PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, January 4, 2009

Macam-macam Khir Toyo - Malaysiakini

Wak baru saja sampai di Kuala Terengganu untuk meninjau suasana persiapan pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Malam tadi Wak pusing-pusing disekitar Kuala Terengganu untuk mengintai-intai bahan yang mungkin boleh Wak tulis dalam blog web bagi mewarnai lagi pilihan raya kecil ini.

Wak agak terperanjat apabila bertemu dengan ramai ahli dan pemimpin UMNO yang memaklumkan kepada Wak bahawa kumpulan Khir Toyo sudah mula berkempen di Kuala Terengganu. Ermmm....... betul -betul effesien kumpulan Khir Toyo ini, dan di katakan Khir juga ada turun untuk berkempen di Kuala Terengganu. Wak terharu dengan kepantasan Khir turun berkempen di Kuala Terengganu.

Tidak seperti di Permatang Pauh, kumpulan Khir agak lembab berkempen kerana sukar kita menjejaki kemanakah arah tujuan Khir apabila keluar beramai-ramai dengan kumpulan mereka beredar dari hotel. Mereka tidak kelihatan juga di tapak-tapak UMNO atau BN berkempen. Wak mula bertanya, apakah topik yang disebarkan dan yang dikempenkan oleh kumpulan Khir di Terengganu ini, apakah isu hudud atau isu kegagalan Pas dalam pakatan rakyat. Tentu Khir mahu juga mencatatkan nama beliau sebaris dengan pemimpin lain sekiranya BN berjaya kali ini dan atas usaha beliau BN menang di Kuala Terengganu. Sewaktu di Permatang Pauh, Khir enggan menyenaraikan nama beliau dalam senarai yang mengakibatkan kekalahan BN di sana.

Itulah sebab beliau tidak mahu turut campurtangan kerana beliau sudah tewas sebelum bertanding dan telah membaca akan kekalahan BN. Di KT peluang agak terbuka, 50-50, harapan kemenangan juga tinggi, rugilah kalau Khir tak turut campur.

Kata kawan Wak, Khir telah mengatakan bahawa dialah orang yang berpengalaman dalam mengendalikan pilihan raya kerana beliau banyak pengalaman dari kemenagan BN dalam pilihan raya kecil, tapi ada juga sahutan dari ahli UMNO yang mengatakan bahawa beliau juga bertanggunjawab atas kekalahan di Selangor. Wak pada mulanya, mati-matian menyangka kumpulan Khir berkempen untuk pilihan raya kecil. Rupa-rupanya dia dan kumpulannya berkempen untuk pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Biasalah ...burukkan calon-calon lain.

Tunggu akan laporan Wak mengenai

-Syarikat Lebar Daun
-Hubungan Khir Toyo dengan Capt. Zahar dan tanah yang di anugerahkan kepada Capt. Zahar
-Sultan Selangor tegur isteri Khir Toyo pergi majlis agama di masjid dengan memakai barangan kemas yang banyak seperti mahu menunjuk.
-Khir Toyo ke Bond Street beli jam RM 600 ribu dan buat pembedahan plastik
-Kroni-kroni Khir Toyo Chan Ah Chye - Tiong King Sing
-Vincent berikan RM10 juta untuk alihkan kelab lumba kuda
dan banayak lagi yang menarik. Teruskan membaca laman Wak ini.