PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Thursday, February 12, 2009

Malaysiakini ~ Khir bandingkan dirinya dengan Nabi dan kata Hisham gagal dalam kepimpinan Pemuda

Wak agak tertarik untuk menulis dan mengulas mengenai wawancara Wak Khir baru-baru ini yang bertajuk Pemuda perlu berani jadi suara pembahruan. Dalam tulisan ini Khir Toyo seolah-olah memperlekehkan Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO dan seolah olah menyatakan bahawa Hishamuddin gagal memimpin sayap kanan Pemuda UMNO Malaysaia, katanya. Beliau juga seolah-olah melebelkan pemuda yang masuk Pemuda hanya kerana mahukan projek kerana mungkin ramai yang jumpa Khir meminta projek dan ramai juga yang telah memperolehi projek dari Khir.

Sebenarnya Wak rasa yang banyak merosakan pemuda kebelakangan ini dengan lagak Santa Claus, ialah Khir sendiri. Mudah benar Khir bercerita dan adakala Wak terfikir apakah Khir tidak pernah terfikir apa yang di cakapakannya adalah berlainan dari apa yang pernah beliau lakukan.

Yang menarik beliau memohon simpati dan berkata beliau adalah anak yatim piatu dalam pemilihan Pemuda UMNO kali ini. Mungkin beliau lupa bahawa Khairy Jamaluddin juga tidak bergantung kepada bapa mentuanya lagi. Tapi Khir sebenarnya tidak bersendirian kerana Khir mempunyai banyak lambang kepala Agung yang pertama untuk menemani beliau. Beliau bukan yatim piatu, beliau punya lambang agung lama mengiringi beliau. Itulah sebab beliau merasa yakin akan menang kali ini dan ratio ada lah 50 - 50 katanya.

Katanya, Sebab itu saya gunakan slogan 'Pemuda Berani.' Saya nak bangkitkan semangat berani dalam Pemuda. Jika nak berubah, mereka kena berani jadi suara rakyat, bukan setakat berubah pada nama. Dalam keadaan sekarang, jika mereka tak puas hati, mereka tak jumpa Pemuda sebaliknya jumpa kesatuan masing-masing. Dalam konsep perjuangan ini kita kena lihat dua aspek, pertama yang melaksanakan polisi dan kedua yang memantau polisi. Pemuda perlu memainkan peranan sebagai pemantau polisi. Mereka masih muda, jika buat silap pun masih boleh dimaafkan sebab masih muda dan jadi platform untuk jadi pemimpin akan datang. Ramai pemimpin hari ini tak datang dari bawah dan ramai tak faham kehendak dan masalah rakyat, sebab itu hari ini pemimpin buat lain, rakyat nak lain. Apa yang dapat kita lihat sekarang apakah Wak Khir ini sendiri mempunyai keberanian yang dimaksudkan, manakah beliau ketika raja kita di derhakai oleh pemimpin PR?

Yang paling menarik Khir berkata, ciri -ciri yang perlu ada pada Ketua Pemuda seolah-olah ada pada beliau dan bukan pada orang lain dan beliau tidak mengaku kekalahan UMNO Selangor ketika di pengerusikan beliau dan sebagai MB Selangor adalah kerana kesalahan beliau sendiri.

Lihat apa yang Khir kata megenai politik wang.

Bagi saya tidak wajar menyatakan anak muda perlu belajar lagi dan semua sayap itu perlu dibubarkan. Apa yang penting adalah pembaharuan yang dibuat dan tugasan diberikan kepada golongan ini dapat direalisasikan. Setiap sayap ada peranan dan jasa. Kita perlu menjadi masyarakat yang memandang ke depan. Politik wang perlu ditolak kerana ia tidak melahirkan pemimpin disegani sebaliknya perasuah. Umno boleh berkubur jika politik wang berleluasa. Kita beri harapan bukan menaburkan wang.

Ikhlas kah kata-kata ini, semua pemuda yang telah menerima akan pasti tahu dan boleh menilaikan keikhlasan kata-kata ini.

Dan inilah pula pesanan Khir kepada perwakilan, beliau mengambil contoh Nabi sama seperti beliau, orang miskin menjadi pemimpin, tetapi Nabi SAW tidak lupa diri dan tidak mengaut segala kekayaan untuk diri dan menzalimi rakyat ketika menjadi pemimpin. Khirlah juga anatara yang banyak membunuh kawan-kawan untuk naik, tak perlu kita huraikan, contoh terbaik, Timbalannya jatuh tersungkur sehingga kini jadi ADUN PKR.

Kita dalam politik harus tolong kawan-kawan bukan tikam kawan. Sebab itu kita ada perwakilan yang diberi amanah untuk mengundi dan memilih pemimpin, bukan ketua. Perlu diingat, ketua tiada kuasa, tetapi pemimpin mempunyai kuasa dan tahu apa yang mahu dibuat. Ibarat bidalan lama, kalau mahu mencari tempat mandi pertamanya teluk yang keduanya pantai. Begitu jugalah kalau mencari pemimpin, pertamanya elok dan keduanya pandai. Jangan melihat yang pandai saja kerana yang pandai ini boleh 'menjual' kita. Sebab itu orang tua beri peringatan ini.

Pemimpin yang elok ini merasai susah senang. Seperti Nabi Muhammad SAW, yang dipilih kerana elok dulu, iaitu pengalaman sebagai anak yatim, miskin, dijaga bapa saudaranya dan hidup susah. Selepas itulah baru Baginda menjadi pandai apabila diberi ilmu. Mengapa Nabi tidak dipilih dari kalangan anak raja? Sebabnya Allah SWT mahu individu yang merasai kesusahan dulu. Pengalaman itu yang memberinya kelebihan untuk berdepan apa juga situasi selepas itu. Malangnya, tidak ramai yang melihat perkara ini.

Fikirkanlah....

No comments: