PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, January 11, 2009

Khir Toyo - Wan Farid tidak akan menang - Malaysiakini

Khir Toyo menyokong keyataan bos besar beliau bahawa Wan Farid tidak akan menang di Kuala Terengganu ini adalah kerana bos besar beliau melemparkan idea bahawa Wan Farid adalah orang Pak Lah kroni Pak Lah.

Keyataan ini dilaporkan oleh sebuah tabloid pembangkang yang disebarkan luas di Terengganu. Kalau macam itu elok sahaja Khir dan jentera pulang sahaja ke Selangor dan tidak lah perlu berkempen jika kurang keyakinan bahawa BN akan menang kerana ini akan melemahkan semangat jentera BN dan juga pengundi di Kuala Terengganu.

Sekiranya Khir rasa keyataan tabloid berkenaan tidak benar, Khir patut memikirkan untuk menyaman tabloid berkenaan. Jika Khir tidak berkata demikian pasti tabloid berkenaan tidak akan melaporkan. Sebenarnya Khir bukan ikhlas bekerja untuk membantu Wan Farid disana, tujuan utama Khir adalah mencari publisiti dan berkempen untuk dirinya bagi memenangi kerusi Ketua pemuda UMNO. Khir sememangnya setia dengan bos lama beliau yang membenci kepada semua keturunan Pak Lah.