PERINGATAN: SEBARANG KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA BUKAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB WAK.


Wednesday, February 24, 2010

PENGUMUMAN PENGUMUMAN - IBU IBU BAPAK BAPAK - TOLONG WAR WAR KAN WAK SUDAH KEMBALI

Alhamdulillah wak sudah kembali , Maaf kerana Wak tidak kembali mengikut waktu yang wak janji , bukan apa wak punya banyak urusan di Kampung dan ada yang ketemu wak di Bandung dan ada yang tanya kapan wak akan kembali. Anak Wak juga telah selamat menikah , Wak juga selamat menikah seorang lagi, Waduh waduhhh capek sekali. Kali ini wak datang ke Malaysia dengan isteri muda. Wak akan menulis kembali dalam masa yang terdekat ini. Yang mana sudah adicted kepada tulisan wak harap besaMungkin ramai yang tertanya tanya apa yang akan wak tulisakn . aduh kali ini lebih hebat Check Mate. sabar saja.... jangan marah kalau wak sokong Khir Toyo dan kini bukan lagi anti tapi Pro Khir Toyo. Ia ker......................... Tunggu saja kemunculan wak kembali.

6 comments:

kulatlapok said...

salam:
Aduhhhhh.. Wakkk manyak lama betul Wak menghilangkan diri. Selamat kembali ke Malaya. Wak doger Khir Toyo tentu rindukan bangat dengan Wak...

Hero Kampung said...

tak der posting baru pun wak,,,, rindu kat toyol ni,,,,,

Anonymous said...

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo meminta orang-ramai untuk tidak menyalahkan beliau sepenuhnya diatas kegagalan menguruskan Selangor dengan baik.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider, Khir Toyo berkata keputusan-keputusan salah dan silap yang belaku sepanjang pentadbirannya berpunca dari nasihat oleh pegawai sivil dan rakan politik.

Mengambil contoh upacara serah penyapu 2006 kepada penjawat-penjawat awam, Khir berkata tidak ada seorang pegawai-pegawainya yang menyuarakan bantahan ketika idea itu dicadangkan.

Beliau menambah ada diantara mereka yang cuba menyembunyikan kesalahan sendiri dengan menyalahkan beliau.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau terpaksa mengambil alih pengurusan tidak bertanggungjawab yang diwariskan bekas Menteri Besar Barisan Nasional Datuk Seri Dr Khir Toyo yang menyaksikan banyak keputusan yang merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Kata Khalid, Dr Khir Toyo meletakkan keputusan berisiko tinggi terhadap beberapa projek kerajaan negeri semasa mentadbir Selangor dengan memberi cadangan projek kepada kontraktor tertentu yang akhirnya gagal dilaksanakan.

"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri.

"Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan," katanya pada sidang media di pejabat beliau semalam.

Tambah Menteri Besar akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa mengambil alih semua projek yang gagal dan perlu membetulkan semula pengurusan dana awam yang kucar kacir di bawah pentadbiran Dr Khir Toyo.

"Risiko kegagalan projek yang beliau cadangkan adalah tinggi. Selain itu sudah tentu beliau datang dari budaya Umno dan saya fikir beliau dipupuk dari tabiat buruk dalam parti itu," katanya

Khalid memberi dua contoh projek yang gagal dikawalselia dengan telus dan baik oleh Dr Khir Toyo antaranya pembangunan projek tebatan banjir (Canal City) di mana kerajaan Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM5 juta dan kehilangan 2,000 hektar tanah dengan kerugian berjumlah kira-kira RM30 juta.

Contoh kedu kata Khalid ialah isu penempatan semula penduduk setinggan di Bukit Botak di mana kontraktor terbabit, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) gagal menyiapkan sepenuhnya projek berkenaan menyebabkan kerajaan negeri BN meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengambil alih projek berkenaan.

"Macam mana PKNS tak rugi, agensi itu diminta membina perumahan pada kos RM90,000 seunit dan menjual pada harga RM50,000," jelas Khalid lagi.

Anonymous said...

Khirtoyo lepas menang nombor 1 ahli Majlis tertinggi sangat bercita-cita tinggi untuk bertanding naib presiden. Dengan kedudukan sebagai MB dan Ketua Perhubungan dan Pengerusi BN toyo telah merancang dari awal perjalanan politiknya.

Pertama, wang mesti cukup kerana beliau percaya dengan wang apa pun boleh dilakukan didalam politik. Dia meletakan wang dan kuasa sebagai tuhan nombor dua. Secara langsung dia menjadi ego dan bongkak.

Kedua, mencatur politik UMNO negeri Selangor untuk tahun mendatang bagi memudahkanya memenangi kerusi naib presiden. Cara yang halus dilakukan oleh toyo ialah meletakan orang kepercayaan disetiap Bahagian dengan apa cara sekalipun. Pada tahun 2006 telah berlaku persempadanan kawasan pilihanraya. Semua UMNO Bahagian diletak sebagai penaja. Di Sepang, Dato Sharif Jajang telah diheret ke Mahkamah atas tuduhan rasuah dan beliau tidak mempertahankan jawatan. Bagaimanapun dgn kehendak tuhan toyo gagal untuk meletakan 'orangnya' sebagai ketua penaja kerana Presiden telah melantik Dato' Md Zin. Beliau menunggu gerakan kedua untuk menghapus pemimpin-pemimpin Bahagian yang menjadi ancaman politik kepada beliau seperti Dato' Mokhtar, Tan Seri Md Taib, Dato' Noh,Dato Zin dan beberapa orang lagi.

Apabila tiba piliharaya umum ke 12 pada tahun 2008, beliau sekali lagi mencari jalan untuk menolak mereka-mereka ini sebagai calon dengan pelbagai kaedah termasuk menggunakan agensi-agensi kerajaan sehingga ada yang diseret ke mahkamah atas 'kesalahan rasuah'. Ramai Ketua Bahagian yang tidak dipercayai oleh toyo boleh membantu beliau merebut kerusi naib presiden telah 'terkorban'.

Tapi tuhan itu maha adil. Piliharaya 2006, kejahatan, kemungkaran dan rancangan kotor khir toyo membawa pada besar kpd beliau. Negeri Selangor telah tewas.

Toyo kini hidup mewah dengan pelbagai kesalahan. Apa pun, kita harap rakyat akan menghukumnya jika undang-undang tidak mampu..

Anonymous said...

Amanah?

Anonymous said...

Dulu Dato Sarif, Dato' Kuris dan Datuk Ghani dia mintak BPR siasat dan bawak ke Mahkamah utk jatuhkan mereka. Sekarang dia rasa plak penderitaanya. Tuhan tu maha kaya..