PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, January 1, 2009

Betulah apa yang Khir cakap - Hilang kepercayaan punca paling tadah - Khir Toyo ~ Malaysiakini

Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunaikan janji kepada rakyat menjadi faktor pemimpin parti itu 'berpaling tadah' sekali gus hilang kepercayaan terhadap kerajaan campuran di Selangor.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, perasaan tidak puas hati itu sebenarnya sudah membuak-buak selepas kerajaan campuran memerintah negeri tersebut.

Tegasnya, kegagalan menunaikan manifesto pilihan raya mereka juga dikatakan punca kepercayaan masyarakat kepada kerajaan campuran itu semakin menurun.

''Selepas sembilan bulan memerintah, mereka masih gagal menunaikan manifesto kepada rakyat sedangkan janji manis bertulis sudah diberi semasa kempen pilihan raya dulu.

''Semakin ramai tidak puas hati. Hak dan janji untuk memberi pelbagai keistimewaan kepada kaum tertentu di Selangor oleh kerajaan campuran juga seolah-olah tidak terlaksana langsung," kata bekas Menteri Besar Selangor itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta sumbangan kelengkapan persekolahan sesi 2009 anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor semalam.

Manikavasagam berkata, tindakan itu diambil kerana beliau kecewa dengan sesetengah pemimpin PKR yang memerintah Selangor bersama DAP dan Pas, yang memungkiri janji selepas dipilih sebagai wakil rakyat dan gagal menjaga kepentingan rakyat.

Khir berkata, UMNO akan sentiasa memberi tekanan kepada kerajaan campuran negeri Selangor untuk segera menunaikan segala manifesto yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, pihaknya juga akan mendesak habis-habisan untuk menyedarkan tanggungjawab yang seharusnya dijalankan kerajaan Selangor kepada rakyatnya.

''Kita akan terus mendesak kerajaan Selangor hari ini untuk mengotakan segala janji yang ditabur kepada rakyat sebelum pilihan raya dahulu,'' katanya.

Nota:
Betullah bila rakyat hilang kepercayaan maka mereka akan berpaling tadah, bijak Khir bercakap sepatutnya beliau menyedari ini semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Rakyat berpaling tadah dan memilih pembangkang sebab mereka sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan Khir Toyo. Samalah tuh.............