PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, February 18, 2009

Malaysiakini - Bogel Elizabeth Wong - Kenyataan desakan Khir Toyo lemah

Tercari-cari kalangan mereka dalam UMNO dan Barisan Nasional yang lebih waras dan tahu membezakan antara di aniaya dan berkelakuan sumbang. KHIR TOYO mendahului dalam enjin pencari web dengan mengatakan Elizabeth Wong perlu letak jawatan.

Sebenarnya ini adalah mentaliti kepimpinan kita yang perlu diubah. Sekiranya kita menaip Elizabeth Wong must quit, kenyataan Khir Toyo mendahului setakat 1.39am dalam enjin pencari google dengan kenyataan MUST QUIT. Lantas kita juga dalam UMNO dan BN perlu sedar bahawa ini bukan satu kepintaran dalam memperkatakan isu ini malah kenyataan Khir Toyo ini hanya menunjukkan mentaliti lemah dan dendam politik setelah beliau menerajui kekalahan BN dan UMNO di Selangor. Kalau laporan polis di buat dan benar Elizabeth Wong adalah mangsa – kenyataan terburu-buru Khir Toyo ini adalah kenyataan POLITIK dan bukan kenyataan kepimpinan berjiwa besar.

Belum ada kelihatan kepimpinan jiwa besar dalam UMNO atau dalam Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan – kita biar polis siasat dan kalau benar Elizabeth Wong adalah MANGSA maka ambil tindakan segera ke atas orang yang bertanggung jawab tersebut. Dengan kenyataan itu maka UMNO lebih besar di mata rakyat.

Malang KHIR yang kemaruk mahukan SELANGOR dan bakal menjadi KETUA PEMUDA UMNO bertindak seperti biasa dengan kenyataan yang dianggap tidak wajar. Sekiranya UMNO sendiri mahu perubahan maka pendekatan yang lebih bijak digunakan namun kenyataan sebegini tidak akan memberi implikasi baik untuk UMNO.

Malah ini akan terus di manipulasi sebagai UMNO terdesak untuk mencari helah apa sahaja untuk menang hari ini dan kalah selepas ini. Mungkin kenyataan http://umno-reform2.com/front/ ini akan disalah tafsir sebagai kenyataan pembangkang tetapi apa yang sebenarnya mahu kami katakan ialah perubahan perlu jelas nampak dan kenyataan Khir Toyo adalah kenyataan tidak bijak.

MANA dia UMNO yang berani muncul dengan kenyataan yang lebih nampak keprihatinan terhadap mangsa?

4 comments:

Anonymous said...

aku ni orang Sarawak tapi sebagai rakyat Malaysia aku stuju sangat2lah dengan tulisan kau ni.

Anonymous said...

Dr Khir dituduh 'cakap tidak serupa bikin' isu foto Eli

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."

Jawatan Norhayati, anak penegrusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Anonymous said...

yalah si Khir Toyol ni memang "double standard". Kalau hal UMNO bukan saja Senator Norhayati tapi Ahli Parlimen Dr. Rozaidah dengan Menteri Ismail Sabri pun macam tu. Dah ada skandal boleh lagi nak bertanding exco wanita umno malaysia dan masih ada lagi orang pilih jadi Ketua Wanita Ampang. Yang Dato Ismail Sabri masih di pilih bertanding jadi Ahli Parlimen Bera dan di lantik oleh Pak Lah jadi Menteri Belia dan Sukan. Tak Apa pulak. Kenapa tak bising Pak Khir Tempee. Orang UMNO nak pilih ke Ismail Sabri jadi MT yang dah berkarat jugak dengan skandal seknya. Dan wanita UMNO nak pilih jugak Dr. Rozaidah(girlfriend Ismail Sabri) dengan Norhayati ke exco wanita umno. Rosak...rosak.. asal bagi duit dapatlah muka2 kurap ni menang.....

Anonymous said...

lawak tul la Pak Khir ni haha..