PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, January 15, 2009

Lebih baik yang tidak baik dari yang tidak baik langsung

Khir Toyo masih tidak yakin akan kekuatan BN dan beliau masih menganggap pertandingan di Kuala Terengganu ini dalam keadaan 50-50, sesiapa sahaja boleh menang, kata beliau. Beliau berkempen dari rumah ke rumah menemui pengundi dan memberi penerangan kepada pengundi.

Tentu sekali pengundi yang dikunjungi oleh Khir akan berkata, tempat sendiri tergadai dan kerusi MB pun terbang, macam mana nak berikan penerangan kepada kami. Macam mana kami mahu dengar penerangan Khir sedangkan di negari dia sendiri orang buang dia. Dalam blog Khir dia ada menyatakan bahawa ada banyak lagi yang boleh di bangunkan di Terengganu. Bermakna kalau dia jadi MB Terengganu, bertambah kayalah beliau, banyak lagi lombong duit yang boleh dia kaut seperti mana apa yang dilakuakan di Selangor sehingga rakyat terpaksa menghuban beliau jauh dari kempimpinan kerajaan Selangor.

Rakyat Selangor terpaksa mengambil risiko dan memberikan peluang kepada option lain walaupun tidak mengemari "option" berkenaan tetapi rakyat Selangor merasakan, jika tiada rotan, akar pun berguna. Rakyat terpaksa menghuban Khir Toyo dan menyisih beliau dari kepimpinan Selangor.

Bukan kehendak rakyat Selangor memilih kerajaan Pakatan Rakyat, mereka tahu Pakatan Rakyat bukan lah parti yang baik dan bukan lah sebuah parti yang mempunyai pemimpin yang baik tetapi itu sahaja pilihan yang rakyat ada. Lebih baiklah yang tidak baik dari yang tidak baik langsung. Adalah menjadi satu kesilapan kepada BN membenarkan Khir Toyo berkempen dari rumah ke rumah kerana presepsi rakyat terhadap beliau sememangnya tidak baik. Jangan ingat orang Terengganu tidak mengetahui apakah perkembangan sebenarnya yang berlaku di negeri Selangor...