PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, September 18, 2008

Khir Toyo tak layak tanding ketua Pemuda-Malaysiakini


Baru-baru ini wak ada mendengar luahan hati Khir Toyo, di mana beliau akan membawa pembaharuan dalam kancah politik Umno sekiranya beliau memegang jawatan Ketua Pemuda. Bagaimana si Jawa tempe ini hendak membawa pembaharuan sedangkan dia pernah mengalami kekalahan yang besar dan memalukan di Selangor pada PRU yang lalu. Apakah beliau sudah terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa rakyat menolak beliau sebagai Menteri Besar Selangor, inikan pula sebagai Ketua Pemuda Malaysia.

Penulis lebih gemar mengelar Khir Toyo sebagai Si Jawa tempe kerana beliau bukanlah lahir dari golongan bangsawan seperti Datuk Hishammudin, Khairy Jamaludin dan Mukhriz Mahathir. Beliau hanyalah sekadar orang kampung yang sudah lupa pada asal usul silam beliau..

Dahulunya beliau pernah ke sekolah tanpa menggunakan sepatu(kasut) seperti kanak-kanak lain, mengambil upah mengali kubur, menjual surat khabar lama untuk menyara yuran persekolahnya dan bermacam-macampe kerjaan yang telah dibuatnya sewaktu beliau dalam kesusahan.

Namun, sekarang kehidupan Khir Toyo sudah berubah dan kemewahan kini dikecapi. Dengan kemewahan yan kemampuan yang diperolehinya itulah diamula mengubah fizikal yang telah sedia ada dianugerahkan oleh Yang Maha Esa.

Biarlah puluhan ribu dihabiskan untuk suntikan botox dan pembedahan plastik, asalkan penampilan yang segak dan kelihatan muda terjamin dan memuaskan hati. Modal kempen KP M'sia berteraskan yang dia bukan bangsawan dan hanya orang kampung. Tetapi hakikatnya kehidupannya ala Hollywood. Bersama kereta kereta mewahnya seperti yang dihadiahkan kepada Ketua Pemuda Taiping Tun Zailani dan sebuah Nissan Murano kepada Ketua Pokok Sena Aris Che Mat. Mana ada orang kampung bagi kereta mewah, kecuali orang kaya raya ala Hollywood. Tertanya lagi, botox dan pembedahan plastik budaya mana? Bukanya Hollywood USA?

Namun, Khir Toyo tetap mahu berdalih dengan mengatakan bahawa rahsia beliau muda tampan itu adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

Salasilah penyalahgunaan penggemar tempe ini bukan sahaja terhadap dirinya sendiri, malah ia juga berkepuk banyaknya semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dulu.

Isu rasuah dan salahguna kuasa Menteri Besar, Khir Toyo

Khir Toyo begitu tamak , apabila terdapat mana-mana kekayaan negeri, misalnya tanah dan projek jalan raya, terus dihumbankan semuanya kepada kroni, demi untuk mengutip kemewahan secepat mungkin. Lihat saja Khir memberikan projek jalan di Sekinchan, yang sepatutnya tidak melebihi RM50 juta tetapi meningkat kepada RM92.5 juta kepada kroniterdekatnya, seorang tauke Cina berumur 27 tahun, bekas tuan rumah sewanya dulu. Khir kemudiannya melantik seorang kenalannya, iaitu seorang ahli farmasi, Ahmad Termizi Teujeurry, sebagai wakilnya dalamCabaran Wangsa Sdn Bhd, sub-kontraktor yang menjalankan semua kerja pembinaan itu.

Mengapa Khir memberikan tanah seluas 50 ekar yang bernilai tinggi diKuala Langat kepada budak-budak berumur 20 tahun? Memang mengikut peraturan tidak salah memberikan tanah kepada pemohon yang berusia 18tahun ke atas, tetapi bukanlah pelik budak-budak semuda itu sudah pandai dalam selok-belok mencari tanah kosong dan mengemukakan permohonan dalam masa cukup singkat, iaitu tidak sampai pun sebulan sebelum Khir meluluskannya. Disyakki mereka hanyalah penama saja dengan diberi sedikit bayaran saguhati, sedangkan keuntungan lumayan dipungut oleh orang-orang yang rapat dengan Khir.

Sewaktu selaku Pengerusi PKNS, Khir mendapat dua kali tawaran tanah PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang mana tanah dengan keluasan lebih 22,000 kaki persegi itu dijual murah kepadanya, dengan potongan 50 peratus. Pengurus Besar PKNS, Harun Salim terpaksa membuat tawaran kepada Khir kerana dalam satu mesyuarat PKNS, yang dipengerusikan Khir sendiri, Khir menyindir dengan pedas sekali pegawai PKNS dengan membangkitkan bahawa semasa beliau belum menjadi MB dahulu, segala permohonannya untuk mendapat tanah dengan PKNS ditolak mentah-mentah, "tapi sekarang bila aku sudah jadi MB ...."

Dalam kes ini, Khir juga telah berbohong di sidang DUN Selangor pada31 Oktober 2001, apabila beliau menafikan ada menerima dua kali tawaran tanah itu dengan harga berbeza dan sekali lagi beliau berdusta apabila mengatakan beliau tidak mampu untuk membeli tanah berkenaan kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Segala dokumen berkaitan pembayaran yang dibuat oleh Khir kepada PKNS Bangi ada disertakan kepada BPR. Laman web Umno turut melakukan"lawak-jenaka" apabila mendakwa Khir hanya membeli tanah yang tidak laku dijual selepas dibuka kepada umum pada 1998 dulu. Ini kerana harga pasaran untuk tanah tersebut, paling kurang RM30 sekaki persegi, iaitu tiga kali lebih mahal daripada harga yang PKNS tawarkan kepada Khir. Maknanya, kalau Khir menjual kembali tanah itu kepada umum hariini, dia boleh mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM450,000.

Sumber kewangan Khir semasa membayar semua baki pinjaman perumahannya sebanyak RM150,000 tunai di BBMB Kajang pada bulan Mac 2001, untuk rumah semi-D di No B22, Jalan Jati, Taman Bukit, Kajang turut dipersoalkan. Ini kerana, kalaupun Khir tidak membelanjakan walaupun satu sen elaun MB yang diperolehinya sejak September 2000, beliau tidak akan mampu membayar baki pinjaman itu. Sumber mendakwa aset Khir ketika itu hanya lebih kurang RM300,000 dan bukan semua dari jumlah itu dalam bentuk tunai. Tidak logik, misal kata seseorang yang mempunyai RM200,000 tunai sekali pun, untuk membayar pinjaman RM150,000yang sebenarnya boleh dilunasi secara berperingkat-peringkat seperti dalam perjanjian asal.

Kelulusan tanah berulang kali kepada kroni yang rapat dengan Setiausaha Politiknya, Dr Karim Mansor juga dipertikai. Lutfi hanya mendapat maklumat daripada dua mesyuarat Exco yang diambil secara rawak. Dibimbangi jika diperiksa keseluruhan mesyuarat Exco yang dipengerusikannya, Khir mungkin telah meluluskan begitu banyak tanahyang bernilai tinggi dengan keluasan yang besar kepada kroninya. Harus diingat, bagi tanah, misalnya di Bukit Cherakah, seseorang yang mendapat satu ekar tanah, walaupun tanpa membangunkannya, iaitu dengan menjual terus kepada pembeli, beliau boleh mendapat keuntunganRM200,000 untuk satu ekar. Bayangkan, kalau 50 ekar, bukankah sudah untung RM10 juta dengan mudah sekali.

