Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.
"Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) dirobohkan pada 15 November.
"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan perdana menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama. Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Mohamad Khir mendakwa Samy Vellu menelefon beliau agar bertindak terhadap kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat upacara penyokong Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
'Henti bercakap'
Dr Mohamad Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.
"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober.
"Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil, yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu.
Beliau berharap Dr Mohamad Khir berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.
"Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apasal tak ada orang komen kat blog nie...
blog "syok sendiri" ke..?
jadi... akulah orang pertama yang bagi komen kat blog nie...
yeeee....
komen aku adalah...
"hidup orang jawa".... yeeeeeeyyyy
nanti kita tgk sama ada blog ini blog syok sendiri atau tidak ,ekek ekek ekek ekek , blog ini dalam pengumpulan maklumat untuk hidangan pembaca belum cukup maklumat untuk diletupkan , tunggu saat dan ketika untuk diletupkan , sabar lah wak jawa weiiiiii.....
Post a Comment