BERAPA BANYAK LAGI PERISTIWA SEDIH YANG AKAN KITA LALUI LAGI DI NEGERI SELANGOR. MENGAPA IANYA BERLAKU DI SELANGOR.
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB? MENGAPA? BERAPA RAMAI LAGI YANG AKAN MERATAPI KEMATIAN ORANG YANG DISAYANGI KERANA SIKAP KERAKUSAN KEPIMPINAN MANTAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR. PERISTIWA HIGHLAND TOWER SENGAJA TIDAK MENJADI PENGAJARAN KERANA KERAKUSAN DAN KETAMAKAN PEMIMPIN. 99 PROJEK PERUMAHAN LERENG BUKIT YANG MELIBATKAN BERIBU RAKYAT MENGALAMI FOBIA DAN HIDUP DALAM KETAKUTAN KERANA SIAPA ?- TANYA KHIR TOYO.
Sidang Parlimen dimaklumkan bahawa sejumlah 99 projek perumahan di lereng bukit telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor ketika dibawah pemerentahan mantan Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo. Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) memaklumkan bahawa 64 projek berkenaan telah dilaksanakan dan 21 yang menunggu untuk pembinaan setelah projek ini dibatalkan.
Menurut Khalid lagi 21 projek yang sedang menunggu untuk dibina sedang menunggu kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mana 10 dari projek berkenaan terletak di Bukit Antarabangsa, kawasan elit yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh pada hari Sabtu yang lalu yang terletak berhampiran dengan Taman Melawati. Menurut beliau lagi semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan tidak ada pembangunan yang melibatkan lereng bukit yang telah diluluskan.
Khalid hari ini telah mendedahkan maklumat ini ketika membincangkan usul tergempar mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa selama sejam. Sebelum itu Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia menerima usul yang telah dibawa oleh Azmin Ali (PKR-Gombak), yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Azmin berkata pemimpin yang memimpin Barisan Nasional pada penggal yang sebelum ini perlu bertanggungjawab diatas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kerana telah meluluskan projek berkenaan.Kejadian tanah runtuh ini telah mengakibatkan kemusnahan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa dan melibatkan 4 kematian dan sejumlah 3,000 ke 5,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka di kawasan yang berhampiran dengan tempat kejadian.
Dalam perbahasan berkenaan kedua-dua pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah disampaikan oleh menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Ong Ka Chuan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyatakan kekesalan beliau kerana kejadian yang meragut nyawa 48 orang ketika kejadian di Highland Towers pada tahun 1993 tidak memberikan pengajaran kepada kerajaan dan masih tidak berubah setelah ianya berlaku 15 tahun yang lalu. Kejadian tanah runtuh pada hari Sabtu yang lalu membuktikan bahawa suruhanjaya peristiwa Highland Tower gagal untuk mempelajari dari hasil siasatan yang telah mereka lakukan ketika tragedi Highland Tower..
Sementara itu Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengesa agar semua projek perlu diberhentikan sehingga siasatan selesai supaya projek berkenaan akan mendapat panduan dari siasatan yang dijalankan. Sementara itu Ong pula menunggu laporan dari komiti khas. Menurut Ong lagi report telah dilaksanakan oleh komiti khas yang terdiri dari Jabatan Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.
Apa yang boleh kita ulaskan disini bahawa, tanggungjawab keatas kejadian ini perlu diletakan kepada mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang telah mengakibatkan beberapa kajadian tanah runtuh di negeri Selangor dibawah kepimpinan beliau. Khir Toyo tidak pernah mengambil iktibar akan perisitiwa yang berlaku di Hulu Kelang di kawasan yang terletak terlau hampir dengan Highland Tower di mana sebuah bango milik seorang General bersara runtuh akibat kajadian tanah runtuh dan telah mengorbankan beberapa nyawa sedangkan beliau sendiri turut hadir di tempat kejadian berkenaan dan berjanji untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
Kita boleh juga menyimpulkan bahawa wang adalah segala-galanya, mengapa Khir Toyo begitu gairah untuk membotakan semua bukit setelah tanah rata kemungkinan telah habis di Selangor. Kita juga tentu masih ingat apabila TV 3 menyiarkan betapa kegilaan Khir Toyo membotakan semua bukit untuk dijadikan kawasan perumahan termasuk lah di Bukit Carakah hutan simpan milik kerjaan negeri Selangor. Mereka telah menuduh pihak TV3 yang dikuasai oleh oarang tertenu dalam politik mahu menjatuhkan beliau. Khir bagaikan menghadapi sindrom kegilaan untuk membotakkan semua bukit-bukit di negeri Selangor termasuk di Rawang. Mengapakah ini berlaku ? Jika bukan kerana kegilaan Khir Toyo kejadian ini tidak akan berlaku, pasti tidak banyak nyawa yang tidak berdosa kan terkorban, anak-anak yang tidak berdosa menanggung akibat kegilaan meluluskan 99 projek perumahan dilereng Bukit ini.
Ketamakan ini mengakibatkan kecuaian yang sengaja tanpa memikirkan akibat telah membuat ribuan pemilik rumah yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor dahulu berada dalam keresahan kerana nyawa mereka kini terancam. Mujur Allah SWT telah menghukum dan menghumban Khir Toyo dari kerajaan Selangor bagi menyelamatkan banyak lereng-lereng bukit dan tanah tanah bukit di rogol untuk tujuan pembangunan yang akan membawa musibah kepada rakyat negeri Selangor. Siapa yang kaya raya ? Berapa banyak lagi dan berapa kali lagi kita akan mengharungi kejadian yang menyayat hati ini dan tidak kah Khir Toyo langsung merasa bersalah atas tindakan yang beliau lakukan ini. Siapa sahaja yang menghalang akan di blacklist oleh beliau. Ahmad Bahari di blacklistkan dan digantikan dengan Ketua Pemuda Selangor saudara Shukur yang menjadi orang kanan Khir Toyo kini kerana mempertahankan Bukit di Templer yang telah dijadikan kawasan perumahan. Berapakah imbuhan yang diterima oleh Shukur sehingga sanggup menjilat Khir Toyo.
Hari ini Khir Toyo mencuci tangan dan seolah-olah melepaskan tanggungjawab beliau selaku mantan Menteri Besar Selangor yang telah mengakibatkan musibah kepada rakyat di negeri Selangor, jika kita tidak memperdulikan akibat kehilangan harta benda, kita perlu melihat akan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa akibat kecuaian dan juga kerakusan untuk memungut keuntungan dari sikap rakus menteri besar ini. Berapa banyakkah lagi ibu dan bapa, anak -anak akan meratapi kematian akibat kegilaan Mantan Menteri Besar ini. Apakah kuasa dan wang membuat seorang pemimpin lupa akan kesengsaraan rakyat.