PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, May 4, 2008

Khir bloggers yang bukan bloggers

Khir Toyo kemungkinan menghabiskan sisa-sisa politiknya dengan menjadi bloggers yang menentang kerajaan. Mungkin ini yang telah dinasihatkan oleh penasihat yang sama yang menasihat agar beliau memberikan penyapu dalam satu majlis yang hangat diperkatakan dan dipertikaikan.

Sebagai seorang penulis, khir sepatutnya mencurahkan daya krativiti beliau dengan menulis sendiri diblog milik beliau dan jangan mengharapkan orang suruhan menulis. Khir sebelum ini pernah cuba menerbitkan sebuah buku tulisan orang lain yang hanya ditukarkan nama penulisnya dari penulis asal ke nama Khir Toyo.

Ada seorang menyatakan, blog Khir Toyo ini sebenarnya bukan ditulis oleh Khir Toyo, kalau tak percaya bandingkan lah tulisan Khir Toyo sebenar dengan tulisan di blog beliau. Yang paling menarik apabila Khir kantoi menulis blog apabila beliau berada di Mekah tetapi tulisan beliau tetap disiarkan seolah-olah beliau yang menulis sendiri.

Ramai sahabat-sahabat Khir Toyo kesal dengan tindakan Khir menentang kerajaan setelah hilang kuasa. Ini membayangkan bahawa Khir bukanlah seorang pejuang, beliau adalah seorang pemimpin yang tidak boleh menerima dugaan kekalahan walaupun punca kekalahan datang dari beliau sendiri. Jika beliau terus menulis, eloklah Khir lupakan saja jawatan Ketua Pemuda UMNO yang mahu ditandinginya.

Pasti lambat laun rakyat akan bosan dengan penulisan (tulisan belaci yang menulis untuk Khir) khir yang sentiasa nagatif. Apa guna menyalak apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

2 comments:

Anonymous said...

kah...kah... kahhhhhh...

kesian aku tengok blog niee...
tak ada orang komen pun....
takkan aku je kena bagi komen.... mana adil macam nie....
aku pun ada benda lain nak buat..

kau komen sendiri la lain kali..
hahaahahhahaha.....

"blog syok sendiri"...
mesti kau penat lepas nie...
kau tulis cerita dalam blog kau...
lepas tu kau komen sendiri...


hahahaha ... bangang je bunyi nye...

tamanmelurbarrios said...

hek eleh anonymous nih...bia aa dah blog dia, suka ati dia la nak tulis ape pon.

Mungkin kurang promosi kot blog wak nih...