PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Monday, April 6, 2009

Wak Khir sudah mula mengakui kesalahan nya

4. Pertamanya adalah tidak benar PNSB diarahkan membayar perjalanan anak-anak dan pembantu rumah saya ke mana-mana lawatan kerja saya. PNSB hanya membayar biaya saya dan isteri seperti mana yang diperuntukkan oleh syarikat tersebut dan juga amalan biasa kerajaan. Seingat saya tiada satu pun perjalanan anak-anak saya dan sesiapa sahaja yang tidak layak mendapat pembiayaan menggunakan wang PNSB mahu pun wang kerajaan. Jika ada berlaku kekhilafan maka saya bersedia bayar balik.

Inilah kenyataan yang menarik dalam blog Wak Khir , Jika ada kealifan maka dia akan bayar balik. bagaimana pula sebuah syarikat yang besar boleh berlaku kekhilafan dengan pembayaran perjalanan Anak isteri dan pembantu rumah Menteri Besar jika bukan arahan. Akhirnya kali ini Wak Khir hampir mengaku walaupun beliau menyatakan bahawa "jika berlaku kekhilafan". Bagaimana dengan kekhilafan yang lain-lain , sanggup bayar ke? Banyak nak dibayar ni. Alhamdulillah kali ini beliau tidak membuat pengakuan , saya tidak bersalah , saya bersih. Sekurang-kurangnya Wak Khir sudah mula mahu mengakui kesilapan.

Bila agak nya Wak Khir mahu bayar , boleh buta press release besar-besaran.

Esok kita akan terus mengulas mengenai isu ini sehingga Wak Khir membayar kembali setiap sen wang yang sudah di salahguna . Terima kasih kerana terus melayari laman ini/

8 comments:

jono said...

Bila nak bayar balik ni,,,, kalau bayar pun banyak duit lebih lagi. Betul ke shukur mahu menambil alih jawatan Ketua Pembangknag Selangor http://www.walkdtalk.blogspot.com

wak kiman said...

Banyak lagi duit dia, 10 generasi tak habis, pemilihan Ketua pemuda baru habis berapa juta saja , ada bilion lagi. Korang ingat dia x leh bayar ke.

Anonymous said...

BN kalah di dua kawasan... perubahan kepimpinan nampaknya tidak mengubah pendirian rakyat. Saya optimis PRU 13 nanti BN akan berkubur. saya nak ajak KT join PAS atau PKR je..Hi hi

Anonymous said...

eleh!! boleh pecaya ke??
tu apartment kat mekah tu dah transfer nama ke..
kereta2 dan duit balkis tu bila pulak..
hah! jangan lupa jam tangan, beg tangan dan kot tu dan lain2 apa nama..

jangan buat2 selected memory plak.
kami orang selangor tak mudah lupa!
sampai lobang cacing pun kami trace tau!!
tak bagi penyapu naik.

_________
rakyat selangor

lolo said...

Salam. Apa khabar semua.
Saya amat teruja sekali bila PR memang pada PRK tu. Lebih2 lagi jika menang pula pada PR13 dgn menumbangkan BN yg tak sedar diri tu. Saya sbg rakyat rasa amat terbela jika di bwh pemerintahan PR dr BN. Sebagai contoh lihat kerajaan selangor, excellent.
Saya dah tak ada modal nak komen DS Khir tu. Sebab dah jelas. TQ.

Atan said...

Salam,

Saya ada baca tulisan Dr yang main cetus-cetus aje tu. Dia ada guna kalimat "Seingat saya...". Hal ini bermakna, ada perkara yang dia tidak ingat atau saja tak nak ingat.

Ah, biarkan! Yang buruk tidak akan disembunyikan Allah. Jika tidak di muka bumi ini, hal itu akan didedahkan pada hari kemudian.

Tak taulah pulak kita jika ada pengecualian pada hari kemudian kelak!

Anonymous said...

Hahaha... Kalau baca blog Khir Toyo, komen2 yg puji, yg sokong, yg kipas bontot dia, yg salahkan org lain, yg hentam KJ, yg tu je lepas. Khir Toyo tu sbnrnya pengecut nak mampus..

Matatech said...

ada 60% orang melayu di selangor tak suka kat KT. 30 peratus atas pagar 5% penyokong kuat yang makin nak berkurang jadi 3 peratus, statistik ini dikeluarkan oleh kiestobo. habis laa macam mana nak baya duit rumah. he.. he.. he..