Sedang jentera BN sibuk berkempen di Kuala Terengganu, jentera Khir Toyo juga sedang sibuk berkempen menemui Ketua-Ketua Pemuda UMNO negeri dan bahagian. Jangan lupa bang, pilihlah calon yang lebih matang dan calon yang layak. Jangan pilih calon yang muda bang .....kerana mereka tidak berpengalaman seperti Khir Toyo.
Amat rugi bang jika kita tidak memilih Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana beliau berjaya membangunkan Selangor dan ramai juga pemuda yang kini kaya. Jangan pilih Mukhriz atau Khairy Jamaluddin kerana mereka masih mentah. Inilah yang dinayatakan oleh salah seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian di Terengganu yang begitu sesal dengan jentera Khir Toyo yang kini hebat berkempen di Tetrengganu.
Inilah kali kedua jentera Khir Toyo berkempen di pilihan raya kecil kerana pilihan raya kecil menjadi tumpuan seluruh pemimpin UMNO yang turun membantu BN. Menurut Ketua Pemuda berkenaan yang enggan mendedahkan nama beliau, kekesalan Pemuda terhadap jentera Khir kini sudah sampai ketahap yang tidak disenangi kerana menurut beliau nampak sangat Khir Toyo begitu desprate untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda bagi menghidupkan kembali kerjaya beliau dalam politik yang sudah sampai ke penghujungnya kerana rakyat Selangor telah menyingkirkan beliau dan memaksa beliau keluar dari kerajaan negeri berkenaan.
Jika beliau gagal untuk memimpin Selangor dan gagal menonjolkan idea-idea bernas ketika menjadi orang penting MBM dahulu, bagaimana beliau akan membawa Pemuda ke satu tahap yang cemerlang. Dalam usia yang telah meningkat, walaupun ada percubaan untuk memudakan diri dengan memudakan wajah beliau, beliau tetap tua bagi seorang Ketua Pemuda UMNO dan ini akan mengwujudkan satu suasana yang tidak selesa dalam kepimpinan Pemuda UMNO. ~risik Wak