PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, October 29, 2008

Pendedahan dosa Khir Toyo dalam PKNS~Malaysiakini

Memetik beberapa perenggan dalam kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaled Ibrahim pada 27 Oktober lalu ketika melantik Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan persaraan Dato'Hj Harun, pekung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo semakin parah.

Antara kenyataan itu menyebut, "Kami juga mendapati terdapat unsur"conflict of interest" dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd.

"Setelah membuat pemeriksaan terhadap rekod PKNS selama 44 tahun ini, kami amat kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang peniagaan, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, amat tidak membanggakan. Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung.

"Kami dapati akaun yang sedia ada tidak mencerminkan gambaran yang betul tentang operasi perbadanan tersebut. Sebagai contoh, mengikut laporan akaun tahun 2007, Pengerusi PKNS mendakwa perbadanan tersebut berjaya dalam perniagaan pembagunan hartanah setelah mengaut untung sebayak RM500 juta. Namun setelah disemak, didapati 50% keuntungan tersebut berbentuk "extra-ordinary items" (hasil pendapatan luarbiasa).

"Berkaitan dengan pengumuman keuntungan tersebut, turut diperlihatkan keputusan yang meragukan apabila PKNS menghadiahkan RM100,000 kepada mantan Pengerusi PKNS, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebagai bonus terhadap kejayaan PKNS memperoleh "keuntungan" tersebut."

Rupanya macam-macam hal yang Khir buat yang terkeluar dari asas perjuangannya untuk membantu Bumiputera dan juga tipu helahnya untuk mengaut hadiah walaupun sekecil RM100 ribu untuk peribadinya. Bukankah kerja-kerja ini memalukan!

Inikah rupa calon Ketua Pemuda yang diwar-warkan akan menerajui pergerakan itu untuk menyambung wadah Pemuda yang sepatutnya bersih daripada perbuatan yang boleh menjejaskan kredibiliti orang Melayu apabila menjadi pemimpin di peringkat negeri yang diamanahkan?

Sebelum ini heboh pasal Lebar Daun yang menjadi isu hangat di mana Khir sungguh-sungguh beraksi mengumpul kekayaan. Dari kekayaan yang berlebihan dan luar biasa itu telah menyebabkan Khir hingga terkeluar dari akidah membotokkan dirinya untuk kelihatan handsome dan lebih muda.