PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, October 30, 2008

Pengakuan Ikhlas - Sememangnya Khir Toyo dapat bonus RM 100 ribu dari PKNS

Wak tergamam juga apabila membaca pengakuan laman web pro Tun dan Khir Toyo yang dipetik dari sebuah blog lain . Bukan mahu menyokong pembangkang , tetapi yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Terperanjat bukan apa. Banyaknya Bonus yang diterima oleh Khir Toyo dan Memang benar Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 2007 berjumlah RM 100 ribu. Pengerusi PKNS ialah Menteri Besar Selangor dan ketika itu ialah Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo dan Pengerusi PKNS, Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli lembaga, ahli-ahli Jawatan kuasa dan anggota PKNS turut menerima bonus tahunan tersebut .

Apakah ini satu perniagaan keluarga. Kita tidak tahu selama ini sebelum perkara ini didedahkan . 100 ribu , itu baru PKNS, Eloklah laman berkenaan membuat lagi pengakuan, dari mana lagi bonus yang beliau dapat dari anak-anak syarikat yang lain untuk pengetahuan rakyat khususnya rakyat Selangor. RM 100 ribu setahun . Apakah mereka ini ada mempunyai saham dalam PKNS , kerana PKNS membuat keuntungan RM325,8 maka mereka perlu diberikan bonus yang lumayan. Mudahnya untuk mendapatkan duit - patutkah seorang Menteri Besar mengambil bonus sebanyak RM100 ribu dari anak syarikat Selangor ? pembaca fikirlah sendiri,

Inikah calon pemuda UMNO yang pemuda UMNO mahukan . Jika inilah calon pemuda UMNO yang dicari oleh Pemuda UMNO , malang sungguh nasib UMNO.Semua kerja yang dilakukan perlu dibayar.

Petikan dari laman berkenaan.

Memang banyak jumlah bonus RM 100 ribu tersebut jika dinyatakan angka tersebut sahaja. Namun jika apa yang tidak didedahkan ialah bonus RM100 ribu tersebut daripada keuntungan PKNS tahun lalu yang berjumlah RM 325.8 juta.

Rekod juga menunjukkan keuntungan PKNS juga meningkat sebanyak 21.1%daripada tahun sebelumnya. Apakah sebagai Pengerusi PKNS yang dibayar elauan tahunan sebanyak RM 15 ribu (RM 1, 250 sebulan) tidak berhak menerima bonus setelah syarikat tersebut mencatat keuntungan ratusan juta?

Apa yang tidak dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah selainPengerusi PKNS, Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli lembaga, ahli-ahli Jawatankuasa dan anggota PKNS turut menerima bonus tahunan tersebut atas kerja keras semua pihak yang meningkatkan keuntungan PKNS.

Jumlah keseluruhan bonus yang dibayar oleh PKNS pada tahun lalu ialah sebanyak RM 12 juta daripada RM 325.8 juta keuntunganya. Ini bermakna tidak sampai 5% daripada keseluruhan keuntungan kumpulan PKNS yangdigunakan untuk membayar bonus.

Selain itu, PKNS pada tahun lalu juga menyalurkan RM 8.1 juta kepada kerajaan negeri serta sumbangan hasil sebanyak RM 6 juta.

Apakah ini merupakan satu kerja kotor Dr. Mohamad Khir Toyo dan kerajaan BN Selangor sebelum ini?

Malang sekali bagi kerajaan Selangor hari ini kerana Tan Sri Khalidmelantik seseorang yang pernah ditangkap kerana menghalang penutupan pusat pelacuran sebagai jurucakapnya dalam isu-isu kewangan.

Akhirnya kerajaan negeri Selangor menjadi bahan jenaka di kalangan ahli korporat kerana mempertikaikan pembayaran bonus kepada Pengerus isyarikat.

Pada hemat ramai pemerhati politik, isu ini hanyalah digembar-gemburkan untuk menjustifikasikan perlantikan Low Siew Moi.Kononnya orang Melayu "makan duit" PKNS.