PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Tuesday, February 3, 2009

Malaysiakini ~ Kem Khir Toyo dan Kem Mukhriz perang dingin yang kini telah menjadi panas?

Mungkin ramai yang tidak menyangka dan mengetahui dalam ketenangan pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada bulan Mac ini sebenarnya berkocak bagaikan badai yang melanda pantai. Mungkin ramai tidak tahu dan menyangka dalam pergolakan antara sayap-sayap yang akan mempertandingkan jawatan-jawatan hadapan sayap-sayap parti UMNO pemilihan Pemuda adalah yang paling hebat diperkatakan dan juga di perbincangan sesama pemerhati politik.

Pada mulanya ramai yang meyangkakan bahawa Khir Toyo dan Mukhriz akan menjadi regu hanya untuk pencalonan bagi menyekat pencalonan KJ dan ada yang menyangkakan bahawa keakraban mereka merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan KJ. Namun apabila waktu pencalonan berjalan, keadaan menjadi lain dan bertambah serius. Muhkriz sebenarnya tidak menduga Khir Toyo akan melepasi kuota pencalonan kerana Mukhriz sebenarnya tidak mahu Khir Toyo melepasi kuota tersebut.

Khir Toyo menyangka Mukhriz akan membantu beliau setelah mendapat pencalonan yang cukup. Ketamakan Mukhriz untuk menjadi calon popular membuat beliau mahukan lebih banyak pencalonan bagi memastikan bahawa beliau akan dianggap sebagai calon popular sehingga Mukhriz telah melanggar kawasan-kawasan yang telah dimasuk oleh Khir Toyo dan kawasan yang di anggap kubu Khir Toyo.

Apabila saat semakin menghujung, Khir Toyo masih jauh ketinggalan dan Mukhriz sudah boleh tersenyum kerana Mukhriz hanya mahu bertanding satu lawan satu dengan KJ kerana dia yakin jika perlawanan ini adalah perlawanan satu lawan satu hanya dengan KJ, kerusi Ketua Pemuda UMNO pasti sudah ditangan beliau, itu kiraan beliau dan disebaliknya bagi team KJ jika ini berlaku perlawanan kian menjadi mudah bagi KJ. Bagi team KJ, mereka akan hadapi siapa sahaja yang akan bertanding.

Team Mukhriz amat terperanjat sekali apabila diakhir garisan Khir Toyo bertambah tenaga dan berjaya pula memotong KJ dan tenaga Khir Toyo bagaikan tenaga dalam drama Melayu di TV, drama Papaya. Jika dihitung dan dicongak dan disampuakan, mustahil Khir Toyo mempunyai tenaga sedemikian jika sekiranya tiada vitamin yang kuat membantu beliau, tak kiralah apakah mukjiizat yang telah membantu beliau. Walaupun Tun Mahathir, BAPAK kepada Mukhriz dan IDOLA serta BOSS kepada Khir Toyo juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaimana Khir Toyo boleh jadi PAPAYA di akhir garisan. Lantas terdengarlah sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan Tun berkata ada orang menabur rasuah dalam UMNO, Mukhriz tidak rasuah, Mukhriz seorang sahaja bersih, jika ada ejen yang memberikan wang seperti NASH, TUN FAIZAL, atau sesiapa JENTERA MUKHRIZ YANG KITA KENALI, itu semua hanya mahu memburukkan MUKHRIZ sahaja, MUKHRIZ bersih tak main wang............... Mukhriz tak pernah bagi rasuah.

Kata-kata ini meresapi masuk ke kem Khir Toyo dan Team Khir Toyo mula kecil hati dengan Team Mukhriz dan dikatakan kini berlaku perang dingin antara Team Khir Toyo dan Team Mukhriz tetapi yang terbaru tidak lagi, perang ini tidak lagi menjadi perang dingin tetapi telah menjadi perang PANAS........ Ada yang mengatakan Team Khir Toyo merajuk gila dengan Team MUKHRIZ ........ mereka berkata bahawa Tun sendiri kini sedang melihat Khir Toyo di hujung mata, sekiranya Khir Toyo menang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO ini, nasib beliau akan menjadi sama dengan nasib Perdana Menteri akan sentiasa dikorek sehinggalah jatuh dari kerusi berkenaan dan Mukhriz akhirnya akan memainkan perana menghantar surat terbuka dan kemudian akan membuat sidang akhbar meminta perubahan serta tektik-tektik ritorik beliau akan terkeluar kesemuanya.

Inilah hebatnya pertandingan merebut Ketua Pemuda UMNO, Obama kalau bertanding, belum pasti menang lagi, mungkin akan tewas kepada Khir Toyo by nose atau dengan Mukhriz By head shine dan dengan KJ by inches (ketinggian).. Begitulah hebatnya calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Oleh : Bon

6 comments:

Anonymous said...

ish...ish..aku dengar juga budak2 khir toyo yg dahulu fanatik ngan Tun kini merajuk giker ngan Tun , Tun pula benci giler ngan mereka ini , Tun kata Khir Toyo kuat rasuah, jika x mcm mana boleh dapat pencalonan last minute. Apalah Tun kalau Mukhriz tuh dasyat takut apa ngan Khir Toyo ini , dia banyak kes , biar lah dia bertanding , rakyat bukan bodoh nak sokong dia.

Anonymous said...

rophystaNape Mukhriz takut dengan Khir Toyo , bukan kah Khir Toyo tuh bukan kuat sangat, Mukhriz ada bom tempat Khir Toyo, Khir Toyo pun Bom tempat Mukhriz , dua dua main duit , apoa nak takut , Mukhriz pun banyak toke backing , Khir Toyo pun dah simpan banyak duit, apa lagi turunkan lah , kami menunggu ini....

TokBatin X said...

Issue2 yang diktengahkan olih sang repair gigi rongak tu, tak mencerminkan keintelektualan sebagai seorang pemimpin UMNO. 'Minda kelahiran kg. Sungai Sireh, Tanjung Karang Selangor'. Rosak nama UMNO yang ku sanjungi.

WAK KHIR A/L WAK TOYO, tukang repair gigi yang mudah lupa dirinya. Dia lupa dirinya dibantu olih orang yang susah, untuk membesar. cis. . cis.. siTanggang anak derhaka kepada UMBO.

Suruh dia bukak kedai buat gigi palsu jer..

Anonymous said...

Yo Readers and Blogger,


Aku teringat dulu-dulu si ANAK ANJING TOYO ini menyalak nak pastikan PEMBANGKANG SIFAR di Selangor sebelum PRU12...

Sekarang ni... ANAK ANJING TOYO dah jadi BAPAK ANJING PEMBANGKANG SELANGOR yang MANGANJINGKAN DIRI DI LAYAR TV.

ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...
ANJING SI TOYO mudah lupa...

Anonymous said...

Pandai sungguh pecacai khairy buat provokasi. Jilat jangan tak jilat. Masih ada sedikit lagi najis yang tertinggal dibuntut khairy tu, kasi jilat sampai licin, kasi beruk hitam ni jadi putih bersih.

Anonymous said...

hahaha kelakar2