PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, September 17, 2008

Ketua Pemuda UMNO in making


malaysiakini~Wak hari ini nak nasihatkan Khir Toyo tak usahlah bertempik ke hulu ke hilir. Laksana ayam jantan berkokok tetapi ekor bergelumang taik .Dah tak ada orang nak dengar lagi cakap dia sebab dia bukan ada kuasa lagi kalau setakat jadi ketua pembangkang. Hari ini Khir Toyo paling tak sebulu dengan kerajaan Pak Lah , pantang saja ada bole tanggung dia akan smash, kadang-kadang bola yang tak boleh nak smash pun dai smash hingga tersankut di jaring,

Khir Toyo wak dengar sudah menulis blog, betul dia tulis atau orang lain yang tulis sebab tulisan dia sama saja macam tulisan budak-budak Mykmu. Yang paling best , masa dia pergi Umrah , tapi blognya masih ada tulisan dia, Ada yang mempersoalkan , macam mana ada tulisan dia sedangkan dia sibuk mengerjakan umrah, Kelakar betul..... buat umrah ke tulis politik.

Ni wak dengar Khir Toyo nak lawan Mukhriz dan KJ untuk bertanding merebnut kerusi ketua pemuda UMNO, boleh ka dia mengambil tanggungjawab itu , takut nanti pemuda UMNO jadi macam Selangor pula. Tak payah lah buang masa kerana Khir Toyo adalah antara orang-orang yang gagal dalam UMNO , jika dia gagal pertahankan jawatan dia sebagai Menteri Besar dan gagal pertahankan Selangor , macam mana nak pertahankan pemuda, lagi pun bagilah pada muka -muka baru. dalam MBM dahulu pun apa sangat yang telah Khir Toyo berikan , apakah sangat sumbangan dia masa memimpin MBM.

Pemuda di negeri Selangor pun tak berapa nak sokong dia , budak-budak ni kata , alah....Khir Toyo nanti kena isu penyapu habis pemuda UMNO.Kalau yang duk sokong dia pun si Faizal saja dari Kelang .Yang lain tuh sokong ada sebab, undi tak nampak kata mereka. Rugi kata tak sokong Khir Toyo ni , lumayan.........

Macam ni lah politik,masa kat atas ramai yang mengekori, bila dah tak ada kuasa , mereka jauhkan dirilah, Kalau Khir tak sedar lagi entah lah...... Khir kena belaar dengan Anwar macam mana nak main perang saraf , Mesti pandai penipu , mesti pandai pembohong..... Kita tenguk ajalah sejauh mana lagi Khir boleh pergi, jangan silap langkah sudah lah.

1 comment:

Anonymous said...

Khairy bertanding Ketua Pemuda UMNO

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia. Beliau akan meneruskan kesanimbungan perjuangan pemuda UMNO Malaysia yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Beliau mengumumkan kesediaannya itu ketika mengadakan sidang akhbar di Pusat Khidmad Parlimen Rembau, turut bertanding merebut kerusi ini, ialah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Zahidi dan Daruk Azimi Daim.

Sidang media tersebut dihadiri oleh lebih dari 40 Ketua Pemuda Bahagian, Hadir bersama ialah Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Penolong Bendahari Dato’ Abd Hamid Mohd Nazahar, Barisan kepimpinan EXCO seperti Dato Reezal Merican, YB Suhaimi Ghazali, Ahmad Ikmal Ismail, Mohd Hasnol Ayub, Dato Azeez Rahim, Dato’ Shamsul Najmi dan Anis Aziz antara lain. Beberapa Ketua Pemuda Negeri turut hadir seperti Ketua Pemuda Negeri Sembilan YB Dato Jamlus Abd Aziz, Ketua Pemuda Negeri Kuala Lumpur, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda Negeri Sabah, Dato Japlin Akim, Ketua Pemuda Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan Ketua Pemuda Negeri Perlis, Dato Rozabil Abdul Rahman.

Khairy yang sebelum ini meyatakan bahawa beliau akan mendapat pandangan dari suara akar umbi sebelum mengumumkan bertanding dikatakan mempunyai pontensi yang kuat untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO memandangkan beliau amat berpuas hati dengan suara dari akar umbi yang mahukan beliau bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Khairy juga menjelaskan bahawa beliau bertanding bukan sebagai seorang anak muda melayu bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO tetapi juga sebagai seorang rakyat Malaysia. Beliau juga menyarankan bahawa Pemuda UMNO dibawah kepimpinannya, Pemuda UMNO akan menjadi lebih inklusif, dan tidak lagi eksklusif, berlandaskan tema dan mesej Setiakawan.