PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Monday, February 2, 2009

Malaysiakini ~ Khir bakal Menteri Belia dan Sukan

Jika Khir Toyo menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pasti beliau akan dilantik setidak-setidaknya sebagai Timbalan Menteri, paling tidak, tetapi jarang sekali Ketua Pemuda yang dilantik sebagai Timbalan Menteri. Kalau tak Menteri Pelajaran, Menteri Belia dan Sukan. Ini sebenarnya target Khir Toyo jika tidak bertanding kerusi ADUN dahulu, jika Khir jadi Menteri Belia dan Sukan pasti Malaysia akan menjadi juara dalam beberapa bidang sukan seperti galah panjang, konda kondi, dan cap ca li cap tam pung yang merupakan permainan orang-orang jawa.

Untuk jadi Menteri Belia dan Sukan beliau perlu dilantik sebagai Senator atau pun bertanding pada pilihan raya parlimen, jika tidak beliau tidak boleh dilantik sebagai Menteri. Untuk bertaniding sebagai Ahli Parlimen, maslah juga jika di Selangor ini kerana tiada kerusi yang selamat buat Khir Toyo. Jika beliau mahu menang pun beliau kenalah pergi bertanding diJohor, mungkin Parlimen Hishamuddin atau Halimah Sidek, baru terjamin kemenangan beliau.

Jika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan, dua tahun pertama beliau kena pastikan wang yang telah beliau laburkan semasa pemilihan UMNO perlu di kembalikan ke tabung beliau setelah beliau bertungkus lumus menjadi santa claus terbaik di Malaysia tahun ini. Beliau perlu menang kerana tanah-tanah di Selangor sudah bukan lagi milik beliau, kesian, beliau dahulu yang merasakan beliau kebal tidak akan tewas di Selangor tiba diaibkan sebagaimana beliau mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan dengan penyapu.

Ramai juga yang hairan, kenapa si tua ini nak jadi ketua pemuda UMNO, bagus sangat ke dia memimpin Pemuda, sedangkan masa beliau dalam MBM dahulu, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh beliau. MBM bawah kepimpinan beliau duk takuk itu juga, yang berubah hanyalah muka beliau yang kelihatan agak muda sedikit.

Tak per kita tunggu dan lihat.....

Oleh : Shuk Selayang

3 comments:

Anonymous said...

Jadi menteri belia sukan tak tahu la pulak, tapi kalau nak kawin dengan bekas menteri belia sukan mau kot, khir kan dah muda semula dek kena penangan botoxmpe nya so bakal pengantin perempuan pun asal johor bukan asing lagi dengan tempe..

TokBatin X said...

Kena ulang banyak2 kali nih

Semlm dlm news aku tgk kenyataan khir toyol...mcm org gila talak je...memang muka kobis la bekas mb nie...

@@@@@@@@@@@@@QQQQQQ...

Sipendek khir toyo ni, mmg 'busy body', suka ambil kesempatan menjenamakan dirinya.. Suka buat issue2 yang merosakan nama UMNO. Orang macam ini sepatutnya disingkirkan jer dari UMNO. Tukang repair gigi yang suka ambil kesempatan untuk keuntungan peribadi nya. Pemimpin UMNO yang suka melaga2kan ahli2 UMNO.

Tetapi parti UMNO tetap parti yang unggul bagi orang melayu dan rakyat Malaysia.

Hidup UMKNO !!!

Anonymous said...

aku pasti khir toyo akan kalahkan semua MUKHRIZ dan KJ