Apa yang menarik juga adalah apabila  salah seorang rakan menceritakan mengenai Tun yang mahu mendedahkan senarai pemimpin UMNO yang banyak main politik wang, Menurut kawan wak itu , Tun sebenarnya mahu menunjukan kes permaianan ini kepada Khir  Toyo yang dikatakan terlalu bebas menghulurkan bantuan wang kepada perwakilan dan  melakukan nya secara terus terang. Kata kawan wak lagi, ini sebenarnya  yang merisaukan Tun kerana silap-silap haribulan Khir  Toyo akan membungkus  Mukhriz dan Mukhriz akan  kempunan .Jika  dilihat pada akhir-akhir  minggu pencalonan , Tun berjaya  memintas  Khairy Jamaluddin dan dengar khabar  wang yang di tabur  begitu besar sekali. Seorang calon diberikan wang sebanyak RM500. Ini yang merisaukan Tun dan mahu mendedahkan siapakah sebenarnya yang  kuat menabur  wang .
Wak juga ada mendengar mengenai Khir  Toyo yang terlalu banyak  menabur wang secara terang-terangan , pernah ada  perwakilan yang  memberitahu wak, kalau  ia pun nak tabur jangan lah tabur  terang-terang, Wak bukan apa, wak khuatir jika Khir  Toyo menang  dan menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti , tentu beliau mahu  cover wang yang banyak yang telah beliau taburkan dahulu , nanti pemuda akan menjadi macam negeri Selangor , tergadai dan berkecai akhirnya. Dalam pada itu  kawan-kawan wak sempat pula berjenaka kerana Khir  Toyo berkata , jika beliau terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau tidak akan mengharapkan apa -apa jawatan dalam kerajaan , Bererti Khir  Toyo akan menjadi Ketua Pemuda UMNO  Malaysia yang pertama yang tidak berjawatan dalam kerajaan dan hanya sekadar sebagai Ketua Pmeuda UMNO sahaja.Yang lebih kelakar ada pula yang bertanya, siapa yang mahu  berikan jawatan kepada Khir  Toyo, jika ada pun boleh kah beliau menjadi timbalan Menteri atau  Menteri penuh menggantikan Hishamuddin di Kementerian Pelajaran. Beliau bukan nya  seorang Ahli Parlimen, Beliau hanya seorang ADUN sahaja. Macam mana mahu menjadi menteri.
Sepatutnya Khir Toyo ukur badan sebelum beli baju ……….
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
