PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, October 16, 2008

Bom jangan tak Bom - Tabur jangan tak tabur ~Malaysiakini

Wak , bagaikan tidak percaya apabila kem Khir Toyo menjadi resah dan panik apabila beliau hanya berjaya memiliki tidak lebih dari 12 pencalonan apabila berakhir minggu pertama mesyuarat pemuda UMNO Malaysia. Bom ... Bom..... kata beliau, kamu semua berikan apa sahaja mereka mahukan asalkan mereka mencalonkan saya....... Banyak sudah modal di keluarkan , apa kamu semua tidak lakukan kerja atau kamu Bom modal saya ke tempat yang lain........

Selangor sepatutnya menjadi kubu kuat saya, mengapa Selangor tidak memberikan pencalonan kepada saya....aduh rosak...rosak.... Tak apa saya akan merayu. Tolong lah berikan pencalonan kepada calon yang bertanding di Selangor...wahai pemuda UMNO Selangor, Jika kamu tidak berika kepada saya , bagaimana saya mahu bantu kerajaan memenangi negeri Selangor kembali. Tolong fahami saya. Kita gempur dan tabor sahaja. SAYA MESTI MENANG JIKA TIDAK DI SINILAH BERAKHIR KERJAYA SAYA......

Relek bos ..jangan bimbang , Mukhriz boleh tolong, kan kita sudah kow tim , Mukhriz mesti arahkan bahagaimana yang mahu calonkan dia untuk calonkan Bos.... Bos risau apa. Bos mesti layak punya , sekadar layak sahaja. Menang sudah tentu kalah. Tu lah bos dulu tak nak jaga pemuda Selangor.Kalau kita gagal minggu ini ... bererti kita semua akan makan tempe…..