Wak Khir ada segalanya dalam kehidupan beliau, beliau sudah kaya raya , beliau punya wang berjuta ringgit , Wak Khir juga mampu menambah cawangan baru, maklumlah Wak Khir kan muda orang nya, Tapi siapa yang mahukan Wak Khir yang sebiji tak tumpah seperti wajah jawa di kampung Wak di Lombok. Wak Khir perlu menghensemkan dirinya dahulu. Lalu Wak Khir mebotok kan dirinya supaya nampak ensem, Wak Khir jaga makan untuk menguruskan badan dan akhirnya Wak Khir kelihatan begitu jambu sekali. Huh.....kenapa Wak Khir perlu kelihatan Jambu. Katanya mahu imej rakyat Selangor jambu, bila orang tenguk ada saja orang yang jambu , maka orang akan berkata , itulah orang Selangor, Dahsyat juga visi Wak Khir ini, Wak Khir ada wang boleh lakukan apa saja , cuma Wak Khir lupa wangnya tidak boleh membeli undi rakyat Selangor yang terguris hatinya kepada Wak Khir. Hari ini Wak Khir mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana Wak Khir rasakan dirinya masih muda, Wak Khir rasakan bahawa dirinya layak menjadi Ketua Pemuda UMNO dan berganding dengan Puteri UMNO, Wak Khir beli dan beli undi dengan wang yang dikumpulkannya, Jika rakyat Selangor menolak wang Wakil Khir , mengapa pemuda perlu menerima sogokan Wak Khir,katanya wang yang disogok begitu banyak jumlah nya, RM 500 satu orang. Siapa yang tidak mahu, itu untuk perwakilan , bagaimana pula dengan ketua pemuda UMNO. lagi banyak, Wak oh...Wak cukuplah , jangan di hancur kan lagi UMNO, Wak Khir masuk kumpulan Mahathir kerana merasakan dengan masuk kumpulan pendesak dan penyokong Mahahthir akan memberikan beliau undi, Mukhriz bukan lah tentangan Wak Khir kerana Mukhriz budak bodoh , budak hingusan, Wak Khir tidak hairan dengan pencalonan Mukhriz yang penting pencalonan Wak Khir lebih dari pencalonan KJ. Yang menjadi tentangan Wak Khir sekarang adalah KJ bukan nya Mukhriz, Budak lembik ini mudah sangat di perlekehkan , sorong saja satu isu ,melatah dan melentinglah budak lembik ini dan terus merapu membayangkan bahawa dianya bukan seorang pemimpin yang matang, Budak lembik ini bergantung terus di belakang ayahnya, Jika ayahnya tidak bantu , tak usah berjalan sendiri merangkak pun dia tidak boleh.
KJ perlu dihapuskan dahulu jika Wak Khir mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO . Suruh saja budak-budak belaan Wak Khir menulis ,merapu-rapu tentang KJ , Yang Wak Khir tidak tahan satu saja,apabila isu paling bodoh dalam sejarah kehidupan Wak Khir dibangkitkan , isu penyapu, Aduhhhh ini sememengnya wak khir tidak tahan, Kemudian isu Wak Khir dapat bonus dari PKNS, Ratusan ribu. Letih betul untuk Wak Khir nak jawab.Di tempat wak , pemudanya semua sudah berpatah arang,Ramai pemuda di Selangor yang marah dengan Wak Khir, persatuan silat lincah Malaysia , memang pantang dengar nama Wak Khir, itulah sebabnya Megat yang kini menjadi Ketua pemuda UMNO Gombak , (setiausaha agung silat lincah ) tidak berikan pencalonan kepada Wak Khir, Ini bukti ramai rakyat Selangor tidak suka kan Wak Khir , kenapa pemuda lain mahu berikan dia undi, Wang bukan segalanya……… wahai pemuda budiman, Jangan gadaikan Pemuda UMNO kepada Wak Khir ini, Nanti pemuda pula yang di gadaikan oleh Wak Khir ini.