PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, December 11, 2008

Khir Toyo Vs dosa- dosa yang lalu-Malaysiakini

KHIR KATA MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK FAHAM ISU - SIAPA SEBENANYA TIDAK FAHAM ?


Projek pembangunan di kawasan berbukit sejak 20 tahun kebelakangan tidak menimbulkan masalah lagi kerana dipantau dengan baik oleh agensi kerajaan, kata bekas menteri besar Selangor.

Kata Khir Toyo - "Isunya bukan pembangunan baru. Kenapa beliau hendak sibuk dengan pembangunan baru?

Ulasan Wak - Lama atau baru perlu diberikan perhatian kerana yang tinggal dalam projek berkenaan adalah rakyat Selangor yang bernyawa.

Kata Khir Toyo - "Pembangunan baru tiada masalah. Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) sudah buat keputusan. Tidak ada masalah. Sepatutnya tiada masalah," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ulasan Wak - Khir Toyo kata sepatutnya tidak ada masalah tetapi mengapa bermasalah, kawasan di Bukit Mewah adalah projek kawasan baru , perkataan sepatut tidak patut dikeluarkan oleh Khir Toyo kerana beliau tahu sudah ada masalah.

Kata Khir Toyo - Beliau menambah, "isu sebenar" yang patut dibincangkan ialah projek-projek pembangunan lama yang diluluskan dua dekad lalu.

Ulasan wak - Siapa yang bincangkan isu dua dekad yang lalu, projek ini tidak bermasalah, yang bermasalah adalah Higland Tower yang septutnya menjadi pengajaran bagi mereka yang melaksanakan projek baru, yang dibincangkan adalah isu tanah runtuh baru-baru ini yang mengakibatkan projek baru. Kenapa Khir mahu lari dari topik. Siapa yang tak faham sebenarnya......

Kata Khir Toyo-"Beliau (Khalid) tidak faham isu (sebenar)," kata beliau, mengulas pendedahan penggantinya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menteri besar itu semalam mendedahkan sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno itu mulai 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.

Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.

Dr Mohamad Khir menambah, sistem pemantauan yang diperkenalkan sejak tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang pada 2006 "tidak berjalan" sejak negeri itu jatuh kepada Pakatan Rakyat, Mac lepas.

"Dulu, setiap tiga bulan, laporan (pemantauan projek kawasan berbukit) dibentangkan.

"Sekarang, dibentangkan (juga) tetapi projek baru sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Ulasan Wak - Khir tahu ke apa yang di cakap ini.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohamad khir mendakwa banyak kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan pembangunan lama kerana pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi ketika itu yang amat cetek.

Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan, katanya lagi.

Dr Mohamad Khir mendakwa, sewaktu pentadbiran BN dahulu, pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi terdiri daripada pakar-pakar agensi kerajaan ditubuhkan.

Pasukan itu melibatkan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Geologi dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006," coretnya lagi. Dihubungi hari ini, Dr Mohamad Khir berkata, aduan penduduk berhubung masalah pembangunan di Bukit Antarabangsa dibuat sejak Oktober lalu kepada kerajaan negeri.

Oleh itu, tambahnya, jika sistem pemantauan yang diperkenalkan beliau dua tahun lalu diteruskan, tragedi yang mengorbankan nyawa itu mungkin dapat dielakkan.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa Abdul Khalid "tidak ambil tahu" dan menyindirnya dengan berkata menteri besar "sibuk dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan projek-projek baru yang hendak dibahagi pada kawan-kawannya".

Tambahnya, keseriusan pemerintahan BN menangani kejadian tidak diingini itu dibuktikan melalui pembekuan beberapa projek di kawasan bukit yang berisiko.

Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menempelak keputusan kerajaan Selangor kini yang tidak memperuntukkan wang bagi membantu mangsa tragedi di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Menteri besar semalam dilaporkan berkata, semua hartanah yang terjejas milik persendirian dan Selangor hanya memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa terbabit.

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu lalu.

Ulasan Wak - Asal dah tak ada tanah rata ke di negeri Selangor nak dirikan rumah, jangan salahkan orang lain kerana kerakusan sendiri, projek siapa ? kenapa mahu salahkan orang lain akibat musibah yang melanda projek berkenaan, jika Khir bijak mengapa rakyta Selangor humban Khir? Wak Khir ....jangan hidup atas kesengsaraan orang lain.