Gelombang yang ditiup oleh Tun dan juga laman web yang menyokong Tun kini menjadi ikutan kepada Khir Toyo telah mula reda dan tiba-tiba ada yang telah menyedari apa yang mereka lakukan akan menjerat diri mereka sendiri. Api yang cuba membakar politik Pak Lah kini bertukar dengan semaraknya kebangkitan Anwar dan ini sememangnya tidak mereka gemari. Masalah mereka mahu membunuh Pak Lah dan kemudiannya menguasai kepimpinan Kerajaan dan kemudiannya menyelesaikan masaalah Anwar. Ini tidak berlaku kerana apabila api kebencian yang mereka tanam kini semarakan api perjuangan penyokong Pak Lah.
Api penyokong Anwar semakin besar dan mereka kini khuatir takut-takut tidak sempat untuk memadamkan api berkenaan. Sedangkan api yang dibakar untuk membenci Pak Lah kian reda dan Pak Lah masih bertahan dan masih kuat malahan ianya tidak ada kesan yang dapat menumbangkan Pak Lah. Mana satu yang mereka mahu kejar sekarang , terus membakar Pak Lah atau memadam api penyokong Anwar yang bertambah besar. Jika dibiarkan api yang membakar penyokong Anwar merebak terus , mereka tentu tahu apa akibatnya nanti. Yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.
Siapa mereka untuk menentukan bahawa api kemaraan Anwar dapat mereka kawal. Kumpulan yang bersama mereka kini telah mula lesu dan hanya menunggu kapal UMNO untuk berlayar kembali setelah jurutera - jurutera UMNO sedang memperbaiki dan membetulkan semua kerosakan dan kemungkinan mereka yang menyebabkan kerosakan ini akan ditinggalkan. Jika ini berlaku , tinggallah mereka dengan kelompok yang tiada tahu kemana hala dan arah tuju perjuangan mereka. Nak kat sokong UMNO, mereka yang hancurkan UMNO , nak kat sokong pembangkang , tidak juga. Kesimpulannya amat mudah. Siapa yang kecewa , sertailah team ini. Terusan menyalak.
Bagi saya Khir telah membuat satu keputusan yang silap , beliau sebenarnya ada peluang untuk memenangi Ketua Pemuda UMNO jika beliau tidak menunjukan berpihak kemana-mana pihak. Orang tahu Khir kecewa dengan Pak Lah dan menantunya , ramai yang simpati. Tetapi apabila Khir memilih untuk menentang Pak Lah dan berpihak kepada Tun atas nasihat pegawai-pegawai mereka. Saham Khir untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO kini jatuh meredum dan beliau kini di Cop sebagai penentang Presiden UMNO.
Cara tentangan Khir dan cara yang dilakukan oleh Muhyidin Yassin dan Hishammudin amat berbeza sekali , kerana kedua pemimpin ini melakukan secara terhormat dan berlapik. Khir melakukannya begitu ghairah dan mengeluarkan taringnya untuk menelan terus Pak Lah adalah merupakan satu kesilapan yang besar. Jelas niat Khir berdendam dengan Pengerusi BN Selangor begitu ketara sekali kerana tentangan yang diberikan terhadap Mohd taib begitu ketara sekali . Khir is a sore looser..... Khir hanya mahu menang dan tidak sanggup dan tidak tahan menerima kekalahan. Dalam perjuangan adakala berundur bukanlah bererti kita kalah. Berundur mungkin satu strategi perperangan. Kalah dan berundur seketika dan menyusun kembali strategi adalah satu senjata perperangan, Kalau kita sudah lemah dan kita terus menonjol kehadapan , ini memudahkan lagi musuh membunuh kita. Bererti kita hanya mahu membunuh diri sendiri.
Masalah Khir adalah rakyat dan Tun dan bukannya Pak Lah ,
Masalah Khir sebenarnya bukannya Pak Lah, masalah Khir sebenarnya ialah rakyat yang menolak beliau. Rakyat yang menyingkirkan beliau, masalah Khir lagi ialah PR khusunya PKR. kenapa Khir sasarkan Pak Lah ? Khir seolah-olah mengali kubur untuk diri sendiri. Benar kalah dah kalah dah..... tetapi Khir perlu ingat bahawa beliau masih muda , beliau masih berpontensi untuk terus berada dalam UMNO sebagai pemimpin tertinggi beliau masih berpeluang untuk kembali menerajui kepimpinan tertinggi. Jangan ulangi kesilapan yang telah khir lakukan ketika memimpin Selangor sehingga Khir terpaksa menyerahkan Selangor ketangan pembangkang, Ini amat memalukan sekali. Yang membuat Khir kalah teruk sebenarnya bukan Pak Lah , tetapi Khir sendiri dan Tun yang menelanjangkan UMNO supaya rakyat membenci Pak Lah dan kerajaan. Itu sebenarnya masalah Khir. Penentangan terhadap Khir dalam pemuda telah mula menular, pemuda kini telah melebelkan Tun sebagai penentang pucuk pimpinan . Khir perlu mengubati luka ini sebelum ianya menjadi nanah dan kemudian menjadi barah sebelum dikapankan. Yang marah pada Khir bukan sedikit bilangannya. Jangan tambah lagi bilangan yang marahkan Khir. Cukup dengan yang sedia ada, Khir septutnya "low profile" sekarang kerana tidak ada kekuatan. Kekuatan yang Khir pinjam dari Mukhriz dan Tun tidak mungkin akan bertahan lama. Bijak mengaturkan strategi politik seperti mana yang dilakukan oleh Shahidan Kassim .Menentang Pak Lah samalah seperti menentang UMNO Selangor, UMNO Malaysia dan juga sahabat-sahabat di dalam UMNO.
Khir patut fikirkan dan bertindak sebelum terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment