PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Sunday, February 1, 2009

Silalah tulis yang baik-baik mengenai Khir Toyo ~ Malaysiakini

Ada yang menghantar e-mail kepada Wak marah-marah kerana katanya Wak tidak berlaku adil hanya menyiarkan berita yang tidak baik sahaja mengenai Wak Khir Toyo, apakah Wak Khir ini tidak pernah berjasa kepada rakyat Selangor, apakah buruk sangat peranagai Wak Khir ini.

Kata penulis e-mail yang mengelarkan namanya sebagai Kuntum berkata, mungkin Wak Paiman Wahjidi membenci Wak Khir Toyo sehingga tidak ketemui lagi satu cerita yang baik tentang Wak Khir ini. Ingatalah katanya lagi.... kita sesama Islam, tidak baik mengaibkan sesama kita.

Wak terharu juga membaca keikhlasan penulis yang bernama Kuntum ini kerana selama ini mungkin inilah pertama kali Wak dengar ada orang yang bersimpati dengan Khir Toyo. Walaupun Wak tahu ada ramai lagi ahli Pemuda UMNO yang turut bersimpati dengan Wak Khir ini.

Jika tidak masakan dia mendapat pencalonan yang banyak. Hebat juga Wak Khir ini, walaupun sudah tua dan terpaksa memudakan dirinya kerana mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, banyak juga yang mencalonkan dia. Sebenarnya Wak ada juga mempertahankan Wak Khir ini cuma bukanlah diblog ini kerana blog ini dahulu hanya satu blog yang sealiran sahaja.

Menyedari inilah Wak membuka komen dari sesiapa juga yang mahu memberikan komen. Sebelum ini Wak sering pertahankan Wak Khir juga apabila ramai yang berkata Wak Khir membeli pencalonan, Wak Khir membayar dengan harga yang mahal untuk mendapat pencalonan. Wak mempertahankan dengan berkata, jika Wak Khir beli pencalonan ini dan dia tidak tertangkap, bermakna dia tidak bersalah dan pencalonan tadi sah, dia pemurah, orang pun jadi pemurah juga membantu beliau.

Bukan Wak tak pertahankan Wak Khir ni, Wak pertahankan juga. Baiklah disini Wak berikan peluang kepada semua untuk menceritakan segala yang baik-baik yang telah Wak Khir lakukan kepada rakyat Selangor selama ini. Jika pembaca adalah anak Selangor, silalah tuliskan apakah jasa yang telah Wak Khir curahkan selama ini kepada negeri Selangor bermula dengan, Wak Khir ini seharus di singikir atau tidak sepatut di singkir dari kerajaan negeri Selangor. Sila tuliskan semua yang baik-baik dan Wak pasti tidak akan buang komen-komen berkenaan.

Slamber saja :
Wak Paimann Wahjidi

24 comments:

Anonymous said...

Cam,na nak tulis baik2, c botok tempe ni dah habis kaut duit rakyat Selangor.

Habis harta Selangor dikebasnya...

Anonymous said...

UNDURLAH TEMPE!!!
UNDURLAH TEMPE!!!
UNDURLAH TEMPE!!!

Anonymous said...

Sape nak jadi hensem... makanlah tempe banyak-banyak, tak payah pakai botok.

Petua ini diamalkan oleh Khir tempe.

Anonymous said...

saya memang nantikan klu ada cerita untuk kita tutup mulut pak khir, tapi saya rasa kurang sedap la sikit kalau kita mengaitkan cerita pak tempe dgn pak toyo.

pak tempe to khir lah tapi toyo to abah dia bro...setahu saya abah dia ni org pas (klu tak silap) takkan kerana anak yang jahat bapak dia pon kita jatuhkan....

jadi biarlah kita hentam pak tempe habis-habisan tapi abah dia tetap org pas.....

Anonymous said...

Khir perlu di singikir sebelum Umno musnah!!! katakan tak nak pada Khir...

Anonymous said...

memang dasar orang melayu lemah...

pakatan rakyat dekat luar tepuk tangan je tengok korang macam gini...

mir p.j
pemuda petaling jaya selatan

Anonymous said...

Aku risau jer kalau tempe ni jadi KP... Habis.. hancus.. JAHANAM UMNO !!!!

Anonymous said...

Khir ada track recordnya sendiri sebab dia berpeluang menjadi pentadbir. Orang boleh nilai kebolehan Khir selama lapan tahun itu. Khiry Jamaluddin dan Mukriz Mahatahir dua lagi calon ketua pemuda tidak ada kesempatan itu. Khairy hanya ada keberanian berhadapan dengan sesiapa sahaja. Manakala Mukriz hanya menumpang tuah dan menggunakan air liur bapanya sahaja.

Anonymous said...

linkop aarr kalu tempe nie jd kp,, blah lar ko TEMPE!!!!

Anonymous said...

hurmmm lg berlipat ganda lar si
tempe nie mengaut keuntungan...

Anonymous said...

record wak lu!!!

Anonymous said...

Jasa itu ada tapi ini isu kepimpinan yang Pemuda kena fikir baik-baik.

Layakkah diberi kepimpinan sayap penting UMNO kepada seorang yang menjadi salah satu penyebab UMNO kalah di negeri yang utama di Malaysia?

Dengan meletakkan Khir Toyo yang agak degil dan fikir dia seorang saja yang betul, adakah kita dapat memenaggi balik negeri yang tewas terutama Selangor?

Saya akui dia banyak berusaha untuk menimbulkan isu-isu yang baik dalam peranan sebagai pembangkang. Tapi begitu mudah ditewaskan oleh pembangkang kerana imejnya yang sudah tercemar dengan pelbagai-pelbagai peristiwa.

Perkara yang paling simple tetapi penting dalam politik adalah imejnya mukanya yang sudah di botox.

Mukanya membawa gambaran negatif sebagai seorang anak kampung yang sudah lupa diri. Atau pun, imej seorang yang malu dengan imej dan asal usul kampungnya.

Seolah-olah dia tidak mempunyai jatidiri. Bukankah muka asalnya itu adalah aset politiknya sebagai anak kampung berjaya yang boleh dijadikan kebanggaan.

Kalau Pemuda benar pemimpin masa hadapan dan ikhlas untuk membangunkan UMNO, undi berdasarkan kepentingan UMNO dan masa hadapan UMNO. Bukan atas keperibadiaan seseorang.

Imej harus menjadi kriteria utama pemilihan UMNO dalam persediaan menghadapai PRU13. Dari calun-calun Ketua Pemuda, imej yang paling bersih, keperibadiaan yang baik, dan tidak tercemar hanya ada pada Mukhriz.

mn said...

Kepada Perlu Berani berubah,

Anda kata.."Imej harus menjadi kriteria utama pemilihan UMNO dalam persediaan menghadapai PRU13. Dari calun-calun Ketua Pemuda, imej yang paling bersih, keperibadiaan yang baik, dan tidak tercemar hanya ada pada Mukhriz".

Persoalan:

1. Kalau imej saja bersih TETAPI bangap tak reti buat kerja, lembab nak mampus...boleh ka jadi KP?

2. Bagaimana anda boleh justified dia mempunyai imej dan keperibadian yang baik? Belakang kita anda tahu kah keadaan diri dia yang sebenar macam mana.

3. Nak jadi KP UMNO mestilah orang yang boleh buat kerja, ada visi, ada otak cergas dan cerdik. Akhir sekali mestilah berani berdepan dengan lawan tak kira siapa.

Macam mana anda boeh confirm imej dan

Anonymous said...

bapak dia nama sebenarnya JOYO... bukan TOYO. itu sebab polis zaman dulu tidak pandai menulis dengan betul, atau sedikit pekak badak.

apa pun Wak JOYO memang baik orangnya. cuma Wak Khir TOYO itu yg ndablek, juahat dan serakah. oleh sebab itu maka nama TOYO dibelakang nama Wak Khir itu baik dianggapkan sebagai namanya sendiri juga, bukan nama bapaknya.

lagi pun bapaknya bukan bapak wak. wak pun bukan bapak dia. bapak dia dengan bapak wak... aghhh konfius lah!

makan tempe dulu yok!

semut said...

Dosa-dosa besar-Khir Toyo

Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu sebelum dia bercakap..
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Anonymous said...

bagus benor ekk. wak bukak komen. apa email wak ek.. nak anta gosip hangat nih.. pasal wak khir

Anonymous said...

Wakpaimanwahjidi@gmail.com

Anonymous said...

aku paling tak berkenan dgn khir ni bila dia tuduh paklah punca kekalahan besar BN masa PRU tu hari.. dia tak sedar langsung org selangor walaupun org umno sendiri tak nak kepimpinan dia.pelik mcmana timbalan dia sendiri boleh bertanding atas tiket PKR. shah alam sendiri kecoh bila calon tempatan tak dipilih hinggakan umno shah alam buat sidang media.

negeri sendiri tak pandai nak pimpin,cuma pandai nak kaut untung je mcmana nak jadi ketua pemuda..jadi ketua cawangan pun tak layak la si mangkuk ayun ni

Anonymous said...

khir toyo jgn perasan la org nak kan dia.yang nak kan dia cuma kroni2 dia jer..kalau nak kaut, nak kumpul harta mcm mentor dia si mahathir tu pun agak2 la jon..jgn tamak,jgn dengki khianat kat orang,jgn pentingkan diri sendiri..org kata mat taib kaya, tapi dia tak tamak..tak dengki kat org tak cantas orang jon..

Anonymous said...

Yo Readers and Blogger,


Aku teringat dulu-dulu si ANAK ANJING TOYO ini menyalak nak pastikan PEMBANGKANG SIFAR di Selangor sebelum PRU12...

Sekarang ni... ANAK ANJING TOYO dah jadi BAPAK ANJING PEMBANGKANG SELANGOR yang MANGANJINGKAN DIRI DI LAYAR TV

ANJING TOYO mudah lupa...

Anonymous said...

ayoyo..seronok baca komen2 korang semua pasal Tok Khir ni.Syabas dan tahniah semua.

Anonymous said...

Khirtoyo!
Ingat dah jadi manusia, rupanya belum lagi. Masih Toyol Lagi!
Kena pasak paku 5 inci di tongah kepalo baru balik jadi manusia kut!

Anonymous said...

Lebih baik wak botox ni jadi pelakon, sebab muka dah gebu.. boleh dapat watak hero lagi.. handsome pulak tu, walaupun muka jawa terserlah..

Anonymous said...

Oh Khir toyo.. pujaaan hatiku.. ingin ku rebahkan keresahan dan kegersangan ku dimuka gebu mu.

ingin ku cubit-cubit pipi gebu mu yang bersalut botox dan pati tempe.