PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Tuesday, December 23, 2008

Khir Toyo kuatkan dan popularkan Teresa Kok~malaysiakini

Khir Toyo dan utusan di saman 30 juta oleh Teresa Kok , bukan sesuatu yang menakutkan Khir Toyo , jumlah 30 juta bukanlah jumlah yang membebankan bagi bekas mantan menteri besar ini, Inilah akibatnya jika terlalu ghairah untuk menonjolkan diri kepada rakyat Selangor bahawa ' akulah ketua pembangkang yang paling baik , aku boleh jadi ketua pembangkang yang mujarab" dari Menteri Besar jadi Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang pun tak apalah. Janji ada landasan untuk menonjolkan diri aku.Inilah kalau penasihat di keliling kebanyakan bendul yang hanya mahu meraih habuan , mahu tunjuk bahawa mereka hanya yang terbaik dan bodek boss, Boss buat ini .... Boss buat itu, boss pula tidak punyai pemikiran yang panjang , ikut sahaja apa yang di nasihati.... siapa yang nasihatkan beri penyapu, Singkir sahaja penasihat ini, siapa pula yang menasihati sehingga kena saman 30 juta, singkir sahaja penasihat ini, ini semua nasihat yang tidak betul bukan membaikan tetapi memunahkan , Siapa yang beri nasihat sampai tersingkir dari kerusi MB. Singkir sahaja penasihat ini, Hassan Ali dahulu ketika jadi Ketua Pembangkang , tak pernah pun kena saman 30 juta, Kalau jadi Ketua Pembangkang pun asyik kena saman sahaja macamana nak pegang jawatan lain. Teruklah nanti pemuda UMNO nak tepis semua kelemahan Ketua Pemudanya,

Calon Ketua Pemuda ini tidak bijak , calon ketua pemuda ini sepatutnya mengelakkan diri dari di saman , calon Ketua pemuda pertama yang akan catat sejarah sebagai calon yang disaman , jika sabit pula dengan kesalahan maka terbanglah 30 juta , setidak-tidaknya 15 juta untuk bayar saman , jika tidak jatuh bankrup , kalau mampu bayar saman , maka akan timbul pula satu persoalan lagi , mana ambil duit banyak itu untuk bayar saman, ? banyak tuh ...juta-juta ringgit , bukan juta-juta lemon. Gelap masa depan calon ketua pemuda ini, Nampak gaya macam lekat sahaja saman ini, Kalau lekat maka akan jadi la masalah . Bayangkan dalam akhbar terpampang - Khir Toyo di arah bayar 30 Juta kepada Teresa Kok, Susahlah Selangor nak ditawan kembali oleh BN kerana gara-gara Khir Toyo ini, Secara otomatik bila Khir kalah tuntutan saman ini beliau akan di cop sebagai penipu dan ini menguatkan Teresa Kok , Siapa yang kuat kan Teresa Kok di Selangor , Khir Toyo lah , Teresa menjadi bertambah popular dengan isu-isu yang dimainkan oleh Khir Toyo, Sampai bila nak jadi Ketua Pembangkang sahaja di Selangor. Sebaiknya berundurlah kalau jadi Ketua pembangkang dengan isu-isu yang lemah,

Inilah yang dikatakan , sudah jatuh di timpa tangga, apakah ini balasan tuhan , tak tahu lah itu antara Khir dengan tuhan ,siapalah kita mahu mengatakan demikian. tapi itulah yang ramai orang Selangor kata, Itulah kata_kata mereka yang pernah jadi mangsa ketika Khir jadi MB dahulu ,kata mereka ini berkat doa mereka dan pembalasan tuhan sekarang di dunia , tak perlu tunggu tunggu, Entah lah biarlah pembaca yang fikirkan sendiri.