PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, February 15, 2009

Malaysiakini ~ Khir Toyo dengan perubahan murahan, ditahan polis 3 jam

Wak sungguh kagum dengan Mantan Menteri Besar Selangor yang tersingkir kerana beliau telahpun membuktikan bagaimana Pemuda perlu berubah dan beliau sendiri telah turun padang dan membuktikan bahawa pemuda sememangnya perlu berubah. Dengan mengetuai perhimpunan haram berarak di Pulau Pinang untuk menghantar memorundum kepada orang gaji Karpal Singh kerana ketika itu Karpal Singh tidak ada di rumah.

Itu tidak penting ada tau tidak, Karpal dapat atau tidak memorundum berkenaan yang penting satu publisiti telah tercetus.Wak KHIR DI TAHAN POLIS SELAMA 3 JAM. Hebat kerana Wak Khir sanggup ditahn polis selama 3 Jam, inilah yang perlu Pemuda UMNO lihat, bakal Ketua Pemuda yang sanggup ditahan polis.

Orang lain buat taik kena tahan, mana ada impak yang kuat kepada Pemuda. lihatlah betapa berani nya Khir Toyo sehingga sanggup di tahan Polis. Hasil dari bantahan itu, Karpal tak dapat memo. Apa yang mahu disampaikan kepada Karpal tak penting, yang penting Khir Toyo di tahan polis dan telah pun disiarkan oleh media-media utama. Mukhriz berani ke, KJ berani ke ?

Kini ramai pemuda yang bercerita tentang keberanian Khir Toyo, malangnya ceritanya berbunyi agak nagatif, kata mereka, kenapa nak buat kerja bodoh, kalau polis lerai berhentilah, ianya melanggar undang-undang, langgar undang-undang ni memang mudah dan mudah pula di tahan polis. Samalah macam pecah rumah, akan di tahan polis juga. Kenapa nak ajar pemuda buat kerja yang bertentangan dengan undang-undang, inikah yang dikatakan pembaharuan, pembaharuan kepada perkara yang kurang sihat. Inilah yang dikatakan Khir suka buat perkara yang ganjil, seperti memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan tempatan, kini mengherat Pemuda membuat perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Sekiranya perkara ini diketahui oleh saudara mara Wak dan juga saudara mara Wak Khir di kampung, mereka tentu merasa malu. Ini satu tindakan yang paling bodoh untuk berkempen. Khir mengharapkan lonjakan namanya setelah di tahan oleh pihak berkuasa. Namun ianya tidak ubah sebagai satu publisiti murahan dari manatan MB Selangor ini untuk kempen Ketua Pemuda UMNO. Apa saja akan dilakuka oleh Khir sekarang untuk berkempen.

No comments: