dikatakan gagal untuk menjaga negeri sendiri hingga tergadai dan hanya banyak cakap yang retorik tetapi habuk pun tak ada. Khir Toyo bagaikan berkokok sekampung , tahi penuh di ekor.


Ramai yang beranggapan Shukur , Ketua Pemuda UMNO Selangor adalah orang yang paling baik dan lebih layak dari Khir Toyo untuk memikul tugasan bagi UMNO Selangor, Shukur dikatakan lebih berkeliber dan lebih dipercayai dari Khir Toyo.

6 comments:

enta omri said...

RIGHTEOUSSS....

enta omri said...

lagipun, sial penyapu tu belom sampai expiry date lagi.

jadi, eloklah khir jauh2kan diri. nanti terpalit sial penyapu pada orang lain pulak. jadi sial semuanya nanti.

ini nasihat mbah.

dd said...

kasihan pak Khir tak da kata2 yang sama untuk pak Khairi ke?

Anonymous said...

Esok insyaallah MB Selangor akan buka pekung rasuah2 Khir Toyo dlm Dewan Negeri. Buktinya semua jelas nyata, kalau SPRM kata tak de kes jugak, baik tak payah ada la SPRM tu..

mad said...

"Azmin alleges Khir Toyo's wife visited Tokyo Disneyland on state funds " - Malaysian Insider

Anonymous said...

100% korrek korrek korrek.
Suruh dia duduk kat rumah je main jeling jeling dengan eli