PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, October 22, 2008

Teresa tuntut Dr Khir minta maaf, bayar pampasan RM10 juta~malaysiakini

SHAH ALAM: Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf dan membayar ganti rugiRM10 juta kerana merosakkan nama baik beliau melalui dakwaan bahawa beliau menyokong petisyen yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan.

Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, Kok berkata, beliau telah menghantar surat yangdisediakan peguamnya itu bertarikh semalam, kepada Dr Khir melaluifaksimili.

Salinan surat tuntutan itu, yang diedarkan kepada pemberita, mendakwa dalam jawapan kepada satu soalan yang disiarkan dalam laman blog Dr Mohamad Khir, bekas menteri besar Selangor itu menyatakan terdapat satu petisyen daripada masyarakat Cina di Kinrara, Puchong yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan bunyinya dan petisyen itu disokong oleh Kok.

Perkataan yang digunakan Dr Mohamad Khir menggambarkan Kok bersikapanti Islam, anti Melayu dan telah melakukan kesalahan jenayah yang serius mengikut Kanun Keseksaan dan undang-undang lain di Malaysia,menurut surat itu.

Selain menuntut Dr Mohamad Khir menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi, Kok juga mahu Dr Khir menanggung semua kos perundangan yang timbul daripada perkara berkenaan. BERNAMA