Berlakunya peristiwa ini mencerminkan betapa sombong mantan Menteri Besar ini dan penasihatnya melihat manusia lain terlalu rendah dan hina. Peristiwa ini telah menjatuhkan imej beliau dipandangan mata rakyat yang sebelum ini sememangnya membenci beliau dan ini adalah satu faktor yang mengakibatkan kekalahan BN untuk mempertahankan Negeri Selangor.
Hari ini Khir Toyo dan penasihatnya hebat memerangi Tan Sri Mohd Taib yang mengambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor daripada beliau. Jika diukur daripada prestasi kedua mantan Menteri Besar Selangor ini, Tan Sri Mohd Taib adalah lebih baik jika prestasinya ketika memerintah Selangor cuma silapnya Tan Sri Mohd Taib terlibat dengan isu wang yang dibawa ke Australia. Semua manusia ada membuat kesilapan dan beliau telah pun dihukum kerana kesilapan itu. Selain dari itu prestasi Mohd Taib memajukan Selangor sememangnya tidak boleh dinafikan.
Sikap sombong dan angkuh mantan Menteri Besar ini terus menjadi kemarahan rakyat Selangor apabila merobohkan kuil Hindu seminggu sebelum Deepavali tanpa toleransi dan perbincangan dahulu dengan kaum Hindu yang membuat kaum Hindu terus membenci beliau dan kebanyakan dari mereka terus menolak BN dan menyokong pembangkang. Khir sepatutnya menyedari betapa bengap dan bodoh penasihat beliau dan sepatutnya memecat penasihat mereka dari terus memberikan nasihat yang akan menghancurkan kerjaya politik beliau.
Hari ini penasihat beliau telah memberikan satu lagi nasihat yang bodoh menasihati Tun agar menentang pucuk kepimpinan dalam keadaan Khir yang tidak mempunyai pengaruh dan kuasa.
Yang paling menyedihkan, penasihat mereka masih ada hati mahu menasihati Khir Toyo untuk bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sebaiknya mereka ukur dahulu baju yang mahu mereka pakai dan tatapi wajah mereka di cermin sebelum mahu mengumumkan niat mereka untuk bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Khir kini bukan sahaja menjadi penentang kepada pucuk kepimpinan UMNO Malaysia, beliau juga merupakan penentang kuat kepada pucuk kepimpinan UMNO Selangor.
Mahukah pemuda menerima seorang pemimpin yang berfikiran penyapu untuk menerajui sayap UMNO yang mempunyai ahli-ahli yang dinamik ini dan ke manakah arah pemuda yang mahu dibawa oleh Khir Toyo sekiranya beliau berjaya menerajui kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ini.
Wak hanya menggunakan penyapu untuk membersihkan taik kucing kering yang berselerak di bawah rumah.
No comments:
Post a Comment