Khir juga pada 17-18 April 2001 telah meluluskan permohonan untuk mengusahasil kayu balak di Kompatmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, yang mana pengarahnya adalah Pua KimSeng, iaitu abang kepada Pua Kim An, kroninya yang mendapat projek jalan di Sekinchan bernilai RM92.5 juta. Pua Kim An juga mendapat 100ekar tanah di Shah Alam.

Timbul beberapa persoalan, mengapa Khir boleh meluluskan kawasan balak seluas lebih 1,200 ekar di kawasan hutan simpan itu, tadahan hujan itu. Dan didapati permohonan Pua Kim Seng hanya memakan masa singkat, lebih kurang tiga bulan sebelum Exco meluluskannya.

Khir bukanlah MB terburuk. Dikalangan pemimpin Umno, beliau juga mengamalkan rasuah, salah guna kuasa bagi mengumpul kekayaan buat diridan suku-sakat masing-masing. Khir juga di sponsor oleh Tycoon balakyang dimiliki oleh bangsa Cina,Tan Sri Tiong Hiew Kong melalui Ketua Pemuda Kapar Faizal Abdullah.

Hari ini Khir Toyo dan penasihatnya hebat memerangi Tan Sri Mohd Taib yang mengambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor daripada beliau. Jika diukur daripada prestasi kedua mantan Menteri Besar Selangor ini,Tan Sri Mohd Taib adalah lebih baik jika prestasinya ketika memerintah Selangor cuma silapnya Tan Sri Mohd Taib terlibat dengan isu wang yang dibawa ke Australia. Semua manusia ada membuat kesilapan dan beliautelah pun dihukum kerana kesilapan itu. Walau bagaimanapun, prestasi Mohd Taib memajukan Selangor sememangnya tidak boleh dinafikan.

Jalan penyelesaian bagi menyelesaikan dan menutup mulut orang yang mengetahui segala rahsia ini hanyalah berkesan sekiranya beliau mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Dan dengan itu, jawatan KetuaPemuda Malaysialah yang harus beliau dapatkan pada pemilihan Agung parti Disember ini.

Memang diketahui Khir Toyo tidak boleh duduk semeja dengan Hishamuddin. Akan tetapi Khir Toyo juga tidak sehaluan dengan Khairy Jamaluddin. Malah beliau dikatakan menjadi kuda tunggangan kepadaMukhriz untuk memangkah Khairy.

Hishamuddin sudah menyatakan pengunduran beliau. Khir Toyo dan Mukhriz pula dari awal lagi sudah angkat tangan menawarkan diri. Semakin hampir tarikh mesyuarat akan diumumkan, semakin resah calon yang telahmenawarkan diri. Khir kini sudahpun membimbit beg-beg penuh berisi duit ke hulu hilir bersamanya bagi memudahkannya menyelesaikan segala urusan 'sukar'. Malah bukan sahaja beg berisi duit yang dibimbit bersama, dikatakan juga Khir ada membawa bomoh jawa semasa berkempen. Benar atau tidak hanya Allah s.w.t yang mengetahui.

Khir ini memang hanya mahu menang KP M'sia untuk menutup rekod buruknya di Selangor dan laporan terkini, Khir sedang memujuk Mukhrizuntuk menarik diri dan bertanding Majlis Tertinggi. Mukhriz pula terkial-kial, kerana sambutan di akar umbi dingin walaupon Pak Lahsudah memberi tarikh pengunduran. Nampaknya, selepas Tun Mahathir keluar UMNO, rating si Mukhriz susut banyak dan sedang berjumpa dengan Sanusi Junid dan Aziz Samsuddin untuk membantunya ke MT atau pun kemanamana sahaja.

Kesimpulannya mahukah pemuda menerima seorang pemimpin yang berfikiran penyapu untuk menerajui sayap UMNO yang mempunyai ahli-ahli ini dan ke manakah arah pemuda yang mahu dibawa oleh Khir Toyo sekiranya beliau berjaya menerajui kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ini.

11 comments:

Azeezi @ Sunan Hayat said...

biaq la si toyol tempe ni bertanding kp umno-zionis tu..
menang pun takpa..
umno-zionis pun tengah nak karam dah tu..
dgn dia2 skali mampus..

Anonymous said...

PROMOSI HARI RAYA
cheap car at www.keretamaya.com

BERITA BAIK UNTUK SEMUA....
KERETA IMPORT RECOND YANG TERBAIK....DIRECT IMPORT HARGA BERPATUTAN....
SAMPAIKAN BERITA INI KEPADA RAKAN2 TUAN PUAN.....

TOYOTA WISH 1.8 (2003/04) UNREG, ONLY RM99K.....(ONLY 2 UNITS
LEFT....)BOOKING EARLY FOR HARI RAYA......

RM99000 ONLY, Toyota ESTIMA 2.4 Aeras(2003), unreg, s/roof, vacuum foor,
xenon, reverse & front camera, new facelift,FULL LOAN LETS BOOKING EARLY

RM145000 ONLY,Nissan ELGRAND 2.5 Highway Star(2003-2004), UNREG, full spec,s/roof,
l/seats, xenon, DVD, b/kit, s/roof, reverse camera,TV Navigation,
90%-100% LOAN LETS BOOKING EARLY

and many more....please check out more CARS at www.keretamaya.com
Posted by keretamaya at 1:47 PM 0 comments
INTRO
Welcome to new way of buying car www.keretamaya.com

Anonymous said...

PM tidak halang ahli UMNO bertanding



TANJONG KARANG 24 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghalang ahli UMNO daripadabertanding pada pemilihan parti tahun ini selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan parti itu.Bagaimanapun, pada masa yang sama, Presiden UMNO itu mengingatkan semua ahli yang menawarkan diri agar bertanding dalam semangat persaudaraan bagi memastikan tidak berlaku perpecahan dalam parti.

Menurutnya, walaupun amalan demokrasi membuka pintu untuk bertanding dan bersaing, semangat persaudaraan seharusnya perlu terus dipelihara.

“Jangan rosakkan parti kerana kalau bertanding kita berbalah dan berpisah, ini tanda kita akan menjadi bertambah lemah sedangkan kelemahan ini tidak memberi kebaikan.

“Kita perlu merancang untuk mengukuhkan perpaduan dengan meningkatkan kerjasama bagi menjayakan setiap pendekatan yang mendapat sokongan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama rakyat di Masjid Ar-Raudah di sini malam ini.

Abdullah menyedari sememangnya akan berlaku pertandingan di peringkat bahagian dan semua ahli UMNO yang menawarkan diri sememangnya mahu memperoleh kemenangan selaras dengan amalan demokrasi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan UMNO tidak boleh lemah, sebaliknya perlu menjadi sebuah parti yang kuat sebagai tunjang kepada kekukuhan Barisan Nasional (BN).

“Selama ini kekuatan kita datang daripada komitmen kita untuk bersama menjayakan kerajaan. Saya memahami, bagi Selangor waktu ini menyedihkan kerana negeri ini bukan diperintah kerajaan BN.

“Tetapi apa yang berlaku eloklah dijadikan pengajaran yang tidak boleh dilupakan. Ini memberikan kita peluang untuk membuat apa jua perubahan dari segi pendekatan supaya kita dapat mengemaskan lagi kerja dan khidmat kita kepada rakyat agar lebih baik,” katanya.

Abdullah berkata, semangat persaudaraan dalam UMNO tidak terhad kepada masa tertentu tetapi mesti sentiasa ada di kalangan ahli UMNO bagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, katanya, setiap ahli UMNO perlu meneguhkan persaudaraan dan perpaduan untuk menjadi sebuah parti yang kuat.

“Jangan habiskan masa dengan tindakan lain yang boleh memecahbelahkan sesama kita. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh melemahkan kita. Kita tidak boleh menghabiskan masa dengan bersaing sesama sendiri,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau terus mengulangi keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara walaupun ada pihak terus menyebarkan dakyah akan berlaku peralihan kuasa.

“Ia tidak akan berlaku, sebaliknya kerajaan tetap kuat,” kata beliau. -Utusan

Anonymous said...

Khir Toyo lakukan apa saja untuk Popular

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghribserta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar
anak-anak mereka belajar pada sebelah malam. Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Beliau menegaskan demikian ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas mengenai laporan media yang memetik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendakwa ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan Selangor, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.Semalam ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.Beliau membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurut Ee, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tandatangan penduduk bukan Islam itu berhubung perkara itu.Petisyen 189 pendudukKetika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ee berkata, petisyen yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam di situ, tidak menyebut sama sekali tentang laungan azan.Penduduk tersebut, katanya, termasuk mereka yang tinggal di Seksyen 4 yang terletak bersebelahan dengan Seksyan 5.Menurutnya, petisyen tersebut dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman, pada pertengahan bulan Februari lalu.

Salinan petisyen itu, jelasnya, turut diserahkan kepada pihak masjid berkenaan, juga pada pertengahan bulan Februari lalu.Bagaimanapun, kata Ee, salinan petisyen itu dihantar ke pejabat Teresa Kok yang juga Adun Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor, selepas pilihanraya umum Mac lalu.Beliau menjelaskan, pihaknya turut menghantar salinan petisyen itu kepada Teresa kerana beliau merupakan Adun yang terdekat dengan kawasan itu, selain Satim.”Kita di peringkat bawahan ini tidak senang untuk berjumpa dengan pemimpin atasan. Saya harap pemimpin di peringkat atasan dapat berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Minta kerjasama Ee juga menjelaskan, petisyen tersebut diserahkan kepada Satim dengan harapan beliau dapat menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.Pada mulanya, kata Ee, isterinya telah pergi berjumpa dengan seorang pemimpin parti komponan BN yang berpangkat ‘Datuk’ mengadu mengenai perkara tersebut.Ekoran itu, katanya, pemimpin berkenaan mencadangkan supaya penduduk di situ membuat petisyen dan aduan bertulis dan diserahkan kepada Adun berkenaan.

“Ekoran itulah, saya pun mula mengutip tandatangan penduduk di situ dan serahkan kepada Datuk Satim melalui seorang pegawai Adun tersebut di pejabatnya,” jelas Ee.Ee berkata, tidak lama selepas itu beliau mendapati bunyi pembesar suara di masjid telah diperlahankan sedikit selama kira-kira dua minggu.Bagaimanapun, katanya, bunyi pembesar suara di masjid itu dikuatkan semula seperti sebelumnya.”Jadi kita tunggulah tengok bagaimana (perkembangannya).

Takkan kita nak pindah. Saya percaya penduduk Islam di sini boleh faham apa yang kita maksudkan,” katanya.Ee berkata, beliau tidak
pernah berniat untuk membantah kegiatan agama Islam di situ.Tetapi, katanya, mereka berharap penduduk Islam di situ dapat bekerjasama
dengan penduduk lain demi kesejahteraan bersama.Ditanya mengenai kemungkinan ada petisyen lain dari penduduk di situ berhubung laungan azan, Ee berkata, beliau tidak tahu.

Anonymous said...

Pengumuman Khairy adalah pelengkap untuk Pemuda buat pilihan

Oleh Abang Mahmor

Harap-harap selepas Khairy Jamaluddin mengumumkan beliau menyertai gelanggang merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO semalam mengakhiri senario calon yang berminat ‘meminang’ jawatan tersebut. Sahnya empat orang kesemuanya termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Masing-masing mempunyai slogan perjuangan. Mohd Khir dengan slogan ‘Pemuda Berani’, Mukhriz dengan slogan ‘Berani Berubah’, Zahidi dengan azam mahu membawa pemuda ke barisan hadapan dan Khairy pula menggariskan dengan agenda memperkukuh Pemuda UMNO serta setiakawan dengan Pemuda Barisan Nasional.

Walaupun dalam empat orang calon ini saya lihat Khairy yang belum lagi dianugerah sebarang ‘title’ kebesaran Datuk atau Datuk Seri, tetapi penekanannya terhadap setiakawan dengan Pemuda BN satu persembahan yang sangat berharga kepada rakyat majmuk negara ini. Itu adalah agenda kebangsaan sebenarnya.

Seperkara yang saya tabik dengan Khairy semasa pengumumannya, beliau mahu membawa pemuda ke satu destinasi yang paling ditunggu-tunggu iaitu menjadi golongan ‘inclusive’, bukan ‘exclusive’. Daripada kedua-dua perkara ini, memang ramai sedar pemuda sudah terbawa-bawa dengan gambaran eksklusifnya tanpa penyertaan yang nyata.

Pengumumannya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO itu dilihat lebih merupakan permohonan untuk dicalonkan, bukan untuk meraih undi lagi. Langkah ini cukup dilihat matang kerana mesejnya lebih jelas meminta dicalonkan terlebih dahulu sebelum merebut jawatan sedangkan jika dibandingkan dengan yang lain, semuanya mengumumkan lebih dari sekali untuk memegang jawatan Ketua Pemuda walaupun maksudnya sama.

Walaupun pencalonan yang banyak tidak lagi menjamin dapat menduduki kerusi Ketua Pemuda, tetapi lunas-lunas bahasa Khairy patut diberi markah lebih tinggi daripada yang lain. Seperkara yang tidak dapat disangkal ialah Khairy merupakan bakal calon yang sabar. Beliau tidak gopoh untuk mengumumkan secara tergesa-gesa hingga ramai yang tertanya-tanya apakah beliau minat atau tidak dengan jawatan yang bakal ditinggalkan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam diam tak diam rupanya Khairy sudah berada dalam landasan Pemuda UMNO selama 8 tahun – 4 tahun sebagai exco pemuda dan selebihnya hingga sekarang sebagai naib ketua pergerakan itu. Ini bererti juga Khairy akan mengosongkan kerusi naib ketuanya. Dan nampaknya Khairy memperlawa calon yang layak untuk mengisi kerusi yang bakal ditinggalkan itu.

Pada saya, Mukhriz dan Zahidi patut tawar diri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda daripada terus melompat ke jawatan tertinggi dalam pergerakan itu. Itu pendapat saya kerana saya juga mengukur perkembangan mereka. Di situ Mukhriz dan Zahidi boleh belajar mengatur langkah ’step-by-step’ dalam perjuangan politik. Kecualilah Mukhriz fikir dia bertitle Datuk tidak boleh diperintah oleh orang bukan Datuk. Pastinya itu masalah lain.

Kalau ditakdirkan rezeki Zahidi misalnya jadi naib, Mukhriz tidak perlu berkecil hati kerana yang pilih itu adalah pemuda sendiri yang mempunyai mata dan telinga sendiri untuk menilai siapa layak. Dalam hal Mohd Khir pula, beliau memang tidak layak untuk jawatan naib ketua. Untuk ketua pemuda pula dia terlebih layak kerana sebenarnya setahu saya, Khir sebelum ini idamkan kerusi naib presiden.

Entah mengapa beliau tiba-tiba buat ‘U-Turn’ untuk menoleh ke ketua pemuda, tidak pula diketahui. Cuma komen yang pernah saya dengar, dia bertukar minat kerana dia sudah ‘mudakan’ wajahnya nampak macam sama muda dengan Khairy. Khir tahu untuk menjadi ketua pemuda mesti berwajah muda.

Tindakan Khir ‘membotokkan’ dirinya menjadi bahan ketawa dan jenaka ramai hingga ke hari ini. Lebih mengelikan hati apabila dia memberitahu ‘makanlah tempe banyak-banyak’ untuk jadi hansem. Itulah yang sebenarnya merosakkan beliau. Kempenlah banyak manapun, nampaknya orang ramai terutama dari kalangan pemuda sendiri mengguraukan isu itu juga.

Lebih-lebih lagi Khir telah menampakkan kegagalan besar dalam perjuangan politiknya apabila beliau tidak dikehendaki di Selangor hinggakan Selangor yang telah dibina begitu indah dan hebat berbanding negeri-negeri lain di Malaysia ini, jatuh ke tangan PKR. Peristiwa itu amat menyedihkan. Kejatuhan Khir tentu mempunyai sebab besar.

Tapi tak mengapalah, apa yang penting sekarang ini ketua pemuda yang bakal mengambil tempat Hishamuddin yang telah disandang selama 10 tahun itu tidak disia-siakan pemuda sendiri. Janji, penggantinya mestilah (bukan harus) dari tangan yang mempunyai sifat perjuangan kental, meyakinkan dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan secara kolektif.

Paling penting, ketua itu dapat menarik penyertaan dalam perjuangannya tanpa melupakan bahawa perpaduan antara pemuda, perpaduan antara kaum dan perpaduan semua pihak dapat dipupuk secara berterusan kerana itulah kekuatan kita di negara ini.

Anonymous said...

Bukan Rakyat tak Sayang BN,tapi…..

Oleh : Pelita Hati

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, ramai yang merasakan bahawa rakyat telah menolak Barisan Nasional. Namun hakikatnya ia bukan begitu, Rakyat sebenarnya mahu

menghantar mesej kepada Kerajaan bahawa mereka mahukan perubahan, Baik Melayu, Cina, India mahupun Bumiputera di Sabah dan Serawak.

Rakyat kini berasa tersisih akibat perhatian yang lebih diberikan kepada ahli-ahli parti politik berbanding rakyat. Rakyat mahu Kerajaan ingat bahawa selain ahli parti yang bernaung bawah parti-parti sahsiah dibawah Barisan Nasional ini, sebenarnya ada puluhan juta lagi warganegara yang mengidamkan belaian dan kasih sayang Kerajaan memerintah Barisan Nasional.

Kenapa rakyat berasa begitu asing hanya semata-mata mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik? sedangkan semua rakyat sebenarnya berhak untuk merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada Barisan Nasional Hakikatnya hari ini, tanpa kita sedari Barisan Nasional telah secara tidak sengaja membina sebuah tembok pemisah antara pemimpin,ahli dan rakyat,ini telah mewujudkan jurang dan ‘double standard’ dikalangan rakyat dan ini amat mengguris hati dan perasaan rakyat.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggunjawab Barisan Nasional untuk merobohkan tembok itu seterusnya memenangi hati rakyat semula supaya rakyat kembali kepada Barisan Nasional. Percayalah rakyat masih rasional, rakyat tahu hanya Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan, cuma Rakyat sudah bosan dan jelek dengan sikap sesetengah atau pun rata-rata pemimpin BN yang tamak dan tidak menghiraukan nasib mereka. Bagaimana untuk membetulkan keadaan ini, jawapannya mudah, ‘BERUBAH’ Barisan Nasional tiada pilihan selain berubah dan kembali kepada perjuangan asal…iaitu BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Hari ini, rakyat sudah bijak, mereka boleh menilai antara realiti dan retorik. Oleh kerana mereka menilai dan hasil penilaian mereka menunjukan berlaku banyak kepincangan dalam Barisan Nasional, makanya rakyat kecewa. Apabila rakyat kecewa, maka rakyat mula bertindak secara emosional lantas memikirkan jalan keluar yang mudah iaitu dengan pergi kepada Parti Pembangkang. Rakyat juga sedar bahawa Parti Pembangkang juga tidak mampu membuat perubahan, namun apa sahaja pilihan yang rakyat ada, untuk menyampaikan mesej kepada Kerajaan?.

Hakikatnya rakyat masih sayangkan Barisan Nasional, cuma rakyat hari ini, menuntut perubahan, rakyat juga sudah mual dengan tindakan pembangkang yang selalu menangguk yang air keroh dan memporak-perandakan keamanan negara. Rakyat juga jijik dengan permainan politik kotor pembangkan. Menyedari keadaan dan tuntutan rakyat itu,maka…UMNO,MCA,MIC,GERAKAN dan Semua PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL, perlu kembali kepada perjuangan asal. Perjuangan Barisan Nasional yang sebenarnya adalah untuk membangunkan negara seterusnya memastikan rakyat hidup aman dan damai didalam Negara bertuah Malaysian ini.

Parti-parti politik dibawah Barisan Nasional perlu mengambil tindakan drastik untuk menjaga dan memperjuangkan nasib bangsa masing-masing kerana dengan semangat inilah makanya kita memiliki Negara berbilang-bangsa yang unik hari ini.

UMNO umpamanya, UMNO perlu membuat perubahan yang besar dalam gerak kerjanya…UMNO mesti mesra rakyat dan mudah didekati. Cukuplah dengan program-program syok sendiri yang menjadi budaya UMNO dari dulu hingga kini. UMNO hari ini harus mendekati badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s), profesional muda, mahasiswa, pelajar sekolah, orang kampung, pekerja kilang, pemandu teksi, tukang jaga tandas dan segala yang bernafar di bumi bertuah ini. Sertai mereka, dekati mereka, jadikan mereka sebagai sebahagian keluarga UMNO.

Begitu juga dgn MCA, MIC dan Parti Komponen yang lain. Mereka juga harus menjadi hero kepada bangsa-bangsa yang mereka wakili, kerana itulah juga tujuan parti-parti tersebut lahir, ia memang lahir untuk memperjuangkan dan mempertahankan nasib anak bangsa mereka, maka tiada salah atau cacatnya jika mereka memainkan peranan mereka, selagi ia dilaksanakan dengan cara dan saluran yg betul.

Kehadiran Barisan Nasional perlu dirasai oleh rakyat. Rakyat ingin melihat usaha ini dijalankan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional harus buktikan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional benar-benar ingin berubah. Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah turun sendiri keakar umbi untuk mendalami perasaan dan isi hati rakyat. Rakyat amat terharu atas keperihatinan PM, tapi bukan itu yang rakyat harapkan, rakyat tahu bahawa YAB Pak Lah cukup perihatin terhadap keadaan rakyat, tetapi apa yang rakyat lebih mahukan adalah rakyat ingin melihat menteri-menteri dan pimpinan UMNO / BN ini bekerja utk mereka.

Hari ini Perdana Menteri tlh buktikan kesungguhannya mendekati akar umbi, jika PM boleh lakukan mengapa tidak yang lain, Menteri, Tim. Menteri, MB, YB Parlimen, Exco Kerajaan Negeri, ADUN, Ketua bahagian UMNO/MCA/MIC , Ketua Wanita, Pemuda, Puteri UMN/ MCA/MIC Bahagian dan Semua ahli-ahlinya bergerak, bekerja senada seirama untuk memenangi hati rakyat semula. Pedulikan semua permasalahan yang remeh temeh ini.

Pimpinan politik Kerajaan harus sedar, rakyat menolak Barisan Nasional hari ini bukan kerana namanya Barisan Nasional ataupun orang yg memimpinnya… tetapi Rakyat tidak boleh terima pendekatan yang Barisan Nasional guna pakai yang tidak mesra Rakyat… Apa sudah jadi kepada tema ‘Tradisi membela Rakyat’, hakikatnya rakyat tak merasa terbela… apa yang rakyat nikmati hari ini memang benar adalah hasil titik peluh Pemimpin Barisan Nasional terdahulu, namun ia bukanlah alasan untuk rakyat terus menyokong Barisan Nasional Jika Barisan Nasional mengabaikan nasib mereka.

Rakyat menghargai segala jasa dan sumbangan Barisan Nasional, rakyat tidak pernah menafikannya tetapi rakyat juga mahu Barisan Nasional melakukan lebih dari itu, kerana bagi rakyat apa yang Barisan Nasional buat hari ini, orang lain juga boleh buat, oleh itu Barisan Nasional mesti memikirkan satu kaedah untuk menjadikan ia lain daripada lain seterusnya memikat hati rakyat untuk memilih mereka dan bukan org lain.

Dibawah Kerajaan Barisan Nasional, ada pelbagai kemudahan dan kementerian yang bertanggunjawab keatas setiap yang bernafas di negara ini. Mengapa Kementerian-kementerian ini tidak mengkaji ataupun menilai semula tentang apakah permasalahan sebenar yang rakyat hadapi. Jika kementerian-kementerian ini dapat mengesan dan mengenalpasti permasalahan dan isu-isu berbangkit tentang rakyat seterusnya membantu rakyat mengatasi masalah itu, rakyat pasti gembira, kemudian UMNO, MCA, MIC dan Parti Komponen yang lain pula berjuang habis-habisan untuk memajukan anak bangsa masing-masing dalam membentuk rakyat Malaysia yang berguna, jika ini berlaku, bukankah Barisan Nasional akan kembali kuat dan unggul? Pokoknya, pimpinan Barisan Nasional harus sedar, bahawa mereka harus atau wajib berubah.

Percayalah, jika rakyat boleh melihat perubahan ini, maka sokongan keatas Barisan Nasional akan beransur-ansur pulih. Barisan Nasional mesti jamu Rakyat dengan berita-berita yang menampakan Pemimpin Barisan Nasional Bekerja dan mendekati rakyat, biar Surat akhbar penuh dan terpaksa tambah muka surat untuk menceritakan sumbangan dan pengorbanan Pemimpin Barisan Nasional, biar rakyat lihat sendiri dan tafsir sendiri. Apabila Rakyat merasai dan menikmati belaian serta sentuhan pimpinan kerajaan Barisan Nasional ini, rakyat akan gembira dan bila rakyat gembira maka mereka akan setia dan terus bersama Barisan Nasional.

Maka jelaslah hari ini, rakyat masih sayangkan Barisan Nasional dan berpegang kepada prinsip sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan maka Barisan Nasional kena terima hakikat bahawa rakyat sebenarnya masih sayangkan Barisan Nasional cuma Rakyat mengharapkan perubahan.

Rakyat tahu yang pembangkang tak akan mampu membentuk Kerajaan, hanya Barisan Nasional yang akan terus menerajui tampok pemerintahan Negara, tetapi ‘Tolonglah! Tolonglah….berubah, Barisan Nasional harus bangun daripada dibuai mimpi indah, Barisan Nasional mesti sentiasa ingat rakyat benci akan Barisan Nasional, maka Barisan Nasional perlu menggubah persepsi itu….’ Oleh itu Jangan buang masa lagi, kami sebagai rakyat juga banyak kerja yang perlu diselesaikan, kami tidak ada masa nak sibuk-sibuk tentang hal-hal politik ni, kami juga percaya Pemimpin Barisan Nasional juga mesti banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, lebih-lebih lagi selepas membaca artikel ini…marilah kita berganding bahu memajukan negara… Bersama setia, pemimpin dan rakyat, seiya sekata dengan rasa erat, yang berat dipukul, yang ringan dijinjing, sejalan seiringan dengan rasa syukur.

Jika ada kekusutan dicari penyelesaian demi masa depan Malaysia tersayang. Ke gunung sama didaki, kelurah sama turuni biar ikhlas berjuang demi negara tercinta, bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan, RAKYAT dan PEMIMPIN tidak mungkin dipisahkan….’RAKYAT MENCARI PEMIMPIN YANG BERJUANG UNTUK MEREKA!!’

Anonymous said...

Politik: Jangan kaitkan istana

RAUB 24 Sept. - Para pemimpin dan ahli UMNO yang akan bertanding pada pemilihan di peringkat bahagian diingatkan supaya tidak mengheret pihak istana bagi mencari sokongan dan meraih undi.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan istana dengan pemilihan tersebut boleh mengeruhkan keadaan selain membuat ahli UMNO berada dalam keadaan serba salah.

Titah baginda, mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, perlu bersandarkan pada kekuatan dan kewibawaan diri sendiri, bukannya atas sebab-sebab lain.

”Saya berharap mereka dapat bertanding secara sihat dan bukannya membuat dakwaan mendapat restu istana dan mereka yang mencabarnya pula tidak digemari oleh istana,” titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan para pemimpin tempatan, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan kerajaan daerah Raub di di sini malam tadi.

Terdahulu, ketika berucap di majlis itu, baginda menasihatkan rakyat Pahang khususnya penduduk di daerah ini agar tidak bermusuhan sesama sendiri hanya kerana perbezaan ideologi politik.

Titah baginda, sepatutnya semua pihak perlu bersatu serta bekerja lebih kuat bagi menghadapi senario kemerosotan ekonomi dunia tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Baginda menambah, rakyat harus bertolak ansur dan berkompromi merapatkan semula hubungan, bukannya terus taksub dan ingin mempertahankan pemimpin tertentu sahaja.

”Pilihan raya telah lama berlalu. Saya harap rakyat tidak bermusuh-musuhan sesama sendiri dengan menimbulkan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan negara menjadi tidak tenteram.

”Semua rakyat tidak kira ahli UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu merapatkan semula hubungan supaya perjuangan untuk memajukan bangsa, agama dan negara terus relevan,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut menyampaikan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang kepada anak-anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya serta menghadiri majlis berbuka puasa dan bertarawih bersama para penduduk. -Utusan

Anonymous said...

Kebebasan dari tangan Abdullah telah disalahguna

Ada saja kata-kata sumbang setiap kali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat perubahan sepertimana yang berlaku baru-baru ini meletak timbalannya sebagai Menteri Kewangan sementara beliau mengambil alih Kementerian Pertahanan. Tidak ramai yang melihatnya dalam konteks positif.

Dari track record kerier Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau yang memulakan keriernya sebagai Eksekutif Petoranas, pernah menjawat pelbagai jawatan termasuk pernah menjadi timbalan menteri kewangan dari tahun 1981 – 1982. Paling lama ialah menteri pertahanan dari tahun 1999 hingga baru-baru ini dilantik menteri kewangan.

Selain itu, antara jawatan yang pernah beliau pegang ialah Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, Timbalan Menteri Pendidikan, Menteri kebudayaan Belia dan Sukan dan Menteri Pendidikan. Tidak boleh dinafikan, beliau seorang yang prominent dan mempunyai rekod peningkatan dengan begitu baik.

Pendedahan terbaru ini merupakan satu langkah antara terbaik dilakukan perdana menteri memberi pendedahan untuk Najib memberi nafas baru dalam ekonomi yang pada ini pula bukan satu waktu yang mudah untuk seorang menteri kewangan.

Dalam tempoh transisi peralihan kuasa yang telah mereka berdua antara Abdullah dan Najib persetujui, ia dilihat satu langkah yang sudah sampai masanya Najib mendekati nadi negara untuk melihat kewangan lebih dekat untuk menjana ekonomi negara sebagai kesinambungan kuasa yang bakal diterima apabila sampai masanya selewat-lewatnya Jun tahun 2010 nanti.

Sesuatu yang cukup menakjubkan semasa pemerintahan Abdullah sejak diberi tanggungjawab dari tangan Tun Mahathir ialah beliaulah satu-satunya Perdana Menteri yang dalam keadaan sihat telah mengumumkan bila akan menamatkan perkhidmatannya. Tidak seperti perdana menteri sebelum ini yang sampai berpuluh-puluh tahun seolah-olah tiada tempoh tamat.

Kalau Abdullah menyerahkan jawatannya dua tahun lagi kepada Najib, bererti Abdullah memerintah di bawah 10 tahun dan di situlah satu kesederhanaan yang cukup memadai untuk ahli-ahli UMNO yang berpotensi mempunyai peluang peningkatan tanpa menunggu berpuluh-puluh tahun lamanya.

Tidak dinafikan semasa pemerintahan Abdullah ini adalah satu era di mana satu keterbukaan yang cukup nyata memberi ujian kepada semua orang dan semua perkara betapa kebebasan yang diberi telah disalahgunakan ramai pihak. Dari apa yang berlaku sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu telah menunjukkan kepada kita semua, selain daripada ada pihak mengambil kesempatan, ada pihak yang menyalahgunakan kebebasan dan termasuklah mereka yang gelojoh hingga ramai yang dilihat terkeluar dan terbabas daripada lunas-lunas kebebasan yang diberi.

Sesuatu yang indah dapat kita perhatikan semasa pemerintahan Abdullah ialah begitulah sebenarnya rupa bentuk rakyat dari semua kaum dan semua peringkat menunjukkan belang masing-masing dan kenalilah kita hati budi mereka yang biadap, yang berdendam, yang rakus, yang tamak, yang tidak tahu bersyukur dan sebagainya.

Itulah paten kita sebenarnya apa yang telah dibenduk 51 tahun lalu. Abdullah telah dengan secara langsung mahupun tidak langsung membuka ruang untuk kita mengenali antara satu sama lain betapa negara kita yang pernah kaya dengan adat resam, toleransi, penuh dengan bijak pandai telah dinodai semata-mata kerana kebebasan dan keterbukaan yang sepatutnya digunakan dengan baik untuk meningkatkan kualiti individu dan masyarakat.

Sekarang setelah melihat keadaan sebenar rupa bentuk ini tidak menarik, Abdullah bagaikan terpaksa nampaknya sudah mula menutup ruang terbuka ini sedikit demi sedikit sama ada kita sedar atau tidak. Masanya sudah sampai tidak semua orang boleh buat sesuka hati. Semua kebebasan perlu dibataskan kerana rakyat negara ini tidak pandai menggunakan kebebasan.
Dengan menutup ruang-ruang kebebasan ini satu persatu, Abdullah tidak jadi popular. Tetapi yang pentingnya, Abdullah sudah membuktikan kepada ramai bahawa kita masih belum pandai mengurus kebebasan yang diberikan. Kalau semua orang menggunakan kebabasan dengan baik dan dengan cara betul, kemakmuran dan kehebatan kita akan meningkat di mata dunia.

Sebelum Abdullah meninggalkan perkhidmatannya sebagai perdana menteri dan menyerahkan kepada Najib kalau ada rezekinya, kebebasan dan keterbukaan kita sudah tidak lagi semewah sebelum ini. Ini satu pengajaran kepada penggantinya supaya kebebasan dan penguatkuasaan undang-undang sebenarnya adalah perkara paling utama dalam pentadbiran sesebuah negara selain daripada pembangunan dan ekonomi.

Zaman Mahathir, mulut dan tangan kita terkunci rapat. Abdullah cuba membukanya dan terbukti dengan membuka kunci itu telah memakan kerajaan balik. Oleh itu, pemimpin akan datang yang telah nampak akan hal ini tidak akan memberi kita sebebas zaman Abdullah. Kita semua akan meratap semula dan akan merindui kebebasan yang Abdullah pernah berikan kepada kita yang telah kita salahgunakan.

Oleh Sabrani Muin

Anonymous said...

Menteri Kewangan : Peluang Najib buktikan kebolehannya-Malaysiakini

BUKANLAH suatu perkara yang mudah, bagi seorang Perdana Menteri mahu melepskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya. Ini kerana, dalam kerajaan, jawatan Menteri Kewanganlah satu-satunya jawatan ‘yang paling berkuasa’ dan berkesan.

Dari sejarah yang lepas, penyandang jawatan Menteri Kewangan, akan berhadapan dengan ‘cita-cita besar’ untuk menjadi Perdana Menteri. Itulah sebabnya, dalam era Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun), jawatan itu disandangnya sendiri dan sesekali dia bertukar dengan Tun Daim Zainuddin.

Ketika Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan, beliau menawarkan diri bertanding dengan Datuk Musa Hitam (kini Tun). Apabila Tengku Razaleigh tewas di tangan Musa, Dr. Mahathir ketika itu, memindahkan Tengku Razaleigh ke Kementerian Perdagangan dan Industri.

Apabila Daim berundur dari jawatan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Menteri Pelajaran dilantik ke jawatan itu. Di sinilah bermulanya pertembungan Anwar dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Ketika Anwar mengatakan dia tidak akan menentang Ghafar, gerakan di bawah, dibuat oleh ‘budak-budak Anwar’ yang kini, sebahagiannya masih ada dalam Umno, sebahagian sudah bersama PKR dan ada juga yang menyertai Pas.

Tidaklah pasti apakah ada para penyokong Anwar yang menyertai DAP. Mungkin, Anwar tidak membenarkan mereka menyertai DAP, sebuah parti yang dipercayai amat-amat berfahaman perkauman tebal.

Buat seketika, Dr. Mahathir mengambil alih Kementerian Kewangan dengan melantik seorang lain menjadi Menteri Kewangan 2. Jawatan Menteri Kewangan 2 ini tidak wujud sebelum ini, tetapi untuk membantu Dr. Mahathir, diwujudkan jawatan ini dengan Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis pernah menduduki kerusi ini, sebelum Tan Sri Nor Mohamed Yaakob.

Daim sendiri, dua kali menjadi Menteri Kewangan. Kelebihan yang ada pada Daim, dia seorang yang kelihatan diam. Daim yang diam sebenarnya ‘menjadi orang kuat’ Dr. Mahathir yang banyak menentukan semua kedudukan ekonomi dan kabinet.

Kalau semua orang masih ingat, suatu ketika timbul istilah AIDS dalam kerajaan. AI ialah Anwar Ibrahim, D ialah Daim dan S, ialah Sanusi. Dr. Mahathir sentiasa dikepung AIDS ini yang menyebabkan ada orang berkata, ketiga-tiga ‘orang utara Semenanjung’ ini terlalu berkuasa di Malaysia.

Khabarnya, Sanusi dilantik menjadi MB Kedah, atas kehendak Daim bagi menjaga hati Anwar Ibrahim. Sanusi dengan Anwar tidak ’sebulu’. Maka, untuk menjadikan Anwar selesa sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka Sanusi ‘dikeluarkan’ dari kabinet tetapi diletakkan menjadi MB Kedah.

Namun, Daim yang terlalu berkuasa, akhirnya dikatakan bermasalah dengan Anwar. Di penghujung kariernya, dia dikatakan bermasalah dengan Dr. Mahathir. Cuma, apa yang menjadi masalah tidak terbongkar kerana Daim terus diam.

Dari catatan sejarah ini, menyebabkan jawatan Menteri Kewangan seolah-olah ‘menghantui’ Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah mewarisi jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri yang lepas, Dr. Mahathir Mohamad.

Apabila Pak Lah menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan di samping jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekaligus Najib ‘melalui titi’ yang sama seperti Anwar Ibrahim, menjadi Timbalan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama, sebagai Menteri Kewangan.

Jika Najib sabar dan tidak terlalu ‘berbangga’ dengan jawatannya sebagai Menteri Kewangan, beliau bukan sahaja dapat membiasakan diri dengan kementerian itu, malahan sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan pernah menjadi Menteri Besar, masalah ekonomi dan kewangan tentulah sudah ‘dilaluinya’.

Yang pasti, Pak Lah terlalu ikhlas dengan Najib. Ini diakui sendiri oleh Najib dengan kata-kata, “keputusan Perdana Menteri menyerahkan jawatan kepada saya jawatan Menteri Kewangan adalah satu keputusan yang amat bermurah hati dan mengambarkan keikhlasan beliau kepada saya sebagai penganti beliau. Saya menghargai keputusan beliau yang mencerminkan keyakinan kepada saya.”

Jika ada, orang-orang Najib masih tidak berpuas hati dengan langkah dan tindakan Pak Lah ini, tentunya akan dapat dilihat dalam mesyuarat-mesyuarat bahagian nanti, jika percalonan kepada Najib sebagai Presiden masih dibuat.

Sebelum ini, ramai yang mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Singapura mengenai ‘perlu difikirkan semula pelan peralihan kuasa’ adalah ’suara Najib’, jelas ia tidak akan berulang, kecuali Muhyiddin sendiri mencari masalah dengan Najib yang ’semakin selesa’ sekarang, walaupun 2010, masih jauh.

Jika Najib berkebolehan, dalam tempoh dua tahun sebelum peralihan kuasa ini, beliau tentunya akan dapat membuktikan ‘perubahan’ kepada ekonomi dan kewangan negara, jauh lebih baik dari rekod dan pencapaian Pak Lah sebelum ini.

Ketika masih ada orang yang berprasangka buruk terhadap Pak Lah yang sanggup melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib, Pak Lah dilihat serius mahu menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan dan perpaduan kaum yang semakin ‘tergugat’.

Usaha Pak Lah mesti disokong, bukan sahaja oleh rakyat di bawah, tetapi di kalangan menteri-menterinya sendiri, selain pegawai-pegawai kerajaan yang baru sahaja diberikan bonus.

Oleh Saiful Malek Muda

Anonymous said...

Know the Difference: Transition, not Handover.

For the moment, the UMNO leadership crisis appears to have been averted with the announcement of the cabinet portfolio swap between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and his Deputy Dato’ Seri Najib Tun Razak. As recently as last week, analysts and commentators were anticipating Najib to make a move on the Presidency before the year’s end. And why would they not? After UMNO Vice President Tan Sri Muhyiddin Yassin rekindled the debate about Abdullah’s position, Najib appeared to position himself for an assault on the post when he remarked that the divisions should decide for themselves when the transition should occur – essentially informing that he was more than ready to receive nominations for the post of Party President.

But with the portfolio swap, Najib may not see a need to gun for the Presidency – and by implication Premiership of the country – so soon. Notwithstanding the fact that a transition of power is, as Abdullah quipped, a process and not something carried out overnight, Abdullah must be credited for such a bold move. Skeptics have characterised it as a calculated political decision to neutralise any potential threat from Najib. Political considerations there definitely were, but by paving the way for Najib to take helm of the Ministry of Finance, Abdullah has also demonstrated magnanimity and sincerity to groom his successor for the top job in 2010.

Being Prime Minister with little experience in managing the country’s economy will likely prove a mammoth task for anyone. And as it turns out, Najib is no ordinary figure with an ordinary past. With ample ammunition for the Opposition to take aim at his credibility – the SAS (Sukoi, Altantunya, Submarine) scandals spring to mind as illustrations – a Najib administration could use a head-start in spearheading economic recovery at a time when global financial uncertainty is affecting countries in this region, too.. It is further also to Najib’s convenience that the Budget for the year 2009 has just been announced with much of the implementation left for him to oversee. As such, Najib does not have the baggage of others’ inefficiency to contend with – a prevalent concern whenever an economic plan is carried out.

As things, at least for the time being, cool down with regards to any contest for the Presidency of UMNO, it would be interesting to see Tun Dr.. Mahathir’s next move. Commanding a yet formidable following, his end-game for quite a while now is to unseat Abdullah as Prime Minister. His peculiar friendships with Tengku Razaleigh, Muhyiddin and Najib are telling – those individuals are all nothing more than instruments to his ultimate goal: the downfall of Abdullah.

Ultimately, Abdullah’s supporters will hope that the PM’s move will be repaid with loyalty by Najib. Even to many who may not be Abdullah’s biggest fans are wary of the damage that an open contest will cause the party. Even they would gladly take two more years of Abdullah over the prospect of an internal split that will likely occur should we witness a repeat of the embarrassment suffered by the late Tun Ghafar Baba at the hands of a ruthless Machiavellian by the name of Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Membangkitkan semula isu peralihan kuasa melemahkan pendirian kita

Oleh Zakaria Bidin

Kita baru saja menyambut hari kemerdekaan ke 51 pada 31 Ogos lalu. Pada 16 September ini pula kita memperingati Sabah dan Sarawak menyertai Malaya kali yang ke 45 menjadikan negara kita hari ini dikenali sebagai Malaysia. Walaupun Singapura menarik diri, Malaysia tetap Malaysia yang lebih unik lagi dengan penambahan kaum etnik lain bersama kita melayari negara ini ke arah kian maju dalam semua bidang.

51 tahun kita merdeka dan 45 tahun kita bersama Sabah Sarawak menjadikan keluasan kita cukup besar untuk kita berdiri bangga dengan segala pencapaian yang mengkagumkan negara-negara yang lebih dulu maju daripada kita. Tetapi pada peringkat kurun ini, dalam penghuni bumi Malaysia semakin terpelajar, semakin mampu menongkah kehidupan, ada seperkara penting yang kita mungkin lupa atau terlepas pandang iaitu adat resam, toleransi kaum dan agama.

Perubahan demi perubahan kita rasakan dari semua sudut, tetapi hari ini rupa-rupanya kita sudah tidak lagi hiraukan betapa pentingnya kita hormat menghormati sesama sendiri telah membawa kepada satu bencana pada pembentukan generasi baru yang bakal mengambil alih kepimpinan negara melalui satu transisi peralihan kuasa yang diharapkan mendapat restu semua pihak seperti yang berlaku sejak daripada asalnya lagi.

Dari Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Abdul Razak Hussein. Daripada Tun Abdul Razak kepada Tun Hussein Onn. Dari Tun Hussein kepada Tun Mahathir Mohamad dan dari Tun Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Transisi penukaran perdana menteri hingga yang ke lima tidak ada masalah yang timbul.

Tetapi apabila transisi peralihan kuasa daripada tangan Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, nampaknya ada masalah kerana penetapan tarikh yang telah dipersetujui dan disambut baik oleh semua anggota parti komponen B, kemudiannya ada dalang dalaman yang semua orang tahu siapa. Semua ini adalah kerana jawatan perdana menteri itu dikatakan bukan milik sesiapa dan perlu dipertandingkan.

Walaupun tidak ramai yang mahu merebut jawatan yang sudah jadi panas itu hanya terdiri daripada beberapa kerat sahaja yang bekerja keras untuk memperolehinya dan ia menjadikan jawatan-jawatan lain seperti timbalan perdana menteri turut jadi panas. Begitu jugalah jawatan lain dalam parti seperti naib presiden UMNO menjadi rebutan ramai yang tidak kurang 10 orang.

Perubahan ini merebak sampai ke sayap-sayap penting seperti wanita dan pemuda hinggalah ke peringkat bahagian dan cawangan mereka bergelut untuk menukar pemimpin. Mereka sudah tidak kira sama ada mereka yang hendak dicalonkan itu berkarisma atau tidak, berwibawa atau tidak, mampu bersaing atau tidak, berjiwa dan bersemangat patriotik atau tidak, mempunyai visi dan perancangan tersusun atau tidak.

Malah berlatarbelakangkan baik atau tidak pun tidak dihiraukan lagi kerana di sebalik mencalonkan seseorang itu tidak lagi mengikut lunas penusabahan yang benar-benar menurut ciri pemilihan yang betul dan tepat.

Corak terbaru ini telah menjadikan suara pertubuhan unggul orang Melayu seperti UMNO menjadi tidak senada dan telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa orang pemimpin ternama telah dengan celupar dan tidak sabar telah menentang transisi tersebut yang sudah diatur untuk Pak Lah menyerahkan kuasanya kepada timbalannya yang dikira abdzal dan mampu untuk mengambil tampuk kepimpinan pada Jun 2010 nanti.

Tidak dinafikan semua ini setelah semua melihat daripada sudut pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, BN telah gagal mempertahankan dua pertiga dan hilang kuasa di negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan gagal merampas semula Kelantan ke tangan BN. Tuduh menuduh telah berlaku dan masing-masing bangkit dengan perbagai tuduhan dengan mengatakan UMNO sudah lemah dan tidak lagi berupaya untuk membendung kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Suara itu tidak ada salahnya dan semua orang kata begitu. Tetapi betulkah kalau semua orang hanya pandai mengata sahaja tanpa mempunyai kesungguhan dan menunjukkan komitmen yang lebih kental untuk bersatu dan sama-sama membantu mengukuhkan semula UMNO dengan mengumpul semula keyakinan dan sokongan lebih padu bagi mengembalikan kekuatan UMNO dan BN yang sudah berpengalaman lebih setengah kurun memerintah negara ini?

Mengapa tenaga yang mendakwa mampu untuk membaiki keadaan tidak tampil menyertai barisan kepimpinan sedia ada untuk menunjukkan kepada penyokong masing-masing yang mereka itu ikhlas dan jujur berganding bahu menyokong UMNO dan BN supaya tidak mudah diperlekehkan oleh pihak pakatan pembangkang yang menyusun strategi mengganggu gugat pentadbiran negara?

Kesempatan yang diambil pakatan rakyat bukan sahaja menggangu pentadbiran negara, malah mereka membangkitkan isu-isu hingga menyentuh perlembagaan persekutuan, menghonggoh perkara 153 perlembagaan terutamanya yang mengusik sentimen orang Melayu, mereka terbitkan budaya perhimpunan jalanan, mereka pertikaikan pelbagai tindakan kerajaan dan mereka hinggakan sanggup membohongi rakyat dengan tarikh-tarikh tertentu untuk mengambil alih kerajaan.

Dalam pada itu, ada pihak yang bukan dari kalangan politik pula kian mengganas hingga rompak samun, bunuh membunuh serta colek mencolek kian menjadi-jadi. Semua ini tidak syak lagi kerana kestabilan kita dari semua segi telah memberi ruang untuk mereka mengganas.
Negara kita sudah jadi tidak begitu tersusun dan kelihatan berkecamuk apabila orang dalaman sendiri tidak mengamalkan sikap sabar, suka mendabik dada kononnya berani, melawan ketua dan hilang kesetiaan kepada pemimpin masing-masing. Kelonggaran inilah yang menyumbang kepada gejala-gejala lain yang pasti menyusul.

Sikap yang boleh kita anggap sebagai hilang kawalan dari sesetengah pemimpin hari ini menjadi penyebab utama kita benar-benar lemah dan sudah terkeluar daripada sifat-sifat murni kepimpinan Melayu yang kita harapkan dapat membantu bangsa kita bersaing dengan kaum lain yang nampaknya terus memacu laju dalam pembangunan ekonomi masing-masing. Kita yang sedang mengejar pula sibuk menarik handbrake untuk menyertai pertelingkatan dan berasa seronok pula apabila ia jadi polimik politik sambil menumpang publisiti murahan menjadi jaguh bangsa kononnya.

Pada pandangan kasar rakyat, pemimpin kita yang sudah menunjukkan terlalu berani, mereka jadi biadap. Bila mereka terlalu mahukan sesuatu, mereka sanggup korbankan nilai dirinya walaupun sudah sekian lama dihormati dan terbukti berwibawa. Hinggakan transisi peralihan kuasa yang hanya bertempoh dua tahun pun menjadi persoalan besar pada sesetengah orang dan tidak henti-henti diungkit.

Di situlah terkandungnya sifat dengki, tamak haloba, cemburu dan iri hati masih menebal dalam masyarakat kita yang mana sifat-sifat negatif itu tidak seharusnya ada lagi dalam jiwa raga orang Melayu dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air. Kita kena bersama-sama dan harus sentiasa sedar bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.