PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, October 5, 2008

Khir Toyo banyak duit raya ???~malaysiakini

Tahun ini seronok betul wak dapat berhari raya di kampung dengan sanak saudara ,wak berkesempatan bertemu dengan teman-teman lama. Antara kawan wak yang wak sempat ketemui ketika pulang dari solat aidilfitri ialah si Parjo kawan sekolah yang lama kawan tak ketemui. Seronok betul kami berbual-bual ketika berjalan menuju ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara mereka yang telah pergi dulu dari kami. Wak sempat berbual dengan si Parjo mengenai hasrat teman kami yang mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO. kata si Parjo Wahjidi , kau rasa si Khir tu boleh ke rebut kerusi Ketua Pemuda UMNO, Wak malas menjawab lantas memulangkan kembali soalan itu kepada Parjo. Parjo sememangnya mahu mengulas mengenai pertandingan ini. Aku rasa , kalau badi penyapu itu boleh dihapuskan dengan taburan wang hari raya , mungkin jugak dia boleh menang. Baru-baru ini aku dengar banyak wang yang telah masuk ke poket ketua pemuda UMNO di bahagian-bahagian sebelum hari raya, kononnya untuk belanja raya. Habislah politik kita dikotori dengan limpahan wang, katanya wang itu sebenarnya sememang telah dikumpulkan untuk persediaan bagi pertanding Naib Ketua UMNO, tetapi kerana si Wak Khir telah kalah maka wang itu bertukar milik dan ramai Ketua Pemuda yang menerima durian runtuh.

Wak rasa badi penyapu ini masih menghantui , bukan sahaja pegawai kerajaan , tetapi juga menghantui ahli UMNO. Duit raya boleh diambil undi belum tahu lagi. Dalam pada itu ada beberapa ketua pemuda yang menerima habuan sudah menghubungi ramai kawan-kawan yang lain untuk bersalam raya dengan wak Khir ini, Ramailah yang telah bersalam dan selepas itu jumpa dengan pegawai wak khir untuk wang raya. Wak harap , janganlah pemuda kita terpengaruh dan kelabu biji mata kerana habuan wang ringgit. Tak tahu apa yang di marah sangat si Parjo ini dengan wak Khir ini sehingga terpacul kata-kata yang tidak enak di dengar oleh wak sendiri. " wak Khir ini jika berjaya menjadi ketua pemuda UMNO , tergadailah pemuda di gadai oleh wak Khir katanya," kata si Parjo. "Selangor sudah digadainya" tambah beliau pendek. Perbualan wak terencat kerana kami sudah tiba ditanah perkuburan,

Selepas itu wak pulang kerumah , aduh wak teruja dengan hidangan yang tersedia di rumah wak. apa lagi lontong dengan ketupat. Wak makan tempe sebanyak yang boleh untuk licinkan muka macam wak Khir ....