PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, January 8, 2009

Apakah Khir sudah cukup bersih - Malaysiakini

Tentu pemimpin UMNO di Selangor masih ingat ketika Khir Toyo mahu mencuci UMNO Selangor dari pemimpin yang anti beliau dengan membuat proses semakan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dari persepsi umum sesiapa yang terpilih menjadi calon BN di Selangor, kononnya cukup bersih dan sudah melepasi proses semakan.

Hakikat sebenar Khir Toyo membarisi semua kroni beliau seperti Shukur dll untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu malangnya tektik beliau ini membunuh diri beliau sendiri kerana rakyat tidak berkenan dengan calon pilihan Khir. Khir Toyo 'menyingkirkan' mana-mana nama yang kurang diminatinya, dengan alasan 'gagal melepasi proses semakan BPR'.

Khir seolah-olah mendahului Perdana Menteri (PM), dalam menentukan kriteria calon. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin 'terpukau dengan kenyataan MB Selangor itu, sekaligus 'mengesahkan' Khir pun 'sudah melepasi proses semakan BPR' yang sekaligus boleh dianggap bersih! Tidak mungkin begitu pantas BPR Selangor menyemak dan memproses bakal-bakal calon BN ini, jika diukur dari mula Khir mengeluarkan kenyataan mahu menghantar nama untuk tujuan semakan kepada BPR.

Kini, buat pertama kalinya, dalam sejarah pemerintahan BN/Umno di Malaysia, BPR menjadi 'panel pemilih calon' dan ianya hanya berlaku di negeri Selangor dan hanya oleh Menteri Besar Selangor. Apakah ketika menghantar senarai nama kepada BPR dahulu Khir juga menghantar nama beliau untuk disiasat kerana seperti seluruh rakyat di Selangor tahu akan isu Khir dikaitkan dengan isu Lebar Daun, selain dari Selangor yang botak dan gondola, dengan mudah 'membersihkan wajahnya' dengan sekaligus membersihkan namanya.

Perdana Menteri yang disewakan helikopter untuk membuat tinjauan dari udara pernah melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku di Selangor. Tentu kita masih ingat selepas itu Khir seolah-olah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang cukup banyak mengeluarkan kenyataan mengenai bakal-bakal calon, sekaligus membayangkan dia sendiri akan kekal menjadi MB Selangor tanpa sesiapa berani memindahkannya, kononnya kerana 'kebersihannya'.

Kenapa Khir lebih beminat untuk mencantas nama -nama kroni beliau ketika pilihanraya umum dahulu sedangkan ketika itu dibawah kepimpina Khir ramai wakil rakyat yang buruk laku, ada wakil rakyat diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya. Ada wakil rakyat di Selangor, menceraikan isteri pertama, kemudiannya bekahwin dengan Puteri Umno dan adakan majlis gilang gemilang. Khabarnya, wakil rakyat itu hidup senang lenang sekarang dengan rumah yang cukup besar disewabeli untuk isteri barunya.

Sepatutnya, Khir menghantar nama-nama wakil rakyat yang sedia ada ke BPR sebelum dicalonkan semula kerana 'pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi perlu dilihat bersih'.

Inilah manusia yang pandai berjenaka dan bermuka-muka untuk menyelamatkan kerjaya politiknya dan mahu menutup kelemahan beliau. Sehingga sanggup membersihkan dan mengayukan wajah beliau untuk menampakan kebersihan diri beliau. Kita mahu orang tengok kita dan mengenali kita sebagai orang Selangor kerana orang Selangor tampan-tampan semua, kata beliau dalam satu ucapan.