Tahniah kepada Dr Khir Toyo , mantan Menteri Besar Selangor yang telah berjaya melahirkan blog beliau sendiri bagi membantu UMNO untuk memperkemaskan barisan kepimpinan parti keramat berkenaan. Blog ini tiba-tiba menjadi popular dan seharusnya Khir mengwujudkan blog ini ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu. Mungkin Khir masih menjadi Menteri Besar ketika ini jika beliau mempunyai blog beliau sendiri ketika itu. Bezanya jika blog itu lahir sewaktu Khir menjadi MB ianya tidak mungkin akan berwajah sedemikian yang berani dan penuh desakan.
Walupun ramai yang tahu bahawa tulisan Khir bukanlah tulisan beliau sendiri tetapi ianya juga boleh diguna pakai kerana setiap tulisan itu perlu mendapat kelulusan dari Dr Khir sendiri. Syabas sekali kepada Dr Khir kerana begitu lantang menegur kepimpinan Perdana Menteri dan mahukan satu Exit untuk menyelamatkan UMNO. Ramai juga yang mempertikaikan apa yang Khir lakukan ini adalah kerana keihklasan atau exit untuk Khir keluar dari kesilapan kepimpinan beliau ketika menjadi Menteri Besar Selangor serta merupakan orang yang bertanggungjawab dalam kekalahan UMNO di Selangor.
Khir sepatutnya membicarakan asas kekalahan UMNO yang bermula dari kepimpinan pemimpin akar umbi yang gagal untuk menguatkan UMNO keseluruhannya. Khir sepatutnya berbicara mengenai gajah di hadapan mata dahulu sebelum membicarakan tentang kuman disebenarng laut. Ramai yang menghormati Khir kerana bertanggungjawab melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UMNO Selangor dan melepaskan kepada Mohd Taib setelah BN kalah di negeri Selangor, Benarkah Khir yang melepaskan jawatan itu dengan sukarela atau terpaksa , jika dengan sukarela pasti beliau tidak mendendami dan memushi Mohd Taib .
Mungkin Khir tidak ada pilihan setelah mengetahui bahawa pengaruhnya di dalam UMNO tidak lagi kuat dan peluang untuk mencuri satu tempatan akan hancur berkecai setelah berjuta ringgit telah dilaburkan selama bertahun-tahun untuk menduduki kerusi teratas dalam kempimpinan UMNO. Khir merasakan gelombang perubahan dalam UMNO kian memuncak dan adalah baik bagi beliau mengikut gelombang ini dan adalah tidak wajar untuk kehadapan dalam kedudukan beliau sekarang. Satu penonjolan perlu dilaksankan dan beliau mestilah berada di dalam kumpulan hadapan pendesak agar suara lantangnya di dengari dan beliau akan diberikan perhatian.
Kemungkinan usaha Khir ini ada logiknya, jika beliau lambat untuk menonjolkan diri , takut-takut ada orang lain yang kehadapan untuk mendahului beliau. Harapan beliau agar lebih ramai lagi akan mengikuti langkah dan jejaknya, jika ini berlaku kedudukan Tun dalam kepimpinan UMNO akan terjamin. Malangnya ….ianya tidak berlaku seperti yang Khir harapkan. Gelombang itu mulai tenang, pemilihan UMNO jauh lagi dan Tun mungkin terkapai-kapai berlari seorang diri kelak.
Walaupun perancanagan Khir pada awalnya untuk bertanding kerusi naib Presiden ketika berada di kerusi Menteri Besar , ini tidak mungkin akan berlaku kerana Khir kini telah handicap. Khir bukan lagi berjawatan tinggi dalam kerajaan. Khir hanyalah seorang ahli dewan undangan biasa sahaja, Tidak mungkin Khir akan dapat menandingi Menteri Besar dan menteri-menteri lain. Khir lantas membuat keputusan untuk berganding dengan Mukhriz dan menyokong Tun bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO, Khir merasakan dia boleh melakukan jika berganding dengan Mukhriz dan mencabar KJ untuk mengumumkan untuk bertanding sekali agar dapat menjalankan perang Pisikologi terhadap Khairy. Malangnya ini juga tidak berlaku kerana Khiary tidak segelojoh dan tidak desprate untuk mengumumkan untuk bertanding kerusi berkenaan, Ini membantutkan lagi gerakan Khir dan amat memeningkan beliau . Khairy tidak memberikan Khir ruang untuk menyerang dan bagi survival politik khir perlu bingkas menonjolkan diri , lantas Khir telah declare kepada UMNO bahawa beliau adalah penentang Perdana Menteri. Beliau menyokong Tun dan mahu menumpang kekuatan Tun, jika Tun berjaya mendesak Pak Lah , bererti beliau juga berjaya .
Ramai yang berpandapat langkah Khir adalah satu kesilapan besar kerana apa yang dilakukan tidak ubah seperti anak yang kecewa yang bersikap biadab kepada seoarang ayah yang tidak langsung memandang akan kesilapan anak itu dan terus memberikan peluang agar dia boleh membuktikan kepada masyarakat bahawa dia tidaklah seburuk seperti yang masyarakat sangkakan. Malangnya setelah masyarakat menolak beliau, beliau salahkan ayah yang tidak berdosa dan yang telah cuba untuk menyelamatkan beliau. Inikah balasan Khir terhadap jasa Pak lah yang terus mahu mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada pilihanraya yang ke 12 yang lalu.
Khir sepatutnya merancang bagaimana untuk mempertahankan diri dan cuba untuk melemahkan kerajaan PKR dan dendam belaiu sepatutnya kepada kerajaan Selangor yang baru dan bukan kepada Pak Lah. Laman blog beliau sepatutnya mendedahkan kelemahan kerajaan baru PKR dan nafikan kelemahan beliau sehingga ditolak oleh rakyat untuk menerajui Selangor. Beliau juga sepatutnya menyalahkan penasihat-penasihat beliau yang gagal menasihati beliau memimpin negeri Selangor sehingga beliau dinyahkan dengan begitu mengaibkan sekali di negeri sendiri.
Layak kah Khir menjadi Ketua Pemuda UMNO ?
Yang mengumumkan untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO adalah Khir Toyo sendiri , bukan ada desakan atau jemputan untuk beliau bertanding bagi mengisi kedudukan tertinggi itu. Khir sekarang sedang bermimpi mencium keris dan berdiri dihadapan barisan pemuda UMNO. Inilah saja satu pintu lagi yang boleh meneyelamatkan Khir Toyo walaupun dia tahu jalan ini amat sukar kerana masih ramai pemuda yang lebih muda dan bijak walaupun wajah mereka tidak ayu untuk merebut kerusi ini. Pemuda tidak mahu pemimpin yang jambu, pemuda mahu pemimpin yang berani, berani bukan berani melawan bos sendiri , berani untuk menentang pembangkang. Jika Khir seorang yang berani, beliau sepatutnya mengalihkan matlamat menulis diblog kepada menghentam pembangkang dan bukan nya menghentam Perdana Menteri .
Mahukah pemuda UMNO berketuakan seorang yang gagal dan telah mengadaikan negeri terkaya di Malaysia kepada pembangkang,. Mahukan Pemuda UMNO berketuakan ketua yang punyai masalah dengan Perdana Menteri ? mahukah pemuda UMNO berketuakan pemimpin yang punyai banyak masalah dengan rakyat?. takut nanti pemuda tidak ada kerja lain melainkan mempertahankan ketua mereka sahaja dari serangan pembangkang.
Apa salah Pak Lah kepada Khir ?.
Senarai calon yang dipilih Khir tidak langsung di gugurkan oleh Pak Lah, semua nama yang bertanding adalah nama yang disenaraikan oleh Khir. Semua musuhnya dalam UMNO Selangor telah beliau singkir dan membuang beberapa nama yang menyokong Pak Lah. Jika kita teliti akan nama-nama yang bertanding adalah senarai nama pengikut kuat Khir.
Bersambung……..
Thursday, April 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment