PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Monday, April 13, 2009

Kalah Ketua pemuda , kini nak rebut kerusi Mohd Taib pula

Jahat betul si Toyol ini terang -terang tikam Muhd Taib. layak ke dia ni nak jadi peengerusi perhubungan UMNO Selangor, Kalah lah jawab nya Selangor, banyak kes............ mati UMNO nak menjawab nya. bahagian yang mendesak tuh bahagian kawan-kawan Khir Toyo juga. Dia tengah man saiko , konon nak bagi PM jadi pengerusi sedangkan dia tahu PM dah jadi pengerusi UMNO Perak. Manalah tahu PM akan berikan pula kepada Khir Toyo .Maklumlah apa lagi yang tinggal melainkan Ketua Bahagian dan ADUN sahaja.

Jangan lah buat kerja kotor ini, bila nak berubah.......? Kata UMNO sudah berubah.... Pemuda Berani.........
Cukup-cukup lah , tuhan tak suka kita berhati dengki terhadap kawan-kawan kita. Tak cukup lagi ke apa yang tuhan balas......... habis direntap nya semua.

petikan dari malaysiakini


Khir Toyo sokong Muhd Taib diganti Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyokong desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu.

Katanya, pelantikan perdana menteri dan presiden Umno untuk mempengerusi Umno Selangor, boleh memberi impak besar kepada BN untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

muhammad muhd taibDr Mohd Khir menegaskan demikian sebagai mengulas laporan bahawa beberapa bahagian Umno di Selangor mahu Najib menggantikan Muhd Taib (foto) sebagai pengerusi Umno negeri itu.

Hari ini, ketua penerangan Umno Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dilaporkan berkata, ramai ketua Umno bahagian di negeri itu mahu Muhd Taib digantikan ekoran kekalahannya merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno bulan lalu.

Beliau tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Muhd Taib yang sebelum ini menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, juga tidak turut disenaraikan dalam kabinet baru Najib.

Mengulas lanjut mengenai, Dr Mohd Khir berkata: "Saya bukan hendak memperkecilkan kepimpinan yang ada, tetapi Umno negeri menuntut semua pemimpinnya bekorban wang ringgit dan tenaga supaya ia dapat dipulihkan."

Untuk rampas semula S'gor


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas prestasi Tan Sri Muhamad Muhd Taib sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Selangor.

"Tidak molek untuk saya menilai prestasi orang lain," tambahnya.

Dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu, kerajaan negeri Selangor tumbang kepada Pakatan.

Pada bulan berikutnya, Muhd Taib dilantik menggantikan Dr Mohd Khir sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Selangor.

khir toyoDr Mohd Khir (foto) berkata, gesaan yang sama pernah dibuat oleh Umno Terengganu selepas kalah dalam pilihanraya umum 1999.

Berikutan itu, Timbalan Presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.

Dan dalam pilihanraya umum berikutnya pada 2004, BN berjaya merampas semula Terengganu daripada PAS.

Kuatkan semula Umno

Mengulas lanjut, Dr Mohd Khir berkata: "Kita tidak perlu lagi bercakap mengenai projek tetapi tetapi mengenai pembaharuan dan pendekatan untuk menguatkan semula Umno.

"Kita telah mengalami empat kekalahan dalam pilihanraya kecil, Umno bukan sahaja perlu diterima orang Melayu tetapi rakyat.

"Tetapi hari ini pengundi muda masih belum menyokong BN, manakala pengundi bukan Melayu masih skeptikal dengan parti itu," katanya.

Sementara itu, bekas seorang pemimpin kanan Pemuda Umno Selangor berkata, kedudukan Muhd Taib kini boleh diibaratkan sebagai "sudah jatuh ditimpa tangga".

"Sudahlah kalah jawatan timbalan presiden Umno, kini jawatan pengerusi Umno negeri mahu diberikan kepada orang lain," katanya yang tidak mahu namanya disebut..

"Sedangkan beliau baru setahun dilantik memegang jawatan tersebut," katanya lagi.

Malaysiakini gagal menghubungi Muhd Taib bagi mendapatkan komen berhubung perkata tersebut. Difahamkan beliau kini berada di luar negeri.

3 comments:

Atan said...

Salam,
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas prestasi Tan Sri Muhamad Muhd Taib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

"Tidak molek untuk saya menilai prestasi orang lain," tambahnya.

WAH, BAIKNYA UNGKAPAN. YANG DIA DOK MENILAI DAN MENGHENTAM PRESTASI TAN SRI KHALID MOLEK PULAK!

ABD. RAHMAN PALIL PUN NAK JADI HERO JUGAK.

TAK PAYAHLAH TOLAK-TOLAK. BIAR SI MAT TAIB TU BUAT KERJA SATUKAN UMNO. KALIAN SOKONG JE DIA DEMI MEMENANGKAN UMNO DAN BARISAN PADA PRU 13 AKAN DATANG (KALAU BOLEH).

KITA TAU POLITIK MEREKA NI. MEREKA NAK TS MUHYIDDIN JADI KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI. MENGAPA? HEH...HEH, LU FIKIR LA SENDIRI.

Anonymous said...

Biasa la Wak Tempe tu.. Menangguk di air yg keruh, bagai enau dlm belukar, bagai musuh dlm selimut.

Anonymous said...

heh!! benyawa lagi si penyapu ni ke??

apsal kerajaan selangor tak ambik tindakan undang2 kat penyapu ni.. tak payah tunggu spErm tu buang masa je.
pegi mahkamah buat tindakan sivil lagi baguss!

cepatlah MB buat tindakan. menyampah meluat aku nengok muke sitempe ni.
kalu macam ni akupun nak jadi mb lah, songlap sana songlap sini repot berpuluh2 kat spErm pun tak jadi ape.. semua takot sebab aku orang umeno.. umeno baru memang terer bebbb...

kalu macam ni cerita, ppru13 nanti bn/umeno baru tetap akan kekal la kat parlimen tu..

hai-lah..ngapelah slow sangat gomen selangor nii..