PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Friday, March 27, 2009

Wak Khir salahkan Pakatan Rakyat antara sebab dia kalah

Wak Toyo menyalahkan Pakatan Rakyat sebagai salah satu punca kekalahannya dalam persaingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno Rabu lalu.Jadi 50 undi yang dia kalah tuh adalah anatara yang percayakan kes Balkis.Wak tahu apa yang dimaksudkan oelh Wak Toyo ni,tentu ada orang lain yang mahu dikenakan ni. Dia bukan bercakap kosong, wak nak cakap orang putih sikit , knowing him , you know lah .....

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini - tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno wak Khir berkata kerajaan siasatan Pakatan Rakyat Selangor terhadap isu Balkis telah mempengaruhi pengundian perwakilan.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu bertegas bahawa beliau tidak bersalah kerana siasatan pihak polis mendapati beliau dan pertubuhan tersebut, tidak melakukan sebarang kesalahan.Tak salah lagi, Tak pernah salah, tapi kaya. Macam mana tuh....

Kontroversi membabitkan Balkis tercetus apabila dilaporkan dana miliknya dipindah ke akaun lain apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008.

Bekas presiden Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik, yang juga isteri Wak Khir, dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 11 Mac tahun lalu untuk membubarkan pertubuhan itu dan menutup akaunnya sehari kemudiannya.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Wak Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatih'.

"Mereka hanya membazirkan masa. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk mentadbir negeri itu, walaupun sudah setahun mereka mengambil alih pentadbirannya," tambahnya.

Itulah , dulu Wak Khir masa tadbir negeri dia tidak pernah buang masa,dia tadbir betul betul . Nasa kat PWTC , penyokong Wak khir ni penuh dalam coffe ose Pan Pac, makan kat situ. Mee goreng mamak ngan air kopi RM40.......

Esk wak paiman ada story lagi, ni pasal pegawai wak khir yg mang bodoh lah..... dulu bagi penyapu sekarang....... tunggu esok wak cerita.

5 comments:

Atan said...

Salam,
Barangkali, kecenderungan untuk mengambinghitamkan pihak lain, merupakan sebahagian daripada sifat alaminya. Tindakannya menukar rupa wajah, daripada berkulit gelap (sawo matang?) kepada yang lebih cerah dan merah, adalah gambaran hakikat kecenderungan itu. Hal ini menggambarkan seolah-olah, keturunannyalah yang salah kerana melahirkan ia berkulit hitam, lalu rupa itu perlu diubahsuaikan. Sifat redho pada kejadian yang ditentukan Allah jelas tidak ada pada dirinya lalu.

Dalam konteks kekalahannya dalam persaingan KP UMNO yang baru lalu, jelas sifat redho kepada qadak dan qadar Allah, tidak ada dalam diri dan hatinya. Jika ia mengimani hal yang menjadi rukun iman itu, ia tentu akan beristighfar, bermuhasabah lalu kemudiannya pasti dia akan sedar bahawa kezaliman dan penyelewengan sewaktu ia di puncak dahululah yang telah menzaliminya. Dan dari situ, ia tidak akan menyalahkan sesiapa melainkan dirinya jua. Sebagai hasilnya, ia pasti akan berpijak di bumi nyata lalu sedar bahawa orang yang terlajak laku perlu bertaubat!

Berhentilah daripada menyalahkan orang.

Anonymous said...

Wak sebenarnya pemuda bukan nak wak sangat , wak dah tua, kerjaya politik wak sjrg sudah bersda dipenghujung,sekal lagi pemilihan UMNO , wak hilang jawatan ketua bahagian dan sebelum tuh wak hilang jawatan ADUN, tapi wak dah kaya , cuma skrg masuk tak lebat lah, wak duit yg wak sedekah masa pemipihan pemuda itu kalau wak sedekahkan kepada rakyat termiskin dah ramai yang kaya,yapi x apa lah baki pun banyak lagi, bila nak duk umah baru tuh, dah boleh duduk kot wak.

Anonymous said...

betlah pd ptg penamaan calon tu sy lihat pemuda kampung , mcm anak-anak jawa aja berbaju hitan berlogo ganas , gambar tangan mengengan penumbuk , ramai yg makan dlm Pan Puteri, kalau mee foreng dgn teh tarik RN40 , huh bayangkan lah berapa bas yg makan kat situ, itu belum umum keputusan ,blm menang , kalau menang huh makan kat mana tah,,,,,,,,,,,,,

Anonymous said...

perasan!! khir oii.. ngko ni memang jenis manusia tak sedar dirilah.. sekarang belang ngko makin menyala-nyala warnanye.. tambah jelas warna belang ngko.

woii..!! orang umno yang tak nak kat ngko.

ngko kan dah kaya raya sama naik ngan bini ngko tu.. duduk ajelah kat rumah baru ngko tu..kang rakyat selangor mengamuk baru ngko tahu, kami datang ramai2 kat rumah ngko tu bawak penyapu berlori2 baru padan muka ngko tu lakibini!!

tangkap senyap sikit boleh tak! kang hilang sabar aku kang.. ngko ingat ngko sorang je yang ada contact kat ag tu. kitaorang pun adalah.. jangan nak eksen sangat!!

bebulu mata aku nengok ngko. pegi main jauh2 lah!

____
qariah kg bermban

Anonymous said...

Duduk rumah dgn bini buat anak sudah la.. Org2 UMNO pun dah tak nak kat kau, apa lagi rakyat Selangor. Kau nak kaya mcm mana lagi? Duit dah beratus juta pun tak cukup.. Haloba betul kau ni.