Wak bergegas pulang ke rumah malam tadi kerana tidak mahu terlepas melihat rancangan Hujah yang disiarkan oleh TV9 yang mana ianya berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sambil menghirup secawan nescaffe dan makan sandwich Wak telah menunggu didepan TV . Mula-mula Wak lihat ketiga calon pemuda UMNO dan Wak terasa janggal juga bila melihat Wak Khir duduk sebaris dengan mereka dengan hidung merahnya. Dalam hati Wak, apa orang tua ini buat sebaris dengan orang muda sebagai calon ketua pemuda UMNO. Tak apalah, bisik hati Wak.
Hujah yang mula-mula saja dah tersentak hati Wak. Khir asyik mengulangi pasal perubahan. Tak habis -habis dengan perubahan tetapi tidak pula diberikan cadangan mahu berubah macam mana. Nampak macam garang, tetapi bila di tekan oleh Prof Agus apakah Khir akan bersama rakyat menutut penurunan minyak yang telah rendah, Wak lihat, Wak Khir dah panik dan gabra. Tak apa kita lupakn pasal itu, yang Wak rasa paling dukacita sekali apabila Wak Khir seolah-olah menganggap Barisan Nasional ini teruk sangat. Dari sudut mana yang Wak Khir lihat ianya teruk Wak pun tak tahu. Sedangkan Wak Khir juga menang bertanding atas tiket Barisan Nasioanl. Kata Khairy (KJ) kita juga berjaya menubuhkan kerajaan, malahan ketiga-tiga calon menang di Parlimen masing-,masing maleinkan Wak Khir di DUN.
Apakah kerana BN Selangor yang dipimpin oleh Khir Toyo gagal untuk mempertahankan kerajaan negeri maka BN dikatakn sebagai teruk dan perlu perubahan, bagaimana dengan kepimpinan dan politikus seperti Khir yang telah diubah oleh rakyat di Selangor. Tak perlukah Khir berubah? Berubah dari sikap nagatif yang menganggap BN sudah teruk dan terus mengkritik BN dan terus berdaya fikir yang nagatif mengenai BN. Sebenarnya seperti yang pernah Wak nyatakan di blog ini, Khir sepatutnya berubah, berubah dan berhijrah meninggalkan angan-angan dan cita-cita untuk menjadi pemimpin setelah beliau ditolak oleh rakyat Selangor.
Mungkin ramai yang mencemik apabila melihat Khir yang sering bercerita seolah-olah beliaulah pemimpin yang paling bersih dan yang telah berubah dan bioleh malakukan perubahan, kenapa sekarang.........????? Kenapa tidak ketika beliau menjadi MB Selangor dahulu. Kenapa nada Khir dahulu ketika menjadi MB dan lain ketika menjadi ketua pembangkang. Apakah Khir sedar bahawa dia telah berubah mengikut nasib untung badan. Apa yang di utara oleh Wak Khir adalah ulangan tulisan orang lain dalam blognya. Khir seolah-olah hafal setiap bait tulisan itu untuk dijadikan senjata ketika berhujah.Wak pula yang merasa malu apabila apa yang Wak Khir katakan semua terkena batang hidung beliau sendiri tetapi dia boleh buat muka tidak bersalah beliau. Rakyat sebenarnya tidak boleh lagi menerima walaupun sepatah kata-kata Wak Khir lagi kerana apa yang Wak Khir cakapakan selama ini tidak sama dengan apa yang beliau lakuakn ketika menjadi MB dahulu.
Kelakar juga bila melihat Khairy menghentam sinis, bekas MB Selangor ini. BN tidak lah teruk sangat kata Khairy. Merah menyala hidung Khir Toyo ketika itu. Kita tenguk sajalah apa yang akan dipilih oleh perwakilan pemuda nanti. Orang tua yang masih mahu jadi muda atau pemuda yang muda sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Tuesday, February 17, 2009
Malaysiakini ~ Khir Toyo tidak yakin dengan BN sekarang dan mahukan perubahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
macam ni oun ada ka..... maintipu , ada juga soaln bocor, macam macam lah , tapinlu tahu ka berapa agoes dapat habuan, no money no talk, namaknya Khir beria-ia mahu menang,
Tak hairan jika agus bocorkan soalan , apa apa pun bisa berlaku dengan kepa;la agung
salambro.. jgn tuduh-tuduh sebarang. kepada siapa yang tidak sempat menonton, bole menonton streaming di http://video.aidan.com.my/hujah/
Auuum !
Anti Khir Toyo bererti anti tempe kok
DKT tu memang toyol,tak faham-faham soalan yang dikemukakan.Apabila ditanya soal tertentu,dia jawap pula jawapan yang lain.Macam kayu saja...kayu penyapu!!Tak ada otak langsung.
Post a Comment