PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Saturday, November 15, 2008

Dendam Khir Toyo terhadap keluarga Arwah Datuk Zack - Malaysiakini

Wak agak sudah lama tidak menulis kerana wak telah pulang ke Lombok menziarahi keluarga wak disana yang telah lama wak tinggalkan, Inilah hidup perantau yang sentiasa mengenakan kampung halaman dan tempatasal usul wak . Sudah seminggu wak kembali ke Malaysia dan sudah agak lama juga tidak mengikuti perkembangan Wak Khir, Apabila berita di TV menyiarkan cerita mengenai kerajaan Selangor mahu meroboh kawasandepan rumah Arwah Datuk Zack, wak cepat-cepat ke rumah Arwah kerana pasti ramai penyokong Arwah yang berkumpul di sana. Penyokong Arwah Datuk Zack sememangnya berang dengan keputusan berkenaan walaupunakur dengan keputusan kerajaan Selangor . Kata mereka isu ini tidak besar kerana segala usaha sedang dilakukan dan jika bukan Khir Toyo yang mencabar kerajaan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangorpasti perkara ini tidak berbangkit kerana segala usaha sedang dijalankan. Sebenarnya isu tanah Datuk Zack ini yang bertaraf Tol telah pun dikemukakan permohonan kepada kerajaan Selangor, kini isu ini menjadi buah mulut ahli UMNO apabila Khir Toyo sengaja mencabar kerajaan Selangor yang baru untuk merobohkan rumah Datuk Zack, Ada yang berkata ini sengaja di lakukan kerana anak Datuk Zack adalah ketua Pemuda UMNO Kelang yang telah memberikan pencalonan Ketua Pemuda kepada Khairy Jamaluddin.

Menurut Zainuri , sebelum Arwah meninggal dunia dahulu , beliau pernah berkata , jika Hishamuddin tidak bertanding lagi , berikan undian dan pencalonan kepada Khairy Jamaluddin. Semalam , berita di TV menyiarkan arahan kerajaan Selangor untuk merobohkan kawasan depan rumah Arwah dan anak-anak Arwah akur akan arahan berkenaan. Menurut salah seorang Pemuda Kelang , mereka amat berkecil hati dengan Khir Toyo dan menyifatkan perbuatan Khir Toyo sebagai satu dendam yang kotor dan menyeru semua ahli pemuda untuk melihat betapa busuknya hati calon pemuda UMNO ini yang masih berdendam dengan orang Arwah Datuk Zack semenjak beliau masih hidup sehingga beliau telah meninggal dunia. Kata mereka lagi ini bererti Khir Toyo berdendam dengan seluruh generasi Arwah Datuk Zack , khususnya dengan anak beliau Zainuri yang tidak memberikan pencalonan kepada beliau.

Pemuda Kelang kini akan menjalankan kempen anti Khir Toyo secara besar-besaran dan akan menentang Khir Toyo dan memastikan niat jahat beliau akan terbalas, "Marilah kita perangi manusia yang busuk" ini kata Zam salah seorang Pemuda Kelang, Hanya kerana jawatan Ketua Pemuda Khir Toyo sanggup menganiaya keluarga Arwah Datuk Zack, katamereka, Mereka bukan marah kerana kawasan itu terpaksa diroboh , tetapi perasaan meluap mereka kepada sikap Khir Toyo. Dengan ke izinan di harap tulisan ini akan dicetak kembali oleh mereka yang anti khir toyo